MAC 2021

Tiada Tol Akan Dikenakan Di Semua Jambatan Di Sarawak: Abg. Jo


SEBUYAU, 23 Mac: Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata semua jambatan di sepanjang jalan pesisir Sarawak tidak dikenakan bayaran tol.

Beliau berkata ia adalah seperti yang diinginkan Allahyarham Pehin Sri Adenan Satem terdahulu.

Beliau menambah lagi,  Kerajaan Sarawak menanggung kos pembinaan bagi semua jambatan di sepanjang jalan pesisir kecuali jambatan Sadong dan Samarahan.

Datuk Patinggi Abang Johari berkata demikian pada sidang media selepas menyempurnakan Majlis Pecah Tanah Jambatan Batang Lupar di Sebuyau hari ini.

Beliau dalam pada itu berkata Jambatan Batang Lupar yang dijangka siap pada Januari 2025 merupakan jambatan terakhir yang dibina sekaligus menjadi pelengkap kepada jalan pesisir Sarawak.

Sumber dari : Sarawakku