NOVEMBER 2019

RM30 Juta Bayar Hutang PTPTN


KABONG: Kerajaan Sarawak melalui Yayasan Sarawak akan membantu membayar hutang PTPTN pelajar-pelajar Sarawak dengan peruntukan sebanyak RM30 juta, kata Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Zohari Tun Abang Haji Openg.

Namun, mereka hendaklah membayar balik kepada Yayasan Sarawak mengikut mekanisma yang akan ditentukan kelak, jelas beliau.

“Bantuan itu tidak free,” ujar beliau dalam ucapan perasmian pada Majlis Ulang Tahun ke-100 SK Abang Leman di sini pagi Rabu.

Kerajaan Sarawak membuat keputusan untuk membantu para pelajar yang berhutang dengan PTPTN untuk mengelakkan mereka terkait dengan permasalahan lain seperti larangan ke luar negara.

Kalau disekat ke luar negara bagaimana boleh mereka ke luar negara untuk mencari kerja, tambah beliau.

Peruntukan tersebut sudah diluluskan di DUN baru-baru ini dan mekanisma untuk mengagihkan peruntukan tersebut akan ditentukan.

Sumber dari : TV Sarawak