NOVEMBER 2019

Seorang hilang, 6 selamat bot karam di Batang Saribas


PUSA: Tragedi bot karam tengah malam di Batang Saribas mengakibatkan seorang penumpangnya hilang sementara enam yang lain terselamat.

Sehingga kini, pasukan mencari dan menyelamat (SAR) yang disertai oleh pihak polis, bomba dan pertahanan awam serta penduduk kampung belum menemui sebarang petunjuk.

Dalam satu kejadian tengah malam tadi, bot yang membawa tujuh individu bersama dua motosikal karam di tengah-tengah Batang Saribas yang bergerak dari pangkalan feri Tanjung Lilin untuk menuju ke Kampung Pusa.

Seorang penumpang yang masih hilang dikenali sebagai Mohd Saufi Sarbeni atau lebih dikenali dengan panggilan ‘Sopi’ berusia 27 tahun.

Menurut jurucakap bomba, operasi SAR yang dimulakan tengah hari tadi meliputi kawasan dua kilometer ke hulu dan hilir dari lokasi bot karam dipercayai karam