JULAI 2020

Ketua Menteri Hadiri Istiadat Angkat Sumpah Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri Sarawak


Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Abang Zohari bin Tun Abang Haji Openg menghadiri Istiadat Angkat Sumpah Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri Sarawak di hadapan Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud bertempat di Astana Negeri Sarawak pada jam 11.00 pagi ini.

Istiadat Angkat Sumpah tersebut dimulakan dengan penerimaan Surat Pelantikan oleh YB Dato Gerawat Gala dan seterusnya mengangkat sumpah sebagai Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri Sarawak.

YB Dato Gerawat Gala yang berketurunan Kelabit ini telah memegang jawatan sebagai Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri Sarawak sebelum ini selamat empat (4) tahun. Anak kelahiran Bario ini juga merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri N.78 Mulu.

Turut hadir pada majlis ringkas tersebut adalah barisan menteri-menteri kabinet negeri dan dif-dif kenamaan.

Sumber dari : Sarawakku