APRIL 2021

Long Terawan Mendapat Perkhidmatan Jalur Lebar


LONG TERAWAN: Penduduk Long Terawan, sebuah perkampungan kaum Berawan di Sungai Tutoh di pedalaman Baram amat bertuah hari ini kerana sudah ada perkhidmatan broadband yang disediakan oleh Sarawak Digital Economy Corporation (SDEC).

Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Haji Johari Tun Datuk Abang Haji Openg telah diberi penghormatan untuk merasmikan perkhidmatan tersebut yang dinamakan Sarawak Rural Broadband Network (SRBN). 

Perkampungan 92-pintu tersebut yang terkenal sebagai jaguh lumba perahu, khususnya Regatta Baram adalah antara 150 penempatan di seluruh Sarawak yang sudah dan akan dibekalkan dengan perkhidmatan jalur lebar.

Di samping itu, 200 lokasi sudah mendapat perkhidmatan VSAT dalam usaha gigih kerajaan Sarawak untuk membekalkan kawasan luar bandar dengan perkhidmatan Internet.

Dalam ucapan perasmian Datuk Patinggi Abang Haji Johari berkata usaha sedang dilakukan untuk menghubungkan Long Terawan dengan Miri melalui Marudi dengan jalan raya. 

Projek tersebut akan mengambil masa empat tahun untuk disiapkan, ujar beliau.

Sumber dari : Sarawakku