JUN 2020

YAB Ketua Menteri Mempengerusi Mesyuarat JK Penyelarasan Pembangunan Negeri Di Sarikei


SARIKEI, Selasa: YAB Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Haji Zohari Tun Abang Haji Openg pagi ini mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Penyelarasan Pembangunan Negeri Ke-10 yang dihoskan oleh Bahagian Sarikei di Pusat Inovasi Sarikei.

Mesyuarat bertujuan untuk menerima laporan daripada pelbagai agensi pelaksana Projek Rakyat, khususnya di Bahagian Sarikei di samping mengenalpasti permasalahan yang dihadapi oleh agensi dan kontraktor.

Di Bahagian Sarikei 33 Projek Rakyat bernilai RM493 juta telah diluluskan dan 44 projek bernilai RM280 juta di bawah RMK11.

Projek-projek ini dalam pelbagai peringkat pelaksanaan tertumpu kepada infrastruktur luar bandar untuk mempertingkatkan jaringan perhubungan, kemudahahan asas dan perkhidmatan kepada masyarakat.

Sumber dari : Sarawakku