SEPTEMBER 2020

Kepimpinan Masjid Dan Surau Di Sarawak Perkasakan Amalan Integriti : KM


BINTULU: Barisan kempimpinan masjid dan surau di negeri ini perlu memperkasakan nilai integriti dalam tanggungjawab yang diamanahkan kepada mereka.

Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Dr Abang Haji Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Haji Openg berkata, seseorang yang berintegriti jelas melambangkan beliau insan yang jujur dan amanah dalam tanggungjawabnya.

Menurutnya, nilai integriti perlu ada dalam diri umat Islam dalam melaksanakan amanah yang telah diamanahkan kepada mereka.

"Apabila kita bercakap mengenai integriti, ia adalah satu nilai yang dikehendaki oleh semua agama, ia adalah satu perkara yang universal, di mana seseorang seharusnya memiliki karektor yang tinggi dalam menjalankan amanah," katanya.

Beliau berkata demikian semasa Majlis Perasmian Integriti Kepimpinan Masjid dan Surau Negeri Sarawak di Dewan Suarah Bintulu hari ini.

Hadir sama dalam majlis itu ialah Menteri Utiliti, Dato Sri Dr. Stephen Rundi Utom, Menteri di Jabatan Ketua Menteri (Integriti dan Ombudsman), Datuk Talib Zulpilip dan Menteri Muda Hal Ehwal Islam, Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi.

Dalam pada itu, beliau menegaskan umat Islam di Sarawak perlu harus kekal mendukung pendekatan sederhana dan menolak budaya ekstrim. -EDISI UKAS

Sumber dari : Unit Komunikasi Awam Sarawak