OGOS 2020

Pasukan Audit Keselamatan Lebuhraya Pan Borneo Ditubuh - Fadillah

2/8 Pasukan Audit Keselamatan Lebuhraya Pan Borneo ditubuh - Fadillah KUCHING: Pasukan Audit Keselamatan Jalan Raya Lebuhraya Pan Borneo di negeri ini akan ditubuhkan untuk memantau dan memeriksa kerja-kerja yang dilakukan kontraktor projek jalan. Menteri Kanan Infrastruktur-Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, pasukan itu akan ditubuhkan oleh pasukan Jabatan Kerja Raya (JKR) Malaysia dan JKR Sarawak dengan secepat mungkin. “Kita akan tubuhkan (pasukan) ini secepat mungkin dan audit akan dilakukan ke atas semua projek berkaitan dan penyelenggaraan jalan memandangkan jalan Lebuhraya Pan Borneo yang sedang rancak dijalankan ini menimbulkan kebimbangan terhadap pengguna terutama pada waktu malam,” katanya kepada media selepas menghadiri Program Korban Aidiladha anjuran Pergerakan Pemuda Parti Pesaka Bumiputera Bersatu(PBB) N.8 Satok di Jalan Abang Ateh, hari ini. Majlis itu turut dihadiri Timbalan Ketua Cawangan N.8 Satok, Dato Ibrahim Baki, Setiausaha Politik Ketua Menteri yang juga Setiausaha Cawangan N.8 Satok, Abdul Samad Gany dan Naib Timbalan Ketua Cawangan N.8 Satok, Helmi Osman. Fadillah yang juga Naib Yang Dipertua Kanan Parti PBB berkata, beliau bersama-sama pasukan JKR Sarawak akan berjumpa dengan kontraktor projek Lebuhraya Pan Borneo bagi memastikan penyelenggaraan dan pengurusan trafik dilaksanakan mengikut spesifikasi ditetapkan. Kata Fadillah, ini termasuk pemasangan lampu isyarat di persimpangan jalan, tanda-tanda jalan, kedudukan selekoh dan sebagainya supaya tidak mendatangkan bahaya dan kesulitan untuk pergerakan lalu lintas. Menurutnya, apabila kerja-kerja projek ini rancak dijalankan, sudah pasti ia menimbulkan kesulitan dan ketidakselesaan terhadap orang ramai, justeru kerjasama daripada pengguna jalan diperlukan. Fadillah menjelaskan, keputusan Kerajaan Pakatan Harapan (PH) untuk mengubah kaedah pelaksanaan Projek Lebuhraya Pan Borneo Sabah dan Sarawak kepada rakan pelaksana projek (PDP) yang dijangka memberi penjimatan, namun peralihan ini dilihat menjejaskan perancangan dan pemantauan projek. “Sebab ya saya sendiri bersama-sama pasukan JKR Sarawak nanti akan turun dan berjumpa dengan pakej kontraktor ini bagi memastikan penyelenggaraan dijaga,” katanya.

Posted by Jiwa Bakti on Sunday, 2 August 2020


KUCHING: Pasukan Audit Keselamatan Jalan Raya Lebuhraya Pan Borneo di negeri ini akan ditubuhkan untuk memantau dan memeriksa kerja-kerja yang dilakukan kontraktor projek jalan.

Menteri Kanan Infrastruktur-Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, pasukan itu akan ditubuhkan oleh pasukan Jabatan Kerja Raya (JKR) Malaysia dan JKR Sarawak dengan secepat mungkin.

“Kita akan tubuhkan (pasukan) ini secepat mungkin dan audit akan dilakukan ke atas semua projek berkaitan dan penyelenggaraan jalan memandangkan jalan Lebuhraya Pan Borneo yang sedang rancak dijalankan ini menimbulkan kebimbangan terhadap pengguna terutama pada waktu malam,” katanya kepada media selepas menghadiri Program Korban Aidiladha anjuran Pergerakan Pemuda Parti Pesaka Bumiputera Bersatu(PBB) N.8 Satok di Jalan Abang Ateh, hari ini.

Majlis itu turut dihadiri Timbalan Ketua Cawangan N.8 Satok, Dato Ibrahim Baki, Setiausaha Politik Ketua Menteri yang juga Setiausaha Cawangan N.8 Satok, Abdul Samad Gany dan Naib Timbalan Ketua Cawangan N.8 Satok, Helmi Osman.

Fadillah yang juga Naib Yang Dipertua Kanan Parti PBB berkata, beliau bersama-sama pasukan JKR Sarawak akan berjumpa dengan kontraktor projek Lebuhraya Pan Borneo bagi memastikan penyelenggaraan dan pengurusan trafik dilaksanakan mengikut spesifikasi ditetapkan.

Kata Fadillah, ini termasuk pemasangan lampu isyarat di persimpangan jalan, tanda-tanda jalan, kedudukan selekoh dan sebagainya supaya tidak mendatangkan bahaya dan kesulitan untuk pergerakan lalu lintas.

Menurutnya, apabila kerja-kerja projek ini rancak dijalankan, sudah pasti ia menimbulkan kesulitan dan ketidakselesaan terhadap orang ramai, justeru kerjasama daripada pengguna jalan diperlukan.

Fadillah menjelaskan, keputusan Kerajaan Pakatan Harapan (PH) untuk mengubah kaedah pelaksanaan Projek Lebuhraya Pan Borneo Sabah dan Sarawak kepada rakan pelaksana projek (PDP) yang dijangka memberi penjimatan, namun peralihan ini dilihat menjejaskan perancangan dan pemantauan projek.

“Sebab ya saya sendiri bersama-sama pasukan JKR Sarawak nanti akan turun dan berjumpa dengan pakej kontraktor ini bagi memastikan penyelenggaraan dijaga,” katanya.

Sumber dari : Jiwa Bakti