FEBRUARI 2020

Pemegang Kenyalang Gold Card Miliki Banyak Keistimewaan


KUCHING: Sarawak dianggarkan mempunyai 16 peratus warga emas bersamaan 256,000 orang pada tahun 2030.

Menteri Kebajikan, Kesejahteraan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kanak-Kanak (KWKPK) Datuk Seri Fatimah Abdullah berkata berdasarkan pada tahun 2019, warga emas di Sarawak dianggarkan seramai 316,000 orang melalui Jabatan Perangkaan Malaysia.

Justeru katanya, Kenyalang Gold Card (KGC) diwujudkan oleh kerajaan sebagai persediaan dalam menangani cabaran masyarakat menua (ageing society) di Sarawak.

"Oleh sebab itu, KGC dilancarkan untuk memberi tumpuan kepada warga emas di Sarawak," katanya.

Beliau berkata demikian semasa Sesi Taklimat Program KGC bertempat di Hotel Waterfront, Kuching, di sini hari ini.

Pada majlis itu, majlis menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) Rakan Strategik KGC turut diadakan yang mana syarikat ini akan memberi rebat/diskaun serta kemudahan lain kepada pemegang kad tersebut.

Jelasnya, KGC mempunyai banyak faedah untuk meringankan beban warga emas sekaligus meningkatkan kebajikan dah kesejahteraan mereka.

Dalam pada itu, KGC juga dilengkapi dengan Bantuan Ihsan Kematian (BIK) kepada yang layak sebanyak RM3,000 seorang.

Dalam pada itu, KGC juga dilengkapi dengan Bantuan Ihsan Kematian (BIK) kepada yang layak sebanyak RM3,000 seorang.

Setakat ini, sebanyak 46 syarikat yang berdaftar untuk menjadi Rakan Strategik KGC iaitu dari Kuching sebanyak 22 syarikat, Miri (13) dan Limbang (11).

Sumber dari : Jiwa Bakti