KUCHING: Penjawat awam Sarawak akan diberi Bantuan Khas Kewangan dua bulan gaji pokok atau minimum RM2,000.
Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata bonus itu akan dibayar sebelum penghujung tahun ini.
“Kerajaan Gabungan Parti Sarawak (GPS) amat prihatin dengan kebajikan pegawai Perkhidmatan Awam Sarawak khususnya dalam menghadapi bebanan kewangan akibat kos sara hidup yang semakin meningkat.
“Kerajaan GPS telah memutuskan untuk memberi Bantuan Khas Kewangan bersamaan dua bulan gaji pokok atau minimum RM2,000 kepada pegawai Perkhidmatan Awam Negeri Sarawak, dan dibayar sebelum penghujung tahun ini,” katanya dalam ucapan penggulungannya sempena persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) hari ini.
Sumber dari: Suara Sarawak