KUCHING: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak mengucapkan terima kasih kepada Kerajaan Sarawak, JPBN Sarawak dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Sarawak dalam membantu penugasan semasa bencana.
Pengarahnya, Khirudin Drahman berkata dengan adanya penyelarasan tugasan antara agensi penyelamat telah dapat membantu penugasan JBPM Sarawak dengan lebih berkesan dan sistematik dalam kerja-kerja membantu dan memindah mangsa dengan lebih mudah.
“Sebelum ini, kebanyakan tugasan ini terpaksa menggunakan aset Bomba dan Penyelamat selain membantu menyediakan tempat pemindahan mangsa.
“Tetapi, dengan adanya pendekatan baharu seperti penyediaan pusat-pusat penyimpanan makanan ianya telah banyak membantu dalam tempoh dua minggu pertama bencana ini.
“Kita dapati kerjasama antara agensi telah dapat membantu dan kita juga mengharapkan pihak komuniti sendiri turut dapat memberikan kerjasama yang sewajarnya,” katanya, dalam Sidang Media Persiapan JBPM Sarawak Menghadapi Monsun Timur Laut di Ibu Pejabat JPBM Sarawak pada Selasa.
Mengenai aset Bomba dan Penyelamat Sarawak, Khirudin menjelaskan kesemua aset-aset yang sedia ada dapat digunakan dan berada dalam keadaan baik.
“Kita telah bersiap sedia dengan peralatan seperti lori 3 tan dan 5 tan di mana sebanyak 16 unit diletakkan di semua ‘Forward Operating Base’ iaitu di Kuching, Sibu dan Miri. Aset-aset ini akan ditempatkan di kawasan-kawasan ini bagi memudahkan gerak atur dalam kerja-kerja menyelamat.
“Selain itu, untuk unit 4x4 pickup, kita ada 67 unit dan semuanya dalam keadaan baik dan boleh digunakan, bot penyelamat 45 unit dari 34 balai. Ini tidak termasuk bot-bot yang kita gunapakai daripada Bomba Sukarela dan juga Bomba Komuniti.
“Dalam masa yang sama juga, helikopter Augusta 189 beroperasi di Miri boleh digerakkan di lokasi-lokasi,” jelasnya.
Beliau turut memberitahu mulai tahun ini Pengarah JBPM Negeri telah diberi mandat untuk menggerakkan helikopter dengan hanya memaklumkan kepada Putrajaya dan proses ini lebih cepat dan . -EDISI UKAS
Sumber dari : Unit Komunikasi Awam Sarawak