KUCHING / 28/09/2018
KUCHING: Projek Transformasi Luar Bandar (RTP) didapati telah banyak merapatkan jurang pembangunan desa dan bandar. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) N.3 Tanjong Datu, Datuk Amar Jamilah Anu berkata ia merupakan inisiatif yang diperkenal Allahyarham Tok Nan untuk membina projek pembangunan menggunakan peruntukan kerajaan negeri.
BETONG / 28/09/2018
BETONG: Sebanyak 54 sekolah di Daerah Betong mendapat suntikan dana keseluruhan berjumlah RM129,000 hasil sumbangan Persatuan Kayu Kayan Sarawak (STA) menerusi anak syarikatnya STA Mutual Sdn Bhd (STAM) dengan kerjasama Perbadanan Kemajuan Perusahaan Kayu Sarawak (PUSAKA). Tujuh sekolah menengah masing-masing menerima RM5,000 daripada sumbangan tersebut, manakala RM2,000 untuk setiap 47 sekolah rendah.
LUNDU / 25/09/2018
LUNDU: Penduduk sekitar daerah ini membanjiri Masjid Pehin Sri Haji Adenan Haji Satem untuk mendengar ceramah perdana yang disampaikan penceramah terkenal, Syamsul Debat pada malam tadi.
LUNDU / 24/09/2018
LUNDU: Yayasan Sarawak Puteri Dang Balai dinobatkan juara dalam bidar 30 pekayuh (Lelaki) yang membawa gelaran Raja Sungai Batang Kayan sempena Pesta Lundu yang berakhir semalam.
SARIKEI / 22/09/2018
BETONG: Seorang kakitangan Majlis Daerah Betong (MDB) mengalami kerugian apabila kenderaan yang dipandunya tiba-tiba terbakar ketika dalam perjalanan untuk menghadiri sambutan Hari Sukan Negara (HSN) Peringkat Bahagian Betong di Debak, pagi ini.
SARIKEI / 22/09/2018
SARIKEI: Sebuah yayasan bagi menjaga kebajikan dan pendidikan lebih 2,000 penduduk kawasan Sare di sini akan ditubuhkan tidak lama lagi.
BETONG / 20/09/2018
BETONG: Kubu Panglima Rentap bakal menerima kunjungan seramai 268 individu yang mengesahkan penyertaan untuk mengikuti ekspedisi ke kubu Panglima Rentap di Bukit Sadok pada 22 September (Sabtu) ini.
BANDAR SERI BEGAWAN / 19/09/2018
BANDAR SERI BEGAWAN: Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg yang dalam rangka lawatan kerja dua hari ke Brunei, tengah hari ini mengadap Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah di Istana Nurul Iman.
DEBAK / 19/09/2018
DEBAK: Rumpun Silat Sarawak (RSS) Cawangan Saribas mengusulkan cadangan penubuhan Pusat Silat Olahraga Saribas di Debak bagi melahirkan pelapis silat untuk diketengahkan ke peringkat yang lebih tinggi.
LUNDU / 16/09/2018
LUNDU: Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) melakukan banyak pembangunan untuk kemudahan rakyat Sarawak selama 55 tahun Sarawak bersama membentuk Malaysia.
LUNDU / 14/09/2018
LUNDU: Pusat Kecemerlangan Teknikal Sarawak (CENTEXS) kampus Lundu bernilai RM90 juta menjadi realiti apabila surat tawaran kontrak pembinaan diserahkan kepada kontraktor, R&D Contruction di tapak pembinaan CENTEX hari ini.
KUCHING / 14/09/2018
KUCHING: Program Lan Berambeh Anak Sarawak (LBAS) Ke-10 bakal menarik lebih 7,000 rakyat Sarawak termasuk pelajar yang menetap di seluruh Semenanjung untuk menghadiri program yang berlangsung pada 20 Oktober ini.
KUCHING / 14/09/2018
KUCHING: Kesemua Ahli Parlimen Gabungan Parti Sarawak (GPS) menyuarakan hasrat supaya projek-projek infra rakyat yang telah dirancang sebelum ini harus diteruskan demi manfaat rakyat terutamanya di kawasan luar bandar.
KUCHING / 11/09/2018
KUCHING: Bintang sensasi Lee Hui Xian menjadi atlet pertama menyumbang pingat emas buat kontinjen Sarawak selepas cemerlang dalam acara wushu kegemarannya (Nandao Wanita).
KUCHING / 11/09/2018
KUCHING: Seramai 10 orang usahawan dari Sarawak mengambil bahagian dalam Expo China-Asean (CAEXPO) Ke-15 di Nanning, China bermula pada hari ini.
TANJUNG MANIS / 10/09/2018
TANJUNG MANIS: Pesta Belawai 2018 mencatat kejayaan apabila berjaya menarik kehadiran lebih 10,000 pengunjung sepanjang acara itu berlangsung sejak 30 Ogos lalu.
TANJUNG MANIS / 09/09/2018
TANJUNG MANIS: Kerajaan Negeri memperuntukkan dana RM10 juta bagi melaksanakan projek tukun tiruan ‘reef ball’ di sepanjang perairan Pantai Belawai-Paloh sejak 20 tahun lalu.
SEMATAN / 09/09/2018
SEMATAN: Kira-kira 30 Pergerakan Pemuda Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) dan penduduk Kampung Telok Melano bergotong-royong mengecat dan membersihkan Masjid Nurul Naim Kampung Telok Melano, Sematan, Lundu, pagi ini.
KUCHING / 06/09/2018
KUCHING: Dengan Konsep Dari Belia Kepada Belia, Program Lan Berambeh Anak Sarawak (LBAS) 2018 akan diadakan pada 20 Oktober ini di Malaysia International Trade and Exhibition Centre (MITEC) Kuala Lumpur.
SARIKEI / 06/09/2018
SARIKEI: Sejumlah RM2.5 juta diluluskan bagi mengatasi gangguan bekalan air yang kerap dialami penduduk di kawasan Selalang.
PULAU BRUIT / 05/09/2018
PULAU BRUIT: Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri ( Hal Ehwal Korporat) , Abdullah Saidol meninjau beberapa projek di Dewan Undangan Negeri (DUN) N.42 yang dipohon oleh beliau di bawah Projek Transformasi Luar Bandar (RTP)
KUCHING / 03/09/2018
KUCHING: Dakwaan Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Rafizi Ramli, bahawa parti itu akan membawa suara rakyat Sarawak dalam memastikan autonomi serta hak negeri dihormati, jika PKR menerajui pentadbiran Sarawak adalah satu lagi pembohongan secara terang-terangan.
SABTU / 01/09/2018
SABTU: Pestabola Merdeka Bako Hulu akan diadakan pada skala yang lebih besar pada masa akan datang, ujar Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Demak Laut Dr Hazland Hipni.