APRIL 2021

742 Menara Telekomunikasi Di Sarawak Dijangka Siap 2022

/ 29/04/2021

Sebanyak 742 lokasi di kawasan pinggir bandar dan luar bandar Sarawak akan dibangunkan menara telekomunikasi baharu sebagai usaha menaik taraf liputan internet di bawah Pelan Jalinan Digital Negara Jendela. Kesemua menara telekomunikasi baharu itu dijangka siap sepenuhnya pada suku keempat 2022 dengan penawaran perkhidmatan 4G. Siaran akhbar Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia hari ini menyatakan sebanyak 106 menara mula dibangunkan bulan ini manakala baki pembinaan di 636 lokasi dijangka bermula pada suku ketiga tahun 2021.

Tempoh PKPB Bintulu Dilanjut Sehingga 17 Mei

/ 29/04/2021

Semua individu wajib menjalani ujian  saringan RT-PCR bagi pergerakan keluar dan masuk ke bahagian ini kecuali perkhidmatan perlu, kecemasan, temu janji kesihatan dan urusan pengebumian sahaja. Residen Bahagian Bintulu Jack Aman Luat berkata, arahan tersebut termasuk dalam intipati prosedur operasi standard (SOP) diperketatkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Bintulu.

CENTEXS Komersial Wujudkan Platform Pemasaran Produk Tempatan

/ 28/04/2021

Pelbagai platform pengkomersialan utama diwujudkan oleh Pusat Kecemerlangan Teknikal Sarawak (CENTEXS) Komersial bagi membantu pengusaha tempatan di negeri ini sejak penubuhannya 4 April 2019. Berlandaskan misi menjadi sempadan pengkomersialan produk warisan dan digital Sarawak menjelang 2030, CENTEXS Komersial komited membantu mempromosikan pelbagai produk tempatan ke peringkat yang lebih tinggi.

Bantuan Khas Aidil Fitri Dan Gawai RM500 Untuk Penjawat Awam Negeri Sarawak

/ 28/04/2021

Kerajaan Sarawak telah bersetuju untuk memberi Bantuan Khas Aidil Fitri dan Gawai tahun sebanyak RM500 kepada semua gred pegawai Perkhidmatan Awam Negeri Sarawak. Menurut kenyataan media yang dikeluarkan oleh Pejabat Ketua Menteri Sarawak pada Rabu, Bantuan Khas tersebut akan dibayar pada Mei 2021, iaitu sebelum menjelang Hari Raya Aidil Fitri dan Gawai yang akan datang.

Tidak Berminat Ikuti Dasar Kabotaj, Fokus Lebih Tertumpu Lindungi Syarikat Perkapalan Sarawak – James Jemut Masing

/ 28/04/2021

Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Pembangunan Infrastruktur dan Pengangkutan Sarawak, Tan Sri Datuk Amar Dr James Jemut Masing dalam lawatan kerjanya ke Lembaga Pelabuhan Kuching (LPK), pada Rabu meninjau permasalahan berhubung gangguan sistem komputer yang berlaku pada bulan lepas. Menerusi tinjauan, beliau mengesahkan bahawa gangguan yang tidak dijangka tersebut disebabkan oleh bencana alam, dan pihak LPK telah melakukan yang terbaik untuk memperbaikinya.

Ketua Menteri Kongsi Idea AZAM Sarawak Lebih Efektif Dalam Era Baharu Ini

/ 27/04/2021

Angkatan Zaman Mansang (AZAM) Sarawak telah mengadakan kunjungan hormat ke atas Ketua Menteri, Datuk Patinggi (Dr) Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg di Wisma Bapa Malaysia, Kuching pada Selasa. Pengerusinya, Datu William Patrick Nyigor ketika ditemui media memberitahu, kunjungan tersebut bertujuan memberi gambaran menyeluruh mengenai aktiviti dan cadangan untuk memperkasakan AZAM Sarawak dengan lebih efektif dalam era baharu ini.

Tidak Perlu Dikuarantin 14 Hari Selepas Terima Vaksin Covid-19

/ 22/04/2021

Individu yang menerima vaksin COVID-19 tidak perlu dikuarantin selama 14 hari. Perkara itu dijelaskan Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak, Dr Chin Zin Hing sambil berkata, ianya tidak berkaitan dengan kuarantin melainkan alasan-alasan lain seperti menjadi kontak kepada kes positif, memasuki Sarawak dan sebagainya. Dr Chin berkata demikian dalam satu kenyataan media pada Khamis bagi menjawab pertanyaan orang ramai berikutan laporan berita oleh TVS yang bertajuk ‘Pekerja Tidak Perlu Dikuarantin 14 Hari Setelah Divaksinasi’ bertarikh 20 April 2021.

Jawatankuasa Khas Status Kewarganegaraan Diwujud Semula

/ 21/04/2021

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg dan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zaindudin bersetuju mewujudkan semula Jawatankuasa Khas Status Kewarganegaraan Peringkat Negeri Sarawak di bawah Perkara 15A Perlembagaan Persekutuan. Mulai tahun ini, Jawatankuasa Khas itu dipengerusikan bersama oleh Timbalan Menteri Dalam Negeri, Dato Dr Ismail Mohamed Said dan Menteri Kebajikan, Kesejahteraan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kanak-kanak, Datuk Seri Fatimah Abdullah.

Semua Sekolah Dalam Zon Merah Di Sarawak Ditutup Dua Minggu, PKPD Diteruskan Secara Bersasar

/ 19/04/2021

Semua sekolah termasuk tadika dan prasekolah yang berada dalam kawasan Zon Merah di Sarawak ditutup selama dua minggu bermula Selasa, 20 April 2021. Menurut Ketua Menteri, Datuk Patinggi (Dr) Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg, langkah tersebut diambil kerana terdapat jangkitan COVID-19 di beberapa sekolah yang dikhuatiri boleh menular kepada para pelajar, ibu bapa serta guru.

Kita Berjaya Sebelum Ini, Kita Dapat Melakukannya Lagi - Abg Jo

/ 19/04/2021

Dalam menguruskan COVID-19, usaha untuk mengekang penularan virus tersebut oleh Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (SDMC) telah dilaksanakan berasaskan dasar "Jejak, Uji, Kuarantin dan Sisih" apabila terdapat kes-kes positif. Dengan langkah-langkah tersebut, Sarawak berjaya mendatarkan lekuk jangkitan sebelum ini. Pada akhir tahun 2020, setelah Perintah Kawalan Pergerakan (MCO) dilaksanakan, Sarawak telah berjaya mendatarkan lekuknya.  Semua kita faham mengenai SOP dan patuh kepadanya ketika PKP1, PKP2, PKP3 dan PKP4 – namun langkah-langkah ini telah memberi kesan buruk kepada ekonomi negeri ini dan juga rakyat kita.

Kompleks Kebajikan Anak Yatim Sibu Dinamakan Kompleks Kebajikan Juma’ani Tuanku Haji Bujang

/ 19/04/2021

Penaung PERYATIM Sarawak, YABhg Datuk Amar Hajjah Juma'ani Tun Tuanku Haji Bujang hari ini menghdiri majlis pengisytiharan pertukaran nama Kompleks Kebajikan Anak Yatim Sibu kepada Komplek Kebajikan Juma'ani Tuanku Haji Bujang Sibu secara maya melalui platform "livestream" yang disempurnakan dari kediamannya di Kuching pagi ini tadi. Majlis pengisytiharan nama kompleks ini turut disertai oleh YB Dr. Haji Annuar bin Haji Rapaee secara maya di Pejabat DUN Nangka Sibu.

Covid-19 Mudah Merebak Jika Tidak Amalkan SOP - Uggah

/ 17/04/2021

Covid-19 mudah merebak di mana-mana sahaja sekiranya prosedur operasi standard (SOP) tidak diamalkan seperti di sekolah, Institusi Pengajian Tinggi (IPT), penjara, pusat latihan dan tempat awam. Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JBPN), Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata, ia merujuk kepada perkembangan kes positif Covid-19 selama ini. “Ini termasuk majlis sosial (majlis perkahwinan, pengebumian dan gotong-royong),” katanya pada sidang media harian Covid-19, hari ini.

Sarawak Bakal Guna Vaksin CanSino

/ 16/04/2021

Kerajaan Sarawak telah meminta Kerajaan Pusat membekalkan vaksin CanSino Covid-19 bagi memastikan semua penduduk di negeri ini menerima suntikan vaksin demi keselamatan mereka. Timbalan Ketua Menteri, Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata, vaksin buatan negara China tersebut hanya memerlukan satu dos suntikan merupakan vaksin yang paling sesuai untuk penduduk di Sarawak terutama mereka yang tinggal di kawasan pendalaman.

Ongkili: Two Breakthroughs for Sabah, Sarawak Thanks To MA63 Special Council

/ 14/04/2021

The administration of the Sipadan and Ligitan islands will be transferred to the Sabah government while Sarawak will have full control and management of its gas distribution, says Datuk Seri Dr Maximus Ongkili. The Minister in the Prime Minister's Department (Sabah and Sarawak Affairs) said that both breakthroughs were due to the formation of the Malaysia Agreement 1963 (MA63) special council.

CM Abg Jo Ziarah Jenazah Toh Puan Norkiah

/ 14/04/2021

Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Johari Openg dan isteri YABhg Datuk Amar Hajah Juma'ani Tun Tuanku Haji Bujang petang tadi menziarahi jenazah Allahyarhamah Toh Puan Datuk Patinggi Hajah Norkiah, isteri bekas Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Datuk Patinggi Abang Haji Mohammad Salahuddin Abang Barieng yang telah meninggal dunia hari ini. Norkiah, 72, menghembuskan nafas terakhir di Hospital Umum Sarawak sekitar jam 12.00 tengah hari ini tadi.

Miri First City to Implement Smart City Concept

/ 12/04/2021

The Smart City concept will be expanded to other major towns in Sarawak following the successful launch of its Proof of Concept (POC) here today, Chief Minister Datuk Patinggi Abang Haji Zohari Tun Datuk Abang Haji Openg said. The Smart City infrastructural solution includes safe city, digital signage, safe park and smart drain; whereas the software and system solution cover services such as smart bus, smart truck, smart Miri, smart tourism and Miri Cares.

Konsep Bandar Pintar Diperluas Ke Semua Bandar Utama

/ 12/04/2021

Kelajuan internet tinggi akan merealisasikan inisiatif digital sekali gus mengubah Sarawak menjadi negeri pintar. Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata, usaha untuk mendapatkan spektrum yang lebih luas bagi memastikan kelajuan internet kini sedang dalam peringkat perbincangan bersama-sama Kerajaan Pusat. “Sekiranya ini memiliki kelajuan internet 5G, kita mesti mempunyai kelajuan sekurang-kurangnya 700 megahertz (MHz).

Abg Jo Lakukan Upacara Pecah Tanah Anjung Selera Balingian

/ 11/04/2021

Setelah mengadakan kunjungan ke Balai Ringin dan Spaoh semalam, hari ini Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Haji Johari Tun Datuk Abang Haji Openg berada di Balingian untuk melalukan pecah tanah bagi projek Anjung Selera Balingian. Sejurus tiba di Dewan Masyarakat Balingian untuk menghadiri upacara rasmi beliau telah diberi taklimat mengenai pelaksanaan pelbagai projek di bawah DUN 58 Balingian.

Lapangan Terbang Spaoh Pacu Ekonomi Serta Pelancongan Domestik

/ 10/04/2021

Pembinaan Lapangan Terbang Spaoh di Bebuling akan memacu aktiviti ekonomi dan pelancongan domestik apabila ia siap kelak.Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi (Dr) Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg berkata, lapangan terbang tersebut penting sebagai pusat pengangkutan untuk menghantar hasil makanan dan produk makanan dari Spaoh, Betong dan kawasan sekitarnya ke Singapura.

RM 90 Juta Untuk Sarawak Coastguard : Abg. Jo

/ 07/04/2021

Kerajaan Negeri Sarawak  memperuntukkan RM90 juta untuk membeli aset bagi kegunaan “Sarawak Coastguard” seperti yang telah dibentangkan dalam Bajet 2020. Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg berkata demikian semasa Majlis Pelancaran "Sarawak Coastguard" di Tebingan Kuching, di sini, petang tadi. "Hari ini kita dapat menyaksikan sebuah kapal dan enam buah bot telah siap iaitu sebuah “Catamaran” dan enam buah bot “Interceptor” dengan enjin berkuasa 1,050 kuasa kuda setiap bot."

Mini Township Akan Dibangunkan Di Mulu

/ 06/04/2021

Kerajaan Sarawak akan menggubal master plan untuk membina sebuah bandar kecil (mini township) di sini sejajar dengan kawasan tersebut sebagai sebuah daerah kecil dan kawasan pelancongan utama, kata Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Haji Johari bin Tun Datuk Abang Haji Openg. Beliau berkata demikian dalam ucapan pada majlis makan malam bersama Ketua-Ketua kaum dan Ketua-Ketua masyarakat kaum Penan dan Berawan di sini sebentar tadi sempena lawatan beliau ke Long Terawan untuk merasmikan perkhidmatan Sarawak Rural Broadband Network (SRBN) di perkampungan tersebut pagi tadi.

Long Terawan Mendapat Perkhidmatan Jalur Lebar

/ 06/04/2021

Penduduk Long Terawan, sebuah perkampungan kaum Berawan di Sungai Tutoh di pedalaman Baram amat bertuah hari ini kerana sudah ada perkhidmatan broadband yang disediakan oleh Sarawak Digital Economy Corporation (SDEC). Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Haji Johari Tun Datuk Abang Haji Openg telah diberi penghormatan untuk merasmikan perkhidmatan tersebut yang dinamakan Sarawak Rural Broadband Network (SRBN).

Mesyuarat MA63 Bincang Isu Telekomunikasi

/ 06/04/2021

Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Sosioekonomi Di bawah Majlis Khas Mengenai Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) kali ketiga yang diadakan secara atas talian hari ini membincangkan isu-isu khusus berkaitan telekomunikasi. Timbalan Ketua Menteri, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan yang menghadiri mesyuarat itu menzahirkan terima kasih kepada Kerajaan Pusat yang dipimpin oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang memberi jaminan isu-isu berkaitan MA63 akan dibincangkan secara adil

Better Lives Through Village Expansion Scheme : Abg. Jo

/ 05/04/2021

The state government is determined to improve the livelihood of the rural people by carrying out its Village Expansion Scheme.  In reiterating this, Chief Minister Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg said villages and longhouses will be transformed through the scheme under which the government will bear the costs of preparing the sites, constructing concrete drains, paving the roads, as well as providing electricity and treated water.

Peruntukan RM4.5 Bilion Dengan 781 Projek Pembangunan Telah Diluluskan Untuk Sarawak Dalam RMKe-12

/ 01/04/2021

Dalam tempoh setahun ini, Kerajaan Persekutuan komited dalam memacu pembangunan sosioekonomi di setiap negeri termasuk Sarawak. Perdana Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, ini dapat disaksikan menerusi penyaluran peruntukan besar dalam projek pembangunan menerusi Rancangan Malaysia Ke 12 (RMKe-12). “Bagi Rolling Plan Pertama (RP1)2021 RMKe-12, sebanyak 781 projek pembangunan telah diluluskan dengan peruntukan sebanyak RM4.5 bilion khususnya untuk Sarawak bagi pelaksanaan projek-projek di bawah pelbagai kementerian dan agensi,” katanya semasa berucap dalam Townhall Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 yang diadakan di Pusat Konvokesyen Borneo Kuching (BCCK) pada Khamis.