NOVEMBER 2019

USD 5 Bil Oil Refinery In Lawas To Be Game Changer

/ 30/11/2019

The proposed USD 5 billion oil refinery in Lawas would be a game changer for development in the northern region of Sarawak and Sarawak economy as a whole when it would finally come into realisation by 2022, Chief Minister Datuk Patinggi (Dr) Abang Haji Abdul Rahman Zohari bin Tun Datuk Abang Haji Openg said yesterday in Hainan, China. The refinery complex should be completed by 2022 if the current negotiation and preparation were proceeding as scheduled, he pointed out in his return address during a briefing at the Sinopec oil refinery complex in Hainan.

Kerajaan Rancang Tubuh Pusat Agroteknologi Di Samarahan

/ 27/11/2019

Kerajaan Sarawak merancang untuk menubuhkan sebuah pusat AgroTeknologi di Paya Paloh, Samarahan bagi menyediakan latihan kepada ahli-ahli SABERKAS yang mempunyai kemahiran dalam teknologi. Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Zohari Tun Abang Haji Openg berkata, pusat tersebut yang digelar Sagrotek akan dibangun dengan kerjasama Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) dan syarikat daripada Singapura.

Awang Tengah: Sarawak Needs Own Shipping Fleet To Compete In Global Trade

/ 27/11/2019

Sarawak must look to set up its own shipping fleet to be competitive in the global trade amid the rapid growth in maritime industry. Deputy Chief Minister Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan said the state, currently pursuing its digital economic agenda, can no longer be too dependant on foreign technology in the marine industry. It is widely regarded that 5G technology will hasten the adoption of Internet of Things (IoT) in the shipping industry, opening up infinite possibilities in maritime communication, monitoring and accurate positioning.

Abg Jo Realisasikan Impian Rakyat, Semua Jambatan Di Sarawak Tanpa Tol

/ 24/11/2019

Majlis Pecah Tanah Jambatan Rambungan telah berlangsung pagi ini bertempat di Perkarangan Terminal Feri Batang Rambungan, Lundu pagi ini tadi. Sejurus ketibaan, YAB Datuk Patinggi Abang Jo diberi taklimat pembangunan projek- projek pembangunan yang sedang mahupun telah dijalankan oleh pegawai- pegawai Jabatan Kerja Raya Sarawak (JKR). Pertunjukan tarian kebudayaan pelbagai kaum turut dipersembahkan kepada YAB Ketua Menteri Sarawak.

Sibu Jaya Bakal Muncul Hab Pengeluar Makanan Wilayah Tengah

/ 23/11/2019

Sibu Jaya bakal menjadi hab pengeluar makanan di wilayah tengah negeri ini menerusi pelaksanaan pelan pembangunan masa depan yang dilaksanakan oleh kerajaan Sarawak. Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata, ia memberi impak untuk melonjakkan pendapatan penduduk menerusi projek pertanian moden. “Usaha menaik taraf prasarana di kawasan wilayah tengah Sarawak terutamanya jalan raya giat dilaksanakan untuk memudahkan pengeluaran hasil pertanian dari Sarikei, Bintangor dan Julau.

Sarawak Sasar Nilai Eksport Sagu RM100 Juta Menjelang Tahun 2025

/ 23/11/2019

Kerajaan Sarawak sedia membiayai kajian mendalam berkaitan sisa cecair sagu kerana ia mempunyai potensi besar terhadap makanan haiwan, gas bio dan janaan kuasa elektrik. Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata, kajian mendalam terutamanya ke atas gas bio itu amat penting kerana ia berpotensi besar dalam penghasilan makanan haiwan dan penjanaan elektrik. Beliau berkata demikian semasa melancarkan Loji Rintis Rawatan Sisa Cecair Sagu bernilai RM10 juta di Kampung Teh, di sini hari ini.

467 Anggota Baharu Untuk Melaksana Program Ukur Tanah Adat

/ 21/11/2019

Jabatan Tanah dan Survei (JTS) akan merekrut 467 orang anggota baru untuk tujuan mengukur tanah terutamanya NCR di bawah inisiatif baharu melibatkan survei perimeter, kata Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Haji Zohari Tun Openg hari ini. JTS telah memohon pertambahan anggota dan diluluskan memandangkan begitu berat beban tugas jabatan, ujar Datuk Patinggi Abang Jo ketika berucap menangguhkan Forum Kanun Tanah Negeri (Pindaan 2018) di sini.

Tanah Hak Adat Bumiputera Sarawak Akan Disukat Mengikut Seksyen 18

/ 21/11/2019

Mulai tahun hadapan Tanah Hak Adat (NCR) Bumiputera di negeri ini akan disukat mengikut Seksyen 18, Kanun Tanah Sarawak. Timbalan Ketua Menteri, Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata, dalam belanjawan 2020 yang diumumkan Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg pada 4 Nov lepas, sejumlah RM40 juta diperuntukkan untuk penyukatan tanah adat. “Beliau (Ketua Menteri) juga telah mengarahkan kawasan yang perlu disukat selepas ini, harus disukat mengikut Seksyen 18, memberikan Palak Tanah (Surat Hak Milik Tanah) kepada tuan punya tanah satu persatu.

RM30 Juta Bayar Hutang PTPTN

/ 20/11/2019

Kerajaan Sarawak melalui Yayasan Sarawak akan membantu membayar hutang PTPTN pelajar-pelajar Sarawak dengan peruntukan sebanyak RM30 juta, kata Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Zohari Tun Abang Haji Openg. Namun, mereka hendaklah membayar balik kepada Yayasan Sarawak mengikut mekanisma yang akan ditentukan kelak, jelas beliau. “Bantuan itu tidak free,” ujar beliau dalam ucapan perasmian pada Majlis Ulang Tahun ke-100 SK Abang Leman di sini pagi Rabu.

Sarawak Utamakan Pembangunan Secara Seimbang Dan Lestari

/ 19/11/2019

Kerajaan Sarawak sentiasa mengutamakan pembangunan secara seimbang dan lestari demi kelangsungan kesejahteraan rakyat pada masa depan. Timbalan Ketua Menteri, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata, kerajaan negeri tidak pernah lupa mengambil kira aspek penjagaan alam sekitar terutamanya dalam pengurusan pembangunan di seluruh sarawak. Jelasnya, rakyat Sarawak seharusnya bersyukur kerana negeri ini tidak mengalami masalah pencemaran alam sekitar kerana kerajaan negeri mempunyai undang-undang dan peraturan untuk dipatuhi bagi tujuan pembangunan.

Miri Smart City To Launch In Nine Months

/ 19/11/2019

Miri is expected to become the first smart city in Sarawak once the system is launched in the next nine months. Chief Minister Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg said Miri has been chosen for the pilot project as it already has the necessary ICT infrastructure in place. “We are doing it (smart city concept) in Miri now. We use Miri as a model to see how much it will cost, considering that it already has infrastructures and (Internet of Things) system to compile smart information such as the collection of rubbish (among other municipality services).

121 Orang Anak Yatim Menerima Sumbangan Sempena Maulidur Rasul S.A.W.

/ 17/11/2019

Yang Amat Berbahagia Datuk Amar Hajjah Juma'ani Tun Tuanku Haji Bujang, isteri Ketua Menteri Sarawak yang juga Pengerusi Persatuan Kebajikan Petra Jaya (PKPJ) merangkap Pengerusi SABATI telah hadir ke Majlis Sambutan Maulidur Rasul S.A.W. yang bertemakan Ummah Gemilang anjuran PKPJ bertempat di Dewan Baitulmal Kuching petang ini tadi. Majlis dimulakan dengan persembahan daripada kumpulan nasyid Puteri Laila Taib dan seterusnya diikuti zikir marhaban dari PAWE Sri Satok dan ceramah Maulidur Rasul S.A.W. yang disampaikan oleh Mufti Negeri Sarawak, YBhg. Sahibus Samahah Datu Haji Kipli bin Haji Yassin.

GPS Terus Mengorak Langkah Bangunkan Sarawak

/ 16/11/2019

Gabungan Parti Sarawak (GPS) akan terus melangkah untuk membangunkan Sarawak demi rakyat negeri ini. >Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata, GPS berjuang atas fakta dan semangat ahli-ahlinya yang merupakan penyokong tegar GPS. “Kita berjuang atas fakta dan semangat kita, keyakinan kita untuk mengangkat martabat rakyat Sarawak. Inilah perjuangan GPS yang menjadi penyelamat Sarawak yang boleh mempertahankan dan membangunkan negeri ini,” katanya semasa berucap merasmikan Konvensyen Gabungan Parti Sarawak (GPS) di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK), hari ini.

Uggah Blasts Opposition ‘Ignorance’ Over State Budget

/ 14/11/2019

Allegations by Pakatan Harapan (PH) Sarawak assemblypersons that the State Budget 2020 is unrealistic reflect their lack of understanding on public sector financial management, says Deputy Chief Minister Datuk Amar Douglas Uggah. Uggah, who is also Second Finance Minister, singled out Kota Sentosa assemblyman Chong Chieng Jen, Pelawan assemblyman David Wong and Krian assemblyman Ali Biju for claiming that there were no actual funds provided for the implementation of the strategic initiatives.

RM797 Juta Perkasa Sektor Pertanian

/ 13/11/2019

Pembangunan sektor pertanian di negeri ini akan diperkasakan dengan peruntukan sebanyak RM797 juta seperti yang diperuntukkan dalam Bajet Negeri Sarawak 2020. Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Pemodenan Pertanian, Tanah dan Pembangunan Wilayah, Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata, peruntukan bagi tahun 2020 itu meningkat 77 peratus atau sebanyak RM347 juta berbanding jumlah yang diperuntukkan pada tahun 2019.

Penjawat Awam Sarawak Dapat Bonus Dua Bulan Gaji

/ 13/11/2019

Penjawat awam Sarawak akan diberi Bantuan Khas Kewangan dua bulan gaji pokok atau minimum RM2,000. Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata bonus itu akan dibayar sebelum penghujung tahun ini. “Kerajaan Gabungan Parti Sarawak (GPS) amat prihatin dengan kebajikan pegawai Perkhidmatan Awam Sarawak khususnya dalam menghadapi bebanan kewangan akibat kos sara hidup yang semakin meningkat.

Baik Pulih Sekolah Daif Ikut Keutamaan

/ 12/11/2019

Kementerian Pendidikan, Sains dan Penyelidikan Teknologi mengakui masih banyak yang diperlukan untuk menangani masalah sekolah daif di negeri ini. Menterinya, Dato Sri Michael Manyin Jawong berkata, kementerian beliau akan mengemukakan masalah sekolah daif kepada Kementerian Pendidikan Malaysia untuk dipertimbangkan. “Jabatan Pendidikan Negeri akan melaksanakan projek baik pulih itu mengikut keutamaan bagi menangani masalah sekolah daif itu,” katanya semasa menggulung perbahasan bagi kementerian beliau pada persidangan DUN di sini hari ini.

Abg Jo Seru Anak Sarawak Pertahankan Hak Dan Undang- Undang Sarawak

/ 11/11/2019

YAB Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Jo hadir ke Majlis Makan Malam Ulang Tahun Ke - 3 Majlis Perbandaran Kota Samarahan (MPKS) yang berlangsung di The Summer Shopping Mall, Kota Samarahan malam ini tadi. Ketika berucap di majlis makan malam berkenaan, Ketua Menteri menyeru warga Sarawak agar mempertahankan hak Sarawak termasuklah perkara yang berkaitan dengan perundangan dan ordinan projek-projek pembangunan yang terdapat di Sarawak.

Kuching Hos World Crafts Cities Network Forum

/ 09/11/2019

YAB Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Abang Haji Zohari pagi tadi telah melancarkan "World Crafts Cities Network Forum" bersempena "The 10th Biennial WEFT Forum, Exhibition and Fashion Show on Dress and Cultural Identity” bertempat di Kampus Muzium Sarawak di sini. Pereka fesyen dan perwakilan dari 20 negara antaranya Indonesia, Philippines, Singapore, India, Bangladesh, Kyrgyzstan, Kazakhstan, Uzbekistan Oman, Iran, Japan, USA, China, Thailand, Taiwan, China, Laos, Britain, Australia termasuk dari Sarawak dan Malaysia keseluruhannya bersidang di sini selama tiga hari.Turut hadir Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan, Datuk Haji Karim Rahman Hamzah.

Initial Studies Suggest Serian, Samarahan ART Routes In The Offing

/ 07/11/2019

Preliminary studies by the Sarawak government on the proposed Autonomous Rapid Transit (ART) could indicate two routes in the planning – the Samarahan Line and the Serian Line. The Samarahan Line will be from Taman Desa Ilmu to Hikmah Exchange, while the Serian Line is from 12th Mile of the Serian-Kuching Road to the Borneo Convention Centre Kuching (BCCK). This was disclosed by Assistant Transport Minister Datuk Dr Jerip Susil at the Sarawak Legislative Assembly (DUN) sitting, while answering to the questions brought up by Batu Lintang assemblyman See Chee How today.

Pembinaan Jalan Pesisir Sarawak Libatkan Tiga Komponen Utama - James Masing

/ 07/11/2019

Kerja-kerja pembinaan Jalan Pesisir Sarawak melibatkan tiga komponen utama kata Menteri Infrastuktur dan Pembangunan Pelabuhan, Tan Sri Datuk Amar Dr James Jemut Masing. Beliau berkata, komponen pertama ialah menggantikan tujuh perkhidmatan feri dengan jambatan di Batang Rambungan, Batang Lupar, Batang Saribas, Sungai Krian, Batang Paloh, Muara Lassa dan Batang Igan.

Sarawak Sedia Ambil Tindakan Undang – Undang

/ 05/11/2019

Kerajaan Sarawak bersedia untuk mengambil tindakan undang – undang terhadap Petronas atas kegagalan membayar cukai 5% mengikut tempoh yang ditetapkan. Menurut Menteri Muda Undang – Undang, Hubungan Persekutuan dan Pemantauan Projek Datuk Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali, cukai yang dikenakan adalah tertakluk di bawah Ordinan Cukai Jualan Negeri. Beliau berkata demikian pada sidang media berkenaan cukai produk petroleum di Dewan Undangan Negeri di sini hari ini.

Belanjawan Sarawak 2020 Berimpak Tinggi, Tumpuan Luar Bandar

/ 04/11/2019

Belanjawan Negeri Sarawak 2020 berjumlah RM9.891 bilion menyaksikan belanjawan memfokus kepada aspirasi rakyat dan pembangunan luar bandar. Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg membentangkan Belanjawan Tahun 2020 Negeri Sarawak pada Mesyuarat Kedua Bagi Penggal Keempat Persidangan Dewan Undangan Negeri Sarawak Kelapan Belas di bangunan baharu Dewan Undangan Negeri Sarawak, Petra Jaya, di sini, hari ini.

Sekolah Antarabangsa Untuk Pelajar Cemerlang Dari Semua Peringkat Masyarakat

/ 02/11/2019

Lima buah sekolah antarabangsa yang bakal ditubuhkan oleh Kerajaan Sarawak adalah sekolah berbentuk berasrama penuh yang disasarkan untuk menerima pelajar cemerlang daripada pelbagai lapisan masyarakat. Sekolah-sekolah ini bukan dikhaskan untuk golongan berada sahaja tetapi merupakan suatu kaedah untuk memberi peluang kepada golongan kurang berada khususnya dari luar bandar untuk mendapat pendidikan bertaraf antarabangsa, kata YAB Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Zohari.