APRIL 2020

UNIMAS, Tempat Saringan Kasual Kontak Kota Samarahan


KUCHING: Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) menjadi tempat saringan bagi semua kasual kontak di bahagian Kota Samarahan.

Timbalan Ketua Menteri merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata, keputusan itu dibuat dalam mesyuarat JPBN untuk membolehkan semua kontak kasual yang belum di kesan di Kota Samarahan dapat membuat saringan secara pandu lalu di institusi berkenaan.

Dalam perkembangan berkaitan, Uggah berkata jawatankuasa ini juga memutuskan supaya Jabatan Tenaga Kerja dan Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan membantu untuk memantau kebajikan dan kesihatan seramai 138,183 pekerja asing di negeri ini.

"Ini penting untuk memastikan kumpulan ini akan sentiasa diawasi supaya tidak dijangkiti COVID-19 di Sarawak," ujarnya.

Justeru itu, beliau berharap agar rakyat Sarawak terus mematuhi arahan yang telah dikeluarkan oleh kerajaan untuk mengekang penularan COVID-19 ini daripada terus merebak.

Sumber dari : Jiwa Bakti