OKTOBER 2020

Sambutan Ulang Tahun Ke-84 TYT di Dataran DUN


KUCHING: Yang di-Pertua Negeri Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud pagi tadi memeriksa Kawalan Kehormatan Utama (KKU) sempena Sambutan Ulang Tahun Ke-84 beliau di Dataran Dewan Undangan Negeri (DUN), Sarawak, di sini.

KKU  terdiri daripada seramai 103 anggota lain-lain pangkat dan tiga pegawai dari Batalion Ke-13 Rejimen Askar Melayu Diraja yang diketuai Mejar Mohd Safiq Jamaluddin.

KKU ini diiringi pancaragam gabungan 1 Division Infantri Malaysia dengan kekuatan seramai 50 anggota dan diketuai Pegawai Waran II Mohamad Suffian Abdullah.

Kemuncak majlis ialah upacara simbolik sambutan perayaan, persembahan dan juga tarian kebudayaan Negeri Sarawak.

Terdahulu, ketibaan Tun Taib dan isteri Toh Puan Datuk Patinggi Ragad Kurdi Taib disambut oleh Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Tun Openg, Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Seri Prof Dr Sim Kui Hian dan isteri Datin Sri Enn Ong Siok Ean, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Amar Jaul Samion dan Panglima Medan Timur Leftenan General Datuk Zakaria Yadi serta isteri. 

Kemudian, tembakan das meriam dan terbang lalu empat helikopter menandakan beliau tiba di dataran tersebut.

Setelah itu, Tun Taib naik ke pentas khas dan menerima Tabik Hormat Diraja.

Kemudian lagu Ibu Pertiwiku dimainkan diikuti dengan Istiadat Pemeriksaan KKU.

Selepas pemeriksaan KKU, Tun Taib kembali ke pentas diikuti dengan bacaan doa oleh, Imam Besar Negeri Sarawak Dato Mustapha Kamal Ahmad Fauzi.

Selepas itu, diadakan persembahan kebudayaan Kampung Budaya Sarawak berjudul “Wonderful  Sarawak dan A Celebration oleh the Dance Academy”.

Turut hadir adalah Timbalan-Timbalan Ketua Menteri, Speaker DUN Datuk Amar Mohd. Asfia Awang Nasar, menteri-menteri dan Menteri-menteri muda serta ketua-ketua Jabatan Kerajaan Negeri dan Persekutuan

Sumber dari : Jiwa Bakti