KUCHING / 27/03/2020
Panduan Disinfeksi dan Pembersihan Masjid dan Surau bagi mencegah penularan wabak COVID-19. Moga ini dapat dimanfaatkan sepenuhnya.
LIMBANG / 27/03/2020
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melakukan Operasi Penyahkuman dan Pembersihan di kawasan Pasar dan Tamu Limbang pada Jumaat. Operasi pembersihan ini dilakukan sebagai langkah untuk pencegahan penularan wabak COVID-19. Pasar Tamu dan Basah Limbang ini akan dibuka esok tetapi terhad kepada perniagaan sayur, ayam, ikan dan bahan keperluan harian sahaja. Justeru, masyarakat di Limbang diminta untuk merancang perjalanan dalam membeli keperluan harian pada Perintah Kawalan Pergerakan. -Edisi UKAS
KUCHING / 26/03/2020
Sidang Media Ketua Menteri Sarawak Pada 26 Mac 2020
LUNDU / 25/03/2020
Timbalan Ketua Menteri merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas melawat ke kawasan sempadan antara Sarawak-Kalimantan, Indonesia serta menyampaikan sumbangan keperluan makanan kepada petugas barisan hadapan yang bertugas dalam Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada Rabu. Sumbangan tersebut adalah daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat dan ADUN Tanjong Datu, Datuk Amar Jamilah Anu. -EDISI UKAS
KUCHING / 24/03/2020
Pakej Bantuan Khas Sarawakku Sayang membabitkan perbelanjaan sejumlah RM1,154.54 juta, dilihat sebagai suntikan kepada ekonomi negeri. Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata, ia melibatkan perbelanjaan langsung oleh kerajaan Sarawak sebanyak RM974.75 juta. Katanya, langkah ini bertujuan mengurangkan kesan kelembapan ekonomi sekali gus mengurangkan beban rakyat Sarawak.
DARO / 23/03/2020
Ahli Parlimen P.207 Igan, Ahmad Johnie Zawawi merayu kepada orang ramai terutamanya di kawasan parlimen ini agar mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dengan berada di rumah. Menurutnya, dalam situasi sekarang, orang ramai perlu memastikan penjarakkan sosial antara satu sama lain serta mementingkan kebersihan diri dengan kerap membasuh tangan. Beliau berkata demikian ketika mengadakan tinjauan ke Bilik Gerakan Operasi Wabak Novel Coronavirus (Covid-19) di Pejabat Daerah Matu dan Pejabat Daerah Daro, hari ini.
KUALA LUMPUR / 20/03/2020
“Duduk Dumah Jangan Keluar” Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg, sebelum Sidang Khas Majlis Keselamatan Negara, Pengurusan COVID 19 yang dipengerusikan YAB Perdana Menteri, Tan Sri MuhyiddinYassin di Bangunan Perdana Putra, Putrajaya petang ini. Menteri Kanan Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof turut merayu rakyat Malaysia khususnya dan Sarawak amnya supaya tidak keluar rumah bagi mengekang COVID 19.
KUALA LUMPUR / 20/03/2020
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) sentiasa memastikan bekalan keperluan harian mencukupi di seluruh negara sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan yang dikuatkuasakan bermula 18 hingga 31 Mac ini. Menterinya, Datuk Alexander Nanta Linggi berkata, KPDNHEP bersama Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MOA) telah melakukan perbincangan bersama 12 pemain industri sektor peruncitan bagi memastikan rantaian bekalan barangan keperluan tidak terjejas.
MIRI / 20/03/2020
Polis Di Raja Malaysia melaksanakan sekatan jalan raya di beberapa jalan raya di Miri bagi memastikan masyarakat mengikuti arahan sepanjang pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan. Bermula pagi, polis telah mengadakan sekatan jalan raya di Jalan Bekenu, Jalan Tanjong dan Jalan Permyjaya bagi memastikan setiap masyarakat mengikuti arahan di sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan -Edisi UKAS
KUCHING / 19/03/2020
Sebagai langkah memperluas kesedaran umum semasa ancaman wabak Covid-19, Jabatan Penerangan Malaysia (JAPEN) Sarawak melakukan inisiatif menyebar maklumat Perintah Kawalan Pergerakan (Movement Control Order) melalui Unit Bergerak JAPEN dengan penggunaan rakaman hebahan awam pelbagai bahasa termasuk bahasa tempatan di Sarawak. Usaha ini melibatkan kesemua Unit Bergerak JAPEN daerah di seluruh negeri yang dilengkapi dengan peralatan pembesar suara bertujuan untuk mempertingkat kecaknaan komuniti tentang pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan yang telah dikuatkuasakan oleh kerajaan bermula 18 Mac sehingga 31 Mac 2020.
KUCHING / 19/03/2020
Penularan wabak Novel Coronavirus (Covid-19) yang semakin membimbangkan ini bukan sahaja menjadi mimpi ngeri untuk negara China malah buat seluruh dunia. Pada 12 Mac 2020, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengkategorikan situasi penularan Covid-19 sebagai pandemik. Oleh demikian, di sebalik penularan wabak ini, lebih 1,700 kakitangan One Medicare Sdn Bhd di 23 hospital seluruh Sarawak melaksanakan tugas dan pengorbanan yang begitu besar kepada masyarakat.
KUCHING / 19/03/2020
Jangan bimbang! Pustaka Negeri Sarawak dengan kerjasama Sarawak Multimedia Authority (SMA) menawarkan e-Pembelajaran & kini anda boleh mengikuti kursus Program PANDei: Literasi Digital Untuk Komuniti di dalam talian secara PERCUMA dengan hanya click dipautan & menekan butang “join now”. Modul PANDei ini melengkapkan komuniti setempat dengan kemahiran digital asas supaya mereka tahu menggunakan alat-alat mudah alih seperti:-
KUCHING / 12/03/2020
Perbincangan berhubung Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) yang dibincang bersama bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir dan kabinet beliau sebelum ini akan diteruskan, kata Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg. Ketika ditemui media selepas merasmikan Seminar Fatwa Peringkat Negeri Sarawak di Dewan Kompleks Islam, di sini, hari ini, Abang Johari berkata perbincangan itu tetap diteruskan bersama kabinet baharu ini. “Ya, kita akan teruskan perbincangan (MA63) sebelum ini dan ia harus diselesaikan segera. Jangan lagi dilambat-lambat.
KUCHING / 12/03/2020
The setting up of the Sabah and Sarawak Affairs portfolio showed sincerity in the new Perikatan Nasional-led federal government to look after the rights of the two Borneo states. >Sarawak chief minister Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg said the state was content with the setting up of the Sabah and Sarawak Affairs Ministry, which was deemed in respect to the Malaysia Agreement 1963 (MA63)
DARO / 12/03/2020
Kehadiran lebih ramai anak Sarawak dalam barisan kabinet baharu menyediakan ruang kepada pemimpin Gabungan Parti Sarawak (GPS) untuk bersuara dalam memperjuangkan hak rakyat negeri ini. Ahli Parlimen Igan, Ahmad Johnie Zawawi berkata, kerajaan yang baharu dibentuk itu menjadi platform lebih mudah kepada beliau dan pemimpin lain untuk menyuarakan masalah rakyat. “Kita akan meneruskan perjuangan selepas berlaku perubahan kerajaan di peringkat Persekutuan.
MERADONG / 11/03/2020
Pada tahun 2016, Kerajaan Sarawak di bawah Pehin Sri Adenan Satem berusaha membangunkan sekolah-sekolah daif di luar bandar Sarawak. Bagaimanapun, selepas Pehin Sri Adenan meninggal dunia, usaha ini diteruskan Ketua Menteri Datuk Patinggi (Dr.) Abang Haji Abdul Rahman Zohari bin Tun Abang Haji Openg. Selepas Pilihan Raya Umum Ke 14 (PRU14) Kerajaan Persekutuan yang ditadbir Pakatan Harapan (PH) tidak mempunyai dana untuk membaik pulih dan membina semula sekolah daif di Sarawak.
KUCHING / 09/03/2020
Pengumuman barisan kabinet Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang disiarkan secara langsung sebentar tadi menyaksikan beberapa pemimpin daripada Gabungan Parti Sarawak (GPS) tersenarai dalam barisan kabinet Persekutuan yang baharu. Mereka yang tersenarai ialah Dato’ Sri Haji Fadillah Yusof sebagai Menteri kerja Raya, Datuk Alexander Nanta Linggi sebagai Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Dato’ Sri Dr Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar sebagai Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi dan Dato Sri Hajah Nancy binti Shukri sebagai Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan.
KUCHING / 07/03/2020
INTIPATI PENTING MESYUARAT MAJLIS TERTINGGI PBB SARAWAK 1. Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) memutuskan untuk menerima tawaran Kerajaan Persekutuan untuk menyertai Kabinet Persekutuan TETAPI TIDAK menyertai Perikatan Nasional (PN) selaras dengan keputusan GPS. GPS bersetuju menyertai Kabinet Persekutuan atas sebab berikut : A) Wakil GPS dapat memperjuangkan hak dan aspirasi rakyat Sarawak menerusi Gabungan Parti Sarawak (GPS) dalam Kabinet.
KUCHING / 05/03/2020
SARAWAK mencipta sejarah apabila menjadi negeri pertama di Malaysia yang memiliki perkhidmatan bas hidrogen. Perkhidmatan bas ini menjadi mercu tanda kebanggaan kepada rakyat negeri ini apabila mula beroperasi sejak Januari lalu. Ia memberi impak yang positif kepada Sarawak apabila menjadi tumpuan penduduk bukan sahaja dari negeri ini bahkan dari negera luar. Secara tidak langsung ia akan mengembalikan era kegemilangan orang awam menggunakan perkhidmatan pengangkutan awam.
KUCHING / 04/03/2020
Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Zohari Tun Openg menerima kunjungan hormat daripada Ketua Pegawai Eksekutif Taiyo Yuden (Sarawak) Sdn Bhd, Akimoto Yoshio di pejabatnya Wisma Bapa Malaysia, Petra Jaya pagi ini. Tujuan utama kunjungan berkenaan adalah untuk membincangkan perancangan syarikat untuk memperbesarkan operasinya di Zon Perindustrian Samalaju di Muara Tabuan, Kuching. Sejurus selepas itu, Ketua Menteri turut menerima kunjungan hormat daripada Pengarah Urusan Sacofa Sdn Bhd, Zaid Zaini
KUCHING / 02/03/2020
Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) dalam proses melaksanakan tiga fasa utama projek penambahbaikan konkrit perparitan di bawah Program Transformasi Luar Bandar (RTP) untuk mengatasi masalah banjir kilat di bandaraya Kuching. Menteri Muda di Jabatan Ketua Menteri (Hal Ehwal Islam dan DBKU), Datuk Abdul Rahman Junaidi berkata, kawasan yang kerap dilanda banjir kilat ialah di Jalan Gartak (Sikh Temple), Balai Polis Sentral, Jalan Mc Dougall (Merdeka Palace) dan (Fata Hotel), Jalan Tun Abang Haji Openg (Taman Budaya) dan beberapa jalan di kawasan Sungai Maong.
SERIKIN / 01/03/2020
YAB Ketua Menteri Sarawak telah mengadakan Lawatan Kerja ke Serikin, Bau. Lawatan tersebut dimulakan dengan Sesi Taklimat Pembangunan Serikin oleh Pengarah, Jabatan Tanah dan Survei Sarawak, Jabatan Kastam Diraja Negeri Sarawak dan Jabatan Imigresen Negeri Sarawak. Sejurus selepas taklimat YAB Abg Jo dan rombongan terus ke tapak cadangan CIQS Serikin di sempadan Sarawak - Indonesia melalui jalan hutan sepanjang 4 kilometer. Ketibaan YAB Abg Jo disambut mesra oleh wakil anggota ATM dan TNI dan masyarakat setempat.
KUALA LUMPUR / 01/03/2020
Atlet terjun negara, Pandelela Rinong terus menambah koleksi pingatnya dengan memperoleh satu lagi pingat gangsa dalam Kejohanan Terjun Siri Dunia di Montreal, Kanada menerusi acara 10m platform wanita, pada Sabtu. Atlet dari Sarawak berusia 26 tahun itu memperoleh 337.55 mata untuk menduduki tempat ketiga selepas permulaan yang perlahan dengan tempat kelima pada terjunan pertama tetapi dapat mengembalikan rentak dan menaiki podium, akhirnya.
KUALA LUMPUR / 01/03/2020
Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Dr Abang Haji Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Haji Openg mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin di kediamannya di Bukit Damansara, Kuala Lumpur petang tadi. Turut hadir mengiringi Ketua Menteri ialah dua Timbalan Ketua Menteri, Datuk Amar Douglas Uggah Embas dan Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan. Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri kelapan di Istana Negara, pada Ahad.