JANUARI 2021

Ujian Saringan Covid-19 Secara Pandu Laju Mulai 13 Januari


SIBU: Jawatankuasa Pengurusan Bencana (JPB) Bahagian Sibu akan mewujudkan kaedah ujian saringan secara pandu lalu di Pustaka Negeri Sarawak, Sibu mulai esok (13 Januari 2021).

Esok, ujian calitan bermula jam 2 petang hingga 4 petang dan seterusnya beroperasi setiap hari (Isnin hingga Sabtu) jam 8 pagi hingga 4 petang. 

JPB Bahagian Sibu menerusi kenyataannya sebentar tadi memberitahu, Pusat Saringan di Foyer, Stadium Tertutup Sibu masih beroperasi seperti biasa untuk saringan secara “walk in”. 

“Terima kasih kepada Pengerusi Lembaga Pengurusan Pustaka Negeri Sarawak Tan Sri, Datuk Amar Hamid Bugo dan Pemangku Ketua Eksekutif Pustaka, Arpah Adenan atas kerjasama yang diberikan," ujarnya.

Sumber dari : Jiwa Bakti