SEPTEMBER 2019

Sarawak Regatta dan Pertandingan Perahu Naga Antarabangsa Sarawak Diadakan Pada 26 hingga 3 November Ini


KUCHING : Acara wajib bagi kalender tahunan kerajaan Sarawak, iaitu Sarawak Regatta dan Pertandingan Perahu Naga Antarabangsa Sarawak diadakan pada 26 hingga 3 November ini bertempat di Tebingan Sungai Sarawak (Waterfront), Kuching.

Acara Pertandingan Perlumbaan Perahu Naga Antarabangsa Sarawak akan diadakan pada hujung minggu bermula 26 hingga 27 Oktober ini manakala Pertandingan Perlumbaan Perahu Sarawak Regatta akan diadakan pada hujung minggu seterusnya iaitu 1 hingga 3 November ini.

Perasmian Perasmian Sarawak Regatta telah dijadualkan pada 26 Oktober 2019 ( Sabtu) pada pukul 9 pagi dan tetamu kehormat yang akan merasmikan acara berkenaan ialah Ketu Menteri Sarawak Datuk Patinggi Abang Zohari Tun Abang Openg di tempat yang sama.

Disamping itu, Festival Jualan Makanan (Sarawak Kitchen) dan Keusahawanan serta Jualan Kraf Malaysia akan diadakan sepanjang tempoh pertandingan-pertandingan tersebut.

Pengisian acara lain seperti persembahan kebudayaan, persembahan karaoke, pertandingan gendang Melayu Sarawak, persembahan buskers dan nyanyian akan berlangsung di perkarangan tebingan sungai Sarawak.

Acara kemuncak Sarawak Regatta iaitu acara bagi merebut gelaran Raja Sungai Sarawak 2019 dijadulkan pada 3 November 2019 (Ahad) dan akan disaksikan oleh Tuan Yang Terutama Yang Dipertua Negeri Sarawak Tun Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud.

Pada tahun ini, sebanyak 13 kategori lumba perahu dipertandingkan melibatkan perahu balok, perahu bidar, dan perahu kenyalang.

Secara keseluruhannya lumba perahu Sarawak Regatta akan melibatkan 23 peringkat saringan dan 13 peringkat akhir.

Sarawak Regatta menawarkan hadiah wang tunai berjumlah RM 240,000 dan pemenang Raja Sungai akan membawa pulang Piala dan wang tunai sebanyak RM 10,000.

Setakat ini Sarawak Regatta telah menarik sumbangan penajaan keseluruhan berjumlah RM 660,000 dimana Petronas yang merupakan penaja utama telah menyumbangkan sejumlah RM 500,000 disamping Petra Energy Berhad sebagai Penaja Emas dengan sumbangan RM 100,000 serta JX Nippon Oil & Gas (Malaysia) Limited dan Ta Ann Holding Berhad masing-masing dengan sumbangan berjumlah RM 30,000.

Sumber dari: TV Sarawak