JANUARI 2020

Kerajaan Sarawak Bayar RM1 Bilion Untuk Bina Baru Dan Baiki Sekolah Daif


MERADONG: Pada tahun 2016, Kerajaan Sarawak di bawah Pehin Sri Adenan Satem berusaha membangunkan sekolah-sekolah daif di luar bandar Sarawak.

Bagaimanapun, selepas Pehin Sri Adenan meninggal dunia, usaha ini diteruskan Ketua Menteri Datuk Patinggi (Dr.) Abang Haji Abdul Rahman Zohari bin Tun Abang Haji Openg.

Selepas Pilihan Raya Umum Ke 14 (PRU14) Kerajaan Persekutuan yang ditadbir Pakatan Harapan (PH) tidak mempunyai dana untuk membaik pulih dan membina semula sekolah daif di Sarawak.

Dalam pada itu, Kerajaan PH telah meminta Kerajaan Sarawak membayar balik hutang sebagai syarat untuk membina sekolah-sekolah daif di negeri ini dan Kerajaan Sarawak membayar hutang tersebut sebanyak RM1 bilion.

Sumber dari : Unit Komunikasi Awam Sarawak