OGOS 2018

Saspek pecah rumah diberkas


KABONG: Seorang pemuda berusia 22 tahun yang dipercayai terlibat dalam kejadian pecah rumah di Kampung Metang Desa dekat sini, baru-baru ini berjaya diberkas pihak polis, hari ini di kawasan Kampung Masjid Lama.

Perkara itu disahkan oleh Ketua Polis Daerah (KPD) Saratok Deputi Superintendan Mordani Tanin yang memberitahu, penangkapan saspek oleh Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Saratok turut membawa kepada penemuan

“Polis berjaya menangkap seorang saspek dan turut merampas barang-barang curi.

“Saspek direman pagi ini,” katanya di sini, hari ini.

Suspek disiasat di bawah Seksyen 457 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara lima tahun dan juga boleh dikenakan denda jika didapati bersalah.

Pada Ahad lalu, penghuni sebuah rumah sewa bersama tiga lagi rakannya di Kampung Metang Desa melaporkan kediaman mereka telah dipecah masuk dan diselongkar

Ia berikutan terdapat kesan berlubang pada dinding tandas belakang rumah di bahagian bawah tingkat satu serta bilik-bilik dalam rumah berkenaan juga berselerak.

Selain beberapa barangan turut dilaporkan hilang yang dianggarkan bernilai RM8,000.