SEPTEMBER 2019

YAB Ketua Menteri Sarawak hadir ke Majlis Pelancaran Perkhidmatan Rangkaian Internet Tanpa Wayar bertempat di SMK Temenggong Datuk Lawai Jau


3 Sept 2019 - YAB Ketua Menteri Sarawak hadir ke Majlis Pelancaran Perkhidmatan Rangkaian Internet Tanpa Wayar bertempat di SMK Temenggong Datuk Lawai Jau.

Dalam ucapan, YAB Ketua Menteri terlebih dahulu mengucapkan terima kasih diatas sambutan yang meriah dan juga berharap naik taraf infrastruktur digital di Long San akan memberi manfaat kepada anak-anak sekolah dan komuniti setempat.

Inisiatif membangunkan digital ekonomi bukan hanya untuk di bandar sahaja tapi perlu di bangunkan juga di luar bandar, sehubungan itu, beliau mengarahkan SMA untuk menaik taraf kelajuan Internet tanpa wayar selepas semua masalah letrik di selesaikan.

Dengan naik taraf tersebut, maka pada hari ini, Sekolah ini telah mendapat kelajuan internet 10 mps dan juga untuk Komuniti di Long San mereka juga dapat menikmati kelajuan 30 mps.

Tambah YAB Ketua Menteri, selain untuk kemudahan pembelajaran pelajar sekolah, kelajuan internet juga dapat membantu komuniti peniaga, pertanian dan pembuat kraft dapat di pasarkan dalam talian hingga ke luar negara. Ini semua dapat dilakukan menerusi telefon pintar melalui Sarawak Pay yang diperkenaklan kerajaan Sarawak setelah adanya ejen BSN di Long San.

Sebelum ini, YAB Ketua Menteri juga telah melancarkan beberapa program digital mesra rakyat dengan pembinaan Menara Telekomunikasi di Lubau Ulu Betong, Perkhidmatan Internet secara SCR di Long Busang, Kapit, Perkhidmatan Ejen Bank BSN di Sebauh menerusi Sarawak Pay dan Majlis Bedudun Digital Lawas dan hari ini Pelancaran Perkhidmatan Rangkaian Internet tanpa wayar di Long San.

Turut hadir, Menteri Muda Pendidikan Sains dan Penyelidikan Teknologi Sarawak YB Dr Annuar bin Rapa'ee, Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Sarawak Datu Ik Pahon Joyik, Ahli Parlimen P.220 Baram YB Anyi Ngau, ADUN N.77 Telang Usang YB Dennis Ngau, Timbalan Residen Miri, Pengarah Jabatan Pendidikan Sarawak, Pengurus Besar Sarawak Multimedia Authority ( SMA ) dan orang kenamaan lain.

Sumber dari: Sarwakku