JULAI 2020

RM3.9 Juta Diperuntukkan Bagi Lima Projek Turap Semula Jalan Serian-Tebedu


KUALA LUMPUR: Sebanyak lima projek bernilai RM3.9 juta telah diperuntukkan untuk kerja-kerja menurap semula jalan yang melibatkan Jalan Serian-Tebedu.

Menteri Kerja Raya, Dato Sri Fadillah Yusof berkata, kementerian itu juga telah melaksanakan penyenggaraan rutin di Bahagian Serian dengan peruntukan bernilai RM3.5 juta setahun.

"Peruntukan bagi penyenggaraan berkala pavemen dari tahun 2017 hingga 2020 pula bernilai RM11.25 juta," katanya dalam jawapan bertulis bagi menjawap pertanyaan Ahli Parlimen Serian, Dato Sri Richard Riot Jaem dalam Mesyuarat Kedua, Penggal Ketiga, Parlimen Ke-14, pada Rabu.

Sementara itu, beliau memberitahu, jumlah panjang jalan Persekutuan di Bahagian Serian yang disenggara oleh syarikat konsesi adalah sepanjang 109.2 kilometer (km).

Manakala katanya, bagi Jalan Serian-Tebedu sahaja adalah sepanjang 41.9 km. - EDISI UKAS

Sumber dari : Unit Komunikasi Awam Sarawak