NOVEMBER 2019

Sarawak Sedia Ambil Tindakan Undang – Undang


KUCHING: Kerajaan Sarawak bersedia untuk mengambil tindakan undang – undang terhadap Petronas atas kegagalan membayar cukai 5% mengikut tempoh yang ditetapkan.

Menurut Menteri Muda Undang – Undang, Hubungan Persekutuan dan Pemantauan Projek Datuk Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali, cukai yang dikenakan adalah tertakluk di bawah Ordinan Cukai Jualan Negeri.

Beliau berkata demikian pada sidang media berkenaan cukai produk petroleum di Dewan Undangan Negeri di sini hari ini.

Sebelum ini, Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Zohari Tun Abang Haji Openg menegaskan bahawa gas yang diperoleh Petronas adalah dari perairan Sarawak dan Petronas perlu mematuhi undang-undang Sarawak.

Sumber dari: TV Sarawak