SEPTEMBER 2020

Pecah Tanah Projek Jambatan Batang Igan


IGAN, 12.9.20 - Ketua Menteri Sarawak YAB Abg Jo telah mengadakan lawatan kerja ke Majlis Pecah Tanah Projek Jambatan Igan bertempat di Pasar Igan, Matu Bahagian Mukah.

Projek Pembinaan Jambatan Igan merupakan salah satu penghubung untuk melengkapkan jaringan jalan pesisir dan jajaran Jalan utama kedua yang bernilai RM11 billion bawah peruntukan kerajaan Sarawak yang dijangka siap lebih kurang 5 tahun. 

Rangkaian Jalan Pesisir merangkumi 9 buah Jambatan iaitu Jambatan Batang Rambugan, Jambatan Batang Lupar, Jambatan Sg Krian, Jambatan Batang Igan, Jambatan Batang Rajang, Jambatan Saribas, Jambatan Batang Paloh, Jambatan Muara Lassa dan Jambatan Jepak.

Pada majlis hari ini, YAB melakukan pecah tanah Jambatan Batang Igan,  merupakan salah satu projek jambatan yang menghubung laluan Daro dan Mukah yang dapat mengurangkan jarak dan masa perjalanan dari Daro ke Mukah. 

Jambatan tersebut bernilai RM 285 Juta dengan tempoh kontrak selama 42 bulan bermula dari 24.7.20. 

Pada majlis tersebut juga diadakan penyerahan surat setuju terima projek jambatan Igan dari agensi pelaksana JKR Sarawak kepada Syarikat Kontrektor Wisma Sdn Bhd yang bertanggung jawab melaksanakan projek. 

Acara Penyampian Pampasan Tanah projek Pembinaan Jalan Kampung Igan, ke Kampung Panjang Ilas dan Kampung Sah, Kebuaw Batang Igan 1 juga diadakan dan saksikan oleh YAB. Dari 25 pemilik tanah yang terlibat, 3 pemilik telah menerima iaitu :-

1. En Nan bin Kiai, bernilai RM11,892.00 2. En Moses bin Madin, RM2,313.00

3. En Lohoi bin Kuk, RM11,019.00

Seterusnya YAB Abg Jo melakukan Lawatan tapak projek Benteng Kawalan Hakisan Tebingan Sungai Igan, Upacara Pecah Tanah Jambatan Igan di Pengkalan Feri Igan, Lawatan dan Perasmian Sub Station Pertanian Igan sebelum bertolak ke Daro. 

Turut hadir, YB Tan Sri Datuk Amar Dr James Jemut Masing, YB Datuk Amar Haji Awang Tengah bin Ali Hassan, YB Dato Sri Hajjah Fatimah Abdullah, YB Datuk Haji Julaihi Hj Narawi, YB Datuk Dr Hj Abd Rahman Ismail, YB Dato Mushid Diraja Dr Juanda Haji Jaya, Yang Berhormat - Yang Berhormat, Residen Mukah dan dif kehormat dan jemputan lain.

Sumber dari : Sarawakku