JULAI 2020

Tertunai Satu Lagi Janji Kepada Rakyat: Abg Jo


KUCHING, Rabu: Dengan pelancaran bas sekolah percuma di Daerah Kuching hari ini Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Haji Zohari Tun Openg berkata beliau telah menunaikan satu lagi janji kepada rakyat.

Datuk Patinggi Abang Jo telah menyatakan dalam ucapan Bajet 2020 Kerajaan GPS Sarawak akan melaksanakan Program Bas Sekolah Percuma mulai tahun ini untuk membantu meringankan beban kewangan ibu bapa khususnya di kawasan bandar.

Dalam ucapan perasmian beliau akur dengan beban kewangan yang terpaksa ditanggung oleh ibu bapa untuk menghantar anak mereka ke sekolah dengan perkhidmatan bas sekolah, terutamanya jika mempunyai lebih daripada seorang anak bersekolah.

“Dengan program bas sekolah percuma ini para ibu bapa boleh membuat penjimatan yang boleh digunakan untuk tujuan lain yang memberi manafaat kepada keluarga,” ujar Datuk Patinggi Abang Jo.

Program ini melibatkan 3,000 pelajar dari 30 buah sekolah dan 46 buah bas sekolah dengan kos RM5 juta setahun yang dikendalikan oleh Yayasan Sarawak.

Setelah berjaya di Kuching program ini akan dikembangkan kepada bandar lain seperti Miri dan Sibu kemungkinan dalam tahun ini juga, jelas Datuk Patinggi Abang Jo.

Sumber dari : Sarawakku