BELADIN / 30/10/2018
BELADIN: Langkah membangunkan platform digital ‘Beting Maro Best (BMB)’ disifatkan sebagai pelengkap kepada program transformasi Dewan Undangan Negeri (DUN) Beting Maro ke arah pendigitalan ekonomi
DEBAK / 30/10/2018
DEBAK: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Saribas Mohammad Razi Sitam menyasarkan 30,000 pengunjung dalam dan luar bakal membanjiri Pekan Debak sempena penganjuran Debak Fest 2018
BINTANGOR / 15/10/2018
BINTANGOR: Sebanyak RM780,000 disalurkan kepada pelbagai pertubuhan termasuk bagi membantu mangsa kebakaran dan menaik taraf kemudahan infrastruktur Kampung Melayu Bintangor.
DARO / 14/10/2018
DARO: Mentaliti berniaga sekadar suka-suka perlu dikikis daripada minda setiap usahawan Bumiputera jika mereka mahu menjadi usahawan berjaya.
SARATOK / 14/10/2018
SARATOK: Kementerian Pelancongan, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan Negeri (MTACYS) dan Majlis Daerah Saratok (MDS) bekerjasama untuk melahirkan usahawan produk sejuk beku dari sekitar Daerah Saratok melalui penganjuran Kursus Pembuatan Produk Sejuk Beku (Karipap dan Sardin Roll) yang berlangsung di Tingkat Satu Bangunan Perpustakaan MDS.
KUCHING / 14/10/2018
KUCHING: Yang di-Pertua Negeri Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud menamakan Musical Fountain sebagai Darulhana Musical Fountain yang dirasmikan pada malam ini.
BETONG / 13/10/2018
BETONG: Seorang kakitangan Majlis Daerah Betong (MDB) mengalami kerugian apabila kenderaan yang dipandunya tiba-tiba terbakar ketika dalam perjalanan untuk menghadiri sambutan Hari Sukan Negara (HSN) Peringkat Bahagian Betong di Debak, pagi ini.
BETONG / 13/10/2018
BETONG: Projek-projek di bawah Program Transformasi Luar Bandar (RTP) yang dilaksanakan kerajaan negeri menerusi dana sendiri sebenarnya memberi impak yang cukup besar, bukannya sesuatu yang kecil, tegas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Saribas Mohammad Razi Sitam.
DARO / 12/10/2018
DARO: Sekolah Kebangsaan (SK) Hijrah Badong menerima sumbangan RM5,000 daripada Ahli Parlimen P.207 Igan, Ahmad Johnie Zawawi di sekolah berkenaan, di sini hari ini.
KUCHING / 10/10/2018
KUCHING: Keluarga Allahyarham Yahya Ali menerima bantuan daripada kerajaan negeri bagi meringankan beban keluarga berkenaan yang hilang sumber mata pencarian selepas tragedi lemas.
KUCHING / 09/10/2018
KUCHING: Dalam tempoh hanya kira-kira 24 jam selepas mengunjungi buat kali kedua keluarga Allahyarham Yahya Ali, Ahli Parlimen P.207 Igan, Ahmad Johnie Zawawi, telah bergegas dari Matu ke Kuching untuk memastikan permohonan bantuan dan surat daripada ibu Allahyarham mendapat perhatian segera kerajaan negeri.
PENOM / 08/10/2018
PENOM: Penganjuran Ulu Paku MTB Jamboree berupaya mengangkat dan ‘membuka’ kawasan Ulu Paku sebagai satu lagi produk pelancongan yang penting di sini.
DARO / 07/10/2018
DARO: Lebih 1,000 murid termasuk ibu bapa dan guru memeriahkan sambutan Sukan Tahunan Sekolah Kebangsaan (SK) Hijrah Badong Daro semalam.
Acara yang berlangsung di Padang SK Hijrah itu, menyaksikan pelbagai jenis sukan dipertandingkan termasuk larian selain pertandingan tarik tali serta lintas hormat antara rumah.
PULAU BURUIT / 06/10/2018
PULAU BRUIT: Musim obor-obor merah kembali menyerang perairan Pulau Bruit hari ini sekali gus memberi pulangan lumayan kepada nelayan sekitar pulau ini. Antara perkampungan nelayan Pulau Bruit yang meraih obor-obor merah ialah Kampung Betanak, Tekajong, Penipah, Salah Kechil, Penibong, Penuai dan Sebako.
PUSA / 04/10/2018
PUSA: Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) mendorong seramai 64 murid Sekolah Kebangsaan (SK) Pusa yang juga calon Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) tahun ini dengan menyediakan ‘bajet’ untuk menghiasi bangunan sekolah menerusi aktiviti melukis bendera negeri-negeri dalam Malaysia.
MATU / 04/10/2018
MATU: Bacaan yasin diadakan di rumah keluarga Allahyarham Yahya Ali, Kampung Tian di sini, selepas solat Asar sebentar tadi.
Bacaan yasin dilakukan oleh tetamu sementara menunggu ketibaan jenazah Allahyarham yang diterbangkan menggunakan helikopter Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBP) dari Lapangan Terbang Sibu terus dibawa ke Kampung Tian petang ini. Allahyarham akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Tian, sejurus tiba di kampung.
MATU / 04/10/2018
MATU: Ibu Yahya Ali, 24, tidak menyangka operasi terakhir yang disertai anaknya di Lombong Taman Putra Perdana Berhampiran Perumahan Lokatish, Selangor, semalam berakhir tragedi. Halimah Geronggong, 42, dari Kampung Tian berkata, dia dimaklumkan berhubung kejadian menyedihkan itu pada jam 12.30 malam semalam.
DARO / 03/10/2018
DARO: Kerajaan negeri menyalurkan peruntukan Projek Kecil Luar Bandar (MRP) sebanyak RM56,000 kepada pelbagai pertubuhan dan persatuan di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Daro. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) N.43 Daro, Safiee Ahmad berkata, peruntukan yang disalurkan itu merupakan tanda penghargaan kerajaan di samping membantu pertubuhan berkenaan melaksanakan aktiviti.
KABONG / 02/10/2018
KABONG: Perbadanan Kemajuan Perusahaan Kayu Sarawak (PUSAKA) ‘berkongsi’ prospek kerjaya dalam industri perkayuan kepada pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kabong. Penolong Pengurus Besar Wilayah Tengah PUSAKA Johari Zainudin memberitahu, PUSAKA menganjurkan program ceramah kerjaya dan latihan dalam industri perkayuan ini sempena sambutan Ulang Tahun Ke-45 PUSAKA.