KUCHING: Bintang sensasi Lee Hui Xian menjadi atlet pertama menyumbang pingat emas buat kontinjen Sarawak selepas cemerlang dalam acara wushu kegemarannya (Nandao Wanita).
Meskipun, keadaan saingan sebenar temasya Sukan Malaysia (SUKMA) XIX 2018 disingkap secara rasminya hari ini.
Menggumpul 9.54 mata keseluruhan persembahan dipentas utama, Kolej Martikulasi Gopeng semalam.
Atlet berusia 18 tahun itu mudah mengatasi pencabarnya dari Melaka, Tan Cheong Min selaku pemenang pingat perak (9.46 mata).
Selain atlet tuan rumah, Wong Xin Yi selaku pemenang pingat gangsa (9.35 mata).
Dalam pada itu, perjuangan awal atlet wushu turut diceriakan dengan perolehan tiga lagi pingat iaitu dua pingat perak dan satu pingat gangsa.
Dua pingat perak masing-masing disumbangkan oleh Stephanie Ngu Chai Ern yang sekadar menggumpul 9.4 mata menerusi Jianshu Wanita.
Satu lagi pingat perak Sarawak disumbang oleh Elvic Bong Quan Zhen (9.4 mata) dari acara Jianshu Lelaki. Pingat gangsa Sarawak diperolehi Clement Thian Fung Seng (9.43 mata).