APRIL 2020

Penerima Bantuan Khas Sarawakku Sayang Guna Senarai Penerima BSH Januari 2020


KUCHING: Seramai 430,000 rakyat Sarawak berpendapatan rendah kumpulan B40 bakal menerima bayaran bantuan Khas Sarawakku Sayang (BKSS).

Menurut kenyataan media Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri di sini, hari ini, golongan ini merupakan senarai penerima Bantuan Sara Hidup (BSH) pada Januari 2020 yang diluluskan Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM).

Penerima akan menerima bantuan tunai bulanan sebanyak RM250 untuk tempoh enam bulan mulai April hingga September, bagi meringankan beban golongan ini dalam menghadapi kesan COVID-19.

“Oleh yang demikian, permohonan bagi BKSS adalah tidak diperlukan,” katanya kenyataan itu.

Bagi memastikan bantuan ini dapat disalurkan dengan teratur dan efisien cara pembayaran akan dibuat seperti berikut:

1. Bagi penerima yang memiliki akaun bank berdaftar, bantuan akan disalurkan ke akaun bank masing-masing pada setiap 15 haribulan untuk 6 bulan bermula dari April hingga September 2020;

2. Lebih daripada 23,000 penerima bantuan yang tidak memiliki akaun bank berdaftar akan disalurkan melalui Pejabat Cawangan Perbendaharaan Negeri yang berdekatan dengan tempat kediaman penerima bantuan melalui dua fasa:

l. Fasa Pertama: 15 hingga 30 April 2020; ll. Fasa Kedua: 15 hingga 30 Ogos 2020

3. Kerajaan Sarawak menggalakkan penggunaan SarawakPay untuk berbelanja semasa penularan wabak COVID-19.

Sumber dari : Jiwa Bakti