SEPTEMBER 2019

Kontrak Enam Projek Infrastruktur URDA Ditandatangani


KUCHING: Enam daripada 37 projek infrastruktur Agensi Pembangunan Ulu Rajang (URDA) telah ditandatangani hari ini sebagai permulaan untuk perlaksanaan pembangunan projek di kawasan URDA.

Timbalan Ketua Menteri Tan Sri Datuk Amar Dr James Masing berkata, projek tersebut merangkumi kawasan URDA terutamanya di Kapit, Kanowit, Song, Belaga dan Bukit Mambong di bawah kawal selia Lembaga Pembangunan Koridor Wilayah (RECODA).

Menurut beliau, kerajaan negeri telah memperuntukkan RM1.5 million bagi melaksanakan 37 projek insrafstruktur dan kemudahan di kawasan yang terlibat dalam tempoh dua tahun ini (2019-2020).

Tambahnya, projek ini sekaligus akan meningkatkan lagi perhubungan jalan di kawasan-kawasan URDA dan akan memberi manfaat kepada kira-kira 24 buah rumah panjang.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menyaksikan Majlis Tandatangan Kontrak di antara RECODA bersama enam syarikat kontraktor yang terpilih di Pusat Konvensyen Demak (PCC) hari ini.

Tender untuk projek tersebut telah dimulakan sejak Mac yang lalu dimana enam projek adalah melalui tender terbuka.

Sumber dari: TV Sarawak