FEBRUARI 2021

Perutusan Daripada YAB Ketua Menteri Sarawak Sempena Peringatan Hari Antidadah Kebangsaan Tahun 2021


PERUTUSAN DARIPADA YAB DATUK PATINGGI ABANG HAJI JOHARI TUN ABANG HAJI OPENG KETUA MENTERI SARAWAK SEMPENA

PERINGATAN HARI ANTIDADAH KEBANGSAAN TAHUN 2021

Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera,

Sempena memperingati Hari Antidadah Kebangsaan Tahun 2021 yang bertemakan “LEBIH BAIK CEGAH”, yang mana telah diadakan setiap tahun.

Saya mewakili seluruh warga Sarawak menzahirkan ucapan Selamat Menyambut Hari Antidadah Kebangsaan 2021 yang akan diraikan pada 19hb Februari 2021 ( Jumaat ).

Kerajaan Sarawak sememangnya bekerja rapat dengan agensi anti dadah kebangsaan untuk memastikan dan mengambil beberapa tindakan yang strategik bagi mengurangkan kesan dadah dikalangan masyarakat. Kita akan menggunakan beberapa pendekatan secara berhemah bagi menyakinkan masyarakat bahaya dadah kepada negara.

Kerajaan juga telah menubuhkan jawatan kuasa kecil dibawah jawatankuasa bencana negeri bagi mengumpul maklumat serta mengambil tindakan sewajarnya.

Oleh itu, kami sentiasa menyokong dan akan bersama-sama kerajaan persekutuan untuk membantu dan berusaha kearah merialisasikan “Dadah Terkawal 2025”, demi kepentingan Agama, Bangsa dan Negara tercinta ini.

Marilah kita sama bergabung tenaga untuk mengawal gejala dadah dan menyelamatkan negara.

Sekian, terima kasih.

Sumber dari : Sarawakku