KUCHING / 31/12/2019
Ketibaan Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg Untuk Merasmikan Sambutan D’ Ambang Coutdown 2020 Yang Berlangsung di Tebingan Sungai Kuching, Malam Ini
KUCHING / 30/12/2019
Following the signing ceremony between Business Events Sarawak (BESarawak) by Sarawak Convention Bureau and Professional Convention Management Association (PCMA) in October 2019, it is announced that the upcoming PCMA Convening Leaders 2020 (CL20) will be attended by 20 Sarawak delegates led by Datuk Haji Abdul Karim Rahman Hamzah, Minister of Tourism, Arts and Culture Sarawak and Minister of Youth and Sports Sarawak, for the first time.
KUCHING / 26/12/2019
Penarafan oleh Standard & Poors (S&P) Global sebuah syarikat penarafan antarabangsa membuktikan sangkaan dangkal Menteri Kewangan yang menghina rakyat Sarawak dahulu bahawa Sarawak akan bankrap dalam tempoh 3 tahun. Ketua Penerangan PAS Sarawak, Zharudin Narudin dalam satu kenyataannya berkata, penarafan A oleh syarikat tersebut telah membuktikan Sarawak akan kekalkan prestasi kewangan yang baik, fleksibiliti belanjawan yang tinggi dan kemudahan mudah tunai.
KUCHING / 24/12/2019
Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg mengajak rakyat di negeri ini supaya terus mengukuhkan iltizam untuk menyumbang kepada keharmonian dan kemajuan dalam apa juga kapasiti dan peranan. Beliau berkata, jangan terlalu taksub dengan apa juga peristiwa yang berlaku di luar Sarawak yang boleh memecahbelahkan rakyat seperti kata perpatah ‘bersatu kita teguh,bercerai kita roboh’.
KUCHING / 24/12/2019
Petroleum Sarawak Berhad (Petros) will soon be tasked with the managing of the domestic gas business in Sarawak which is now under Petronas. Chief Minister Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg broke the good news in his Christmas Message 2019. “In order to have the regulatory power over our oil and gas resources based on our authority under the Oil Mining Ordinance (OMO) 1958, Petros have been set up to be our flagship in furthering the state’s participation in the upstream and upstream activities of the oil and gas industry in the state.
SIBU / 21/12/2019
Kira-kira 1,300 masyarakat Iban di Bawang Assan menyuarakan hasrat mereka supaya anak tempatan dicalonkan sebagai calon untuk bertanding dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang. Hasrat itu disuarakan oleh mereka kepada Naib Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) merangkap Menteri Muda Pendidikan dan Penyelidikan Teknologi, Dr Annuar Rapa'ee pada Majlis Solidariti PBB Cawangan Bawang Assan di Hotel Kingwood malam tadi.
KUCHING / 20/12/2019
Timbalan Ketua Menteri, Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata, ketua kaum tersebut adalah tambahan kepada 468 orang yang telah dilantik atau pelantikan semula. Menurutnya, Ketua Menteri Datuk Patinggi Dr Abang Haji Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Haji Openg telah mengesyorkan agar ketua kaum dilantik dengan cara yang betul dan berdasarkan prosedur operasi standard (SOP) yang sedia ada.
KUCHING / 19/12/2019
Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Jo merasmikan 2nd International Conference on Computer & Drone Applications (IConDA) 2019 Technological Convergence For Digital Economy Advancement bertempat di Kampus 2 Universiti Teknology Mara petang ini tadi. Dalam ucapannya, Ketua Menteri berkata sektor pertanian adalah salah satu contoh sektor yang boleh diadaptasikan dengan menggunakan pelbagai teknologi baharu. Dengan menggunakan teknologi baharu dalam pertanian ianya mampu memperbaiki ekonomi dan memberi pulangan yang lumayan kepada pengusahanya serta dapat meningkatkan pengeluaran produk makanan serta mengukuhkan jaminan makanan khasnya di Sarawak dan Malaysia amnya.
KOTA SAMARAHAN / 19/12/2019
Aplikasi teknologi seperti dron dan sistem komputer diperlukan sebagai langkah meningkatkan pengeluaran makanan di negeri ini. Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata, ini kerana Sarawak tidak produktif dalam pengeluaran makanan dan memerlukan usaha untuk meningkatkannya. “Singapura yang tidak mempunyai banyak tanah berada di kedudukan pertama dalam keselamatan makanan manakala Malaysia di tangga ke-10.
LAWAS / 18/12/2019
Pusat Interpretasi Heart of Borneo (HOB) di kawasan Hutan Simpan Kayangeran, di sini telah pun siap 88 peratus. Menurut Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan, pusat tersebut merupakan satu-satunya pusat seumpama itu di Sarawak. “Projek HOB ini merupakan kolaborasi tiga negara, Malaysia, Indonesia dan Brunei. Ini menunjukkan kita amat komited menjaga hutan kita,” katanya.
KUCHING / 18/12/2019
Kira-kira 16,000 penjawat awam Sarawak akan menerima bantuan khas kewangan dua bulan gaji atau minimum RM2,000 hari ini (Rabu). Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Amar Jaul Samion berkata, pembayaran dibuat sebelum sambutan Krismas dan sama dengan tarikh pembayaran gaji penjawat awam Sarawak untuk Disember. “Bonus ini akan diterima oleh semua kategori daripada pengurusan tertinggi, perkhidmatan profesional, sokongan 1 dan sokongan 2,” katanya.
KOTA SAMARAHAN / 16/12/2019
Program Penambahbaikan Rumah Rakyat Miskin Sarawak (PPRMS) yang diperkenalkan kerajaan Sarawak amat bertepatan bagi membantu rakyat yang kurang berkemampuan memiliki kediaman yang sempurna, selesa dan selamat. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Muara Tuang, Dato Idris Buang berkata, geran sebanyak RM1 juta telah diperuntukkan oleh kerajaan negeri untuk setiap konstituensi untuk membaik pulih kediaman rakyat yang terpilih.
KUALA LUMPUR / 16/12/2019
Chief Minister, Datuk Patinggi (Dr) Abang Haji Abdul Rahman Zohari bin Tun Datuk Abang Haji Openg flew in to the federal capital yesterday to attend a tripartite discussion with the Prime Minister, Tun Dr. Mahathir bin Mohamad and the Chief Minister of Sabah, Datuk Seri Panglima Haji Mohd Shafie bin Haji Apdal on issues relating to Sarawak and Sabah's rights on oil and gas resources at the Prime Minister's Office in Putrajaya this afternoon.
KUCHING / 16/12/2019
Bermula 1 Januari 2020, Kerajaan Sarawak akan memberikan subsidi bagi air dan elektrik dalam usaha untuk menyediakan kemudahan asas yang sempurna kepada rakyat. Kementerian Utiliti Sarawak dalam satu kenyataan media hari ini memberitahu, setiap isi rumah di negeri ini akan menikmati air percuma untuk RM5 pertama dalam bil bulanan. Kata kenyataan sama, program air percuma ini adalah untuk membantu meringankan beban rakyat terutamanya kumpulan B40 dan dianggarkan lebih daripada 600,000 isi rumah di seluruh Sarawak akan mendapat faedah dari program air percuma ini.
KUCHING / 10/12/2019
People in other parts of Sarawak besides those in the State Capital will have the opportunity to have a closer look at hydrogen and fuel cell technology when six more hydrogen refuelling stations are built in other towns in the next few years. "We will be building six more hydrogen refuelling stations to cater to the anticipated needs of the transportation sector. The stations will be located in Kuching (2), Sri Aman (1), Sibu (1), Bintulu (1) and Miri (1)," Chief Minister, Datuk Patinggi Abang Haji Zohari Tun Datuk Abang Haji Openg said today, here.
MIRI / 09/12/2019
Kerajaan Sarawak bersetuju membina stadium di setiap daerah negeri ini untuk memastikan aktiviti sukan dapat dijalankan dengan sempurna. Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata, beliau menyambut baik cadangan agar setiap daerah mahupun daerah kecil mempunyai stadium dalam usaha menyediakan lebih banyak kemudahan sukan di negeri ini.
KOTA SAMARAHAN / 09/12/2019
Universiti Malaysia Sarawak (Unimas) telah berjanji untuk membantu pelajar yang kurang bernasib baik. Naib Canselor Unimas Prof Datuk Dr Mohamad Kadim Suaidi berkata, dana Biasiswa Endowment B40 diperuntukan khas bagi membantu pelajar yang datang dari keluarga miskin. Di samping itu, Unimas juga menyediakan Dana Endowment Kebajikan Pelajar untuk pelajar yang mengalami masalah peribadi dan kewangan.
BAU / 08/12/2019
Petronas sudah menfailkan kenyataan bela diri terhadap saman Kerajaan Sarawak mengenai tuntutan cukai jualan lima peratus produk petroleum, petang Jumaat lepas. Menteri Muda Undang-undang, Hubungan Negeri Persekutuan dan Pemantauan Projek Datuk Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali berkata, kenyataan bela diri itu dihantar dua hari sebelum tarikh tamat tempoh iaitu pada 9 Disember ini.
KUCHING / 08/12/2019
The state government will give emphasis on development of tourism industry through new approaches outlined in the 12 Malaysia Plan (12MP). Chief Minister Datuk Patinggi Abang Zohari Tun Abang Haji Openg said, the government will work with private sector to upgrade and operate the frequently visited national parks such as Bako, Semenggoh, Mulu and Niah National Park.
MIRI / 07/12/2019
Kementerian Belia dan Sukan akan terus bekerjasama dengan agensi kerajaan dan badan bukan kerajaan NGO anjur lebih program bagi menjaga kesejahteraan belia. Menterinya, Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, keputusan Ketua menteri Datuk Patinggi Abang Zohari Tun Abang Haji Openg memecahkan Kementerian Pelancongan Kesenian, Kebudayaan, dan Kementerian Belia dan Sukan dilihat untuk memastikan fokus lebih bagi merancang pembangunan belia di Sarawak.
KUCHING / 04/12/2019
Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg hari ini mengumumkan Kerajaan Sarawak akan memberi bantuan khas RM500 kepada semua penjawat awam persekutuan yang berkhidmat di Sarawak. Beliau berkata bantuan khas itu akan dibayar pada Jun tahun depan. Beliau mengumumkan keputusan tersebut sempena perhimpunan Hari Perkhidmatan Awam Negeri 2019 di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK), hari ini.
KUCHING / 04/12/2019
Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas menang dalam kes saman fitnahnya terhadap bekas Ketua Penerangan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sarawak Vernon Kedit berhubung dakwaan Vernon yang melabelkannya sebagai ‘penipu’ dah ‘pengkhianat.’ Hakim Mahkamah Tinggi, Ravinthran N. Paramaguru mengarahkan Vernon membayar kos ganti rugi berjumlah RM200,000. "Defendan juga diarahkan untuk membayar RM40,000 untuk kos guaman," ujar beliau semasa memberikan keputusannya mengenai kes ini tadi.
KUCHING / 03/12/2019
Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas menggesa Jabatan Pertanian untuk menubuhkan lebih banyak Pusat Penyelidikan Pertanian (ARC) serantau di seluruh negeri Sarawak. Beliau berkata, Jabatan Pertanian kini hanya mempunyai satu Pusat Penyelidikan Pertanian yang berpusat di Semongok, Kuching. Menurutnya, pusat penyelidikan tersebut tidak mampu lagi memenuhi keperluan pemindahan teknologi serta memberi khidmat nasihat teknikal kepada komuniti pertanian yang bertaburan di seluruh negeri memandangkan keperluan semasa untuk mempercepatkan sektor pertanian yang moden dan komersial di negeri ini.
KUCHING / 02/12/2019
Semua kakitangan perkhidmatan awam sama ada Jabatan Persekutuan atau Jabatan Negeri menikmati potongan 70 peratus ke atas caj menyambung bekalan elektrik yang berharga RM5,001 hingga RM10,000 di rumah yang baharu dibeli. Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata, bagi sambungan bekalan elektrik berharga RM5,000 adalah percuma. “Kerajaan Gabungan Parti Sarawak (GPS) membuat keputusan ini supaya berlaku adil terhadap semua kakitangan perkhidmatan awam di negeri ini,” katanya semasa merasmikan pembukaan Bangunan Kongres Kesatuan Sekerja Dalam perkhimatan Awam (CUEPACS) di sini hari ini.
LINGGA / 01/12/2019
Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg kesal dakwaan pihak yang tidak bertanggungjawab mendakwa kerajaan Sarawak mengganggu rizab negeri bagi membiayai pelbagai projek pembangunan. Menurut Abang Johari, kerajaan Sarawak membuat pinjaman Bank Pembangunan Sarawak (DBoS) bagi melaksanakan projek rakyat seperti jambatan, jalan raya, bekalan air dan api serta projek lain membabitkan kos hampir mencecah RM13 bilion.