MEI 2021

Pelancaran Perkhidmatan Bank Bergerak


KUCHING 6.5.21- Ketua Menteri Sarawak, YAB Abg Johari Tun Openg telah melancarkan dengan sempurnanya Perkidmatan Bank Bergerak di Perkarangan DUN Lama. 

Empat buah Bank telah bersetuju untuk bersama Kerajaan Sarawak iaitu :-

1. Bank Simpanan Nasional, bergerak di kawasan Sebauh dan Sg Asap, 

2. Bank Rakyat, bergerak di Sebauh, Tatau, Sg Asap dan Belaga,  

3. Agro Bank, bergerak di Padawan, Bau, Lundu, Sematan, Lingga, Pantu, Asajaya dan Semariang 

4. RHB Bank, bergerak di Asajaya, Sadong Jaya, Balingian, Oya dan Igan. 

Kerajaan Sarawak telah memperuntukkkan sebanyak RM 1.6 Juta sebagai bantuan pembelian kenderaan dan kemudahan lain bagi tujuan tersebut. 

YAB Abg Jo merakamkan terima kasih kepada Bank-bank tersebut kerana mahu bekerjasama bagi meringankan beban rakyat di luar Bandar dengan menyediakan kemudahan perkidmatan bank bergerak yang julung kali atas kerjasama Kerajaan Sarawak dan pihak Bank di Malaysia. 

Turut hadir, Menteri Pembangunan Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan Sarawak, YB Tan Sri Datuk Amar James Jemut Masing, Menteri Pembangunan Keusahawanan Malaysia, YB Dato Sri Wan Junaidi Tuanku Jaffar, Setiausaha Kerajaan Sarawak, Datuk Amar Jaul Samion dan kenamaan lain.

Sumber dari : Sarawakku