KUCHING / 27/02/2021
Seperti yang semua sedia maklum, saya telah menerima suntikan untuk dos pertama Vaksin Covid-19 (PFizer BioNTech) vaccine semalam di Klinik Kesihatan, Petra Jaya bersama Timbalan Ketua Menteri, Datuk Amar Awang Tengah dan Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Profesor Dato Sri Dr Sim Kui Hian. Setelah menerima dos pertama, kehadiran saya di sini pagi ini membuktikan suntikan vaksin tersebut selamat bagi mereka yang tiada isu kesihatan. Semalam baru dos pertama dan saya akan menerima dos kedua pada 19 Mac.
KUCHING / 26/02/2021
Sarawak hari ini mula melaksanakan Program Imunisasi COVID-19 di seluruh negeri. Ketua Menteri Datuk Patinggi Dr Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg menjadi rakyat Sarawak pertama menerima vaksin COVID-19 di negeri ini. Beliau menerima suntikan vaksin COVID-19 Pfizer-BioNTech pada jam 3.01 di Klinik Kesihatan Petra Jaya pada Jumaat. Selain Datuk Patinggi Abang Zohari, turut menerima suntikan vaksin COVID-19 ialah Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan, Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sarawak Dato Sri Prof Dr. Sim Kui Hian dan Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak Dr. Chin Zin Hing.
KUCHING / 24/02/2021
PTT Exploration and Production Public Company Limited (PTTEP), through its wholly-owned subsidiary PTTEP HK Offshore Limited (Malaysia Branch) or PTTEP HKO, announced a successful gas discovery from the first exploration well, Dokong-1 in Block SK417, off the coast of Sarawak, offshore Malaysia. The drilling of Dokong-1 exploration well commenced in November 2020, targeting gas in the sandstone reservoir. The well was drilled to a total depth of 3,810 metres and encountered more than 80 metres of gas column. The second exploration well will be drilled in the middle of this year as part of the exploration campaign.
KUCHING / 24/02/2021
Ketibaan vaksin itu disambut Timbalan Ketua Menteri merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBN), Datuk Amar Douglas Uggah Embas di Warehouse Air, kawasan kargo Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching pada jam 6:30 petang. Hadir sama, Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Datuk Seri Dr Sim Kui Hian, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Amar Jaul Samion dan Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri (JKN), Dr Chin Zin Hing.
KUCHING / 24/02/2021
Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg menyerahkan cek sumbangan Kerajaan Negeri Sarawak kepada Pertubuhan Pergerakan Penyelidikan dan Pembangunan Singai Sarawak (REDEEMS) diketuai oleh Presidennya, Datuk Peter Nansian Anak Ngusie beserta rombongannya di pejabatnya, Wisma Bapa Malaysia pagi ini tadi. Peruntukan sebanyak RM3.6 juta tersebut merupakan dana tambahan daripada Kerajaan Negeri Sarawak bagi menyiapkan Projek Bidayuh Culture Village (BCV) yang terletak di Singai.
BAU / 22/02/2021
Satu pertiga daripada kekuatan Tentera Darat Malaysia (TDM) digerakkan bagi meningkatkan keupayaan pertahanan khasnya di Sabah dan Sarawak. Panglima TDM, Jeneral Tan Sri Zamrose Mohd Zain berkata, kekuatan itu melibatkan sumber manusia, penstrukturan dan penyerahan aset-aset operasi. Menurutnya, ia selaras dalam Pelan Strategik TDM dalam tempoh lima tahun iaitu 2021 hingga 2025 bagi menyeimbangkan kekuatan pasukan itu di Semenanjung dengan wilayah Sabah dan Sarawak.
SEBUYAU / 20/02/2021
Projek pembinaan Jambatan Batang Lupar bernilai RM848 juta kini giat dijalankan, kata Menteri Muda Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan, Datuk Julaihi Narawi. Menurutnya, ramai masyarakat keliru berhubung dan beranggapan projek itu ditangguhkan berikutan Majlis Perasmian Pecah Tanah Jambatan Batang Lupar yang sepatutnya diadakan 18 Februari 2021 lalu ditangguhkan. "Hanya majlis itu sahaja ditangguhkan bagi mengelak penularan Covid-19, namun pembinaaan jambatan tersebut giat dilaksanakan kontraktor bertanggungjawab," katanya semasa mengadakan lawatan ke tapak projek berkenaan, di sini hari ini.
KUCHING / 18/02/2021
Sempena memperingati Hari Antidadah Kebangsaan Tahun 2021 yang bertemakan “LEBIH BAIK CEGAH”, yang mana telah diadakan setiap tahun. Saya mewakili seluruh warga Sarawak menzahirkan ucapan Selamat Menyambut Hari Antidadah Kebangsaan 2021 yang akan diraikan pada 19hb Februari 2021 ( Jumaat ). Kerajaan Sarawak sememangnya bekerja rapat dengan agensi anti dadah kebangsaan untuk memastikan dan mengambil beberapa tindakan yang strategik bagi mengurangkan kesan dadah dikalangan masyarakat. Kita akan menggunakan beberapa pendekatan secara berhemah bagi menyakinkan masyarakat bahaya dadah kepada negara.
SIBU / 17/02/2021
Sebanyak 214 rumah panjang di seluruh negeri ini dikenakan perintah pelaksanaan sekatan pergerakan dalam usaha Kerajaan Sarawak memerangi penularan pandemik Covid-19. Menurut Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JBPN) Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas, daripada jumlah itu, sebanyak 116 rumah panjang tidak lagi diletakkan dalam sekatan pergerakan selepas ujian saringan kedua didapati negatif.
MIRI / 16/02/2021
Petani di Miri yang hasil pertanian mereka tidak dapat dipasarkan dan berlaku lambakan boleh menghantarnya ke Pusat Latihan Pertanian, Jalan Angsana Miri (Berhadapan St Joseph Cathedral) pada Isnin hingga Jumaat. Hari Belian: Isnin, Selasa dan Rabu (8.00 pagi hingga 4.00 petang) Hari Jualan: Isnin hingga Jumaat (8.00 pagi hingga 4.00 petang) Jabatan Pertanian Sarawak Bahagian Miri dalam kenyataannya memberitahu pihaknya melalui Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) akan membeli hasil pertanian tersebut bagi meringankan beban dan mengurangkan kerugian yang ditanggung petani akibat penularan COVID-19.
KUCHING / 15/02/2021
Pelan Imunisasi Covid-19 Kebangsaan fasa pertama di Sarawak akan bermula 27 Februari depan membabitkan semua petugas barisan hadapan. Pengarah Kesihatan Negeri Sarawak, Dr Chin Zin Hing berkata kesemua petugas barisan hadapan seperti petugas kesihatan, tentera, polis dan sebagainya perlu mendapatkan dua kali dos suntikan vaksin. "Temu janji akan diatur kepada mereka untuk mendapatkan dos pertama dan selepas 21 hari mereka akan kembali untuk mendapatkan dos kedua.
KUCHING / 15/02/2021
Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg menerima kunjungan hormat daripada Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu Sarawak yang diketuai oleh Pengarahnya, Prof. Madya Dr. Shahrul Razid bin Sarbini (kedua dari kanan gambar) di pejabatnya, Wisma Bapa Malaysia pagi ini tadi. Kunjungan yang berlangsung sekitar kira-kira 30 minit berkenaan adalah bagi membincangkan mengenai sumbangan UPM Kampus Bintulu, Sarawak melalui aktiviti-aktiviti penyelidikan yang telah dijalankan khususnya dalam bidang pertanian dan perhutanan.
KUCHING / 12/02/2021
Dalam keadaan dunia yang belum reda dengan situasi Covid 19, ianya tidak menghalang kita sesama kita daripada merasai kemeriahan sambutan Tahun Baru Cina pada tahun 2021 ini. Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Zohari Tun Openg hari ini menyertai masyarakat Tiong Hua di Majlis Rumah Terbuka Tahun Baru Cina SUPP secara virtual (maya) yang dianjurkan oleh Sarawak United Peoples Party (SUPP) pagi ini tadi.
KUCHING / 11/02/2021
Kerajaan Sarawak terus membantu Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) mengemudi usaha pemulihan perniagaan mereka yang terjejas akibat pandemik Covid-19. Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata, ia akan dilaksanakan menerusi lima pakej Bantuan Khas Sarawakku Sayang (BKSS) melibatkan peruntukan bernilai RM3.14 bilion. "Pakej tersebut turut merangkumi bantuan kewangan tambahan sejumlah RM141.7 juta yang diluluskan Ketua Menteri baru-baru ini," katanya dalam Perutusan Sempena Sambutan Tahun Baharu Cina 2021.
KUCHING / 10/02/2021
Salam sejahtera, Salam Sarawakku Sayang. Bagi pihak saya sendiri, isteri dan serta keluarga saya ingin mengucapkan Gong Xi Fa Cai kepada seluruh Anak Sarawak daripada kaum Cina di mana sahaja saudara dan saudari berada ketika menyambut perayaan Tahun Baharu Cina pada tahun ini. Walaupun suasana pada tahun ini tidak mengizinkan saudara dan saudari bersuka ria seperti selalunya disebabkan oleh pandemik COVID-19, saya amat berharap tradisi menyambut tahun baharu bagi kaum Cina tetap mempunyai signifikannya mengikut kepercayaan kaum Cina.
KUCHING / 10/02/2021
Kerajaan Sarawak akan bekerjasama dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memastikan rakyat di negeri ini menerima vaksin Covid-19 iaitu vaksin Pfizer-BioNtech. Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Seri Dr Sim Kui Hian berkata, ini kerana kerajaan menyasarkan 70 peratus rakyat di negeri ini divaksin menjelang Ogos tahun ini. Menurutnya, tindakan itu bertujuan memastikan jangkitan harian Covid-19 di Sarawak berkurang sekali gus menghentikan penularan pandemik terbabit.
KUCHING / 10/02/2021
Kerajaan Negeri meluluskan peruntukan berjumlah RM6.52 juta bantuan makanan kepada penduduk yang terjejas dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Sibu dan Kapit. Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata, sebanyak 88,857 isi rumah yang terjejas di kedua-dua bahagian direkodkan setakat ini. "Sibu mencatatkan sebanyak 72,857 isi rumah manakala 16,000 dilaporkan di Kapit," katanya pada sidang media di sini, hari ini.
KUCHING / 09/02/2021
Kerajaan Sarawak meluluskan peruntukan sebanyak RM60 juta bagi pembangunan projek kompleks pejabat Majlis Perbandaran Padawan (MPP) yang baharu. Bercakap ketika ditemui media selepas melakukan kunjungan hormat terhadap Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Dr Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg di Wisma Bapa Malaysia pada Rabu, Pengerusi MPP, Ir. Lo Khere Chiang berkongsi kegembiraannya dengan merakamkan penghargaan kepada Ketua Menteri di atas persetujuan meluluskan dana sebanyak RM60 juta bagi projek berkenaan.
LAWAS / 08/02/2021
Lima pakej Bantuan Khas Sarawakku Sayang (BKSS) berjumlah RM3.14 bilion diumumkan Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg menunjukkan keprihatinan kerajaan terhadap kebajikan rakyat, di negeri ini. Penerima bantuan itu termasuk golongan peniaga terkesan berikutan penularan pandemik Covid-19 melanda pada masa ini. Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata, kerajaan meluluskan RM141. 7 juta menerusi BKSS 5.0 baru-baru ini, membantu rakyat khasnya peniaga terkesan akibat pandemik ini.
MIRI / 04/02/2021
Penularan wabak pandemik COVID-19 kini telah menular di kawasan rumah panjang dan luar bandar di Sarawak. Menurut Ketua Menteri Datuk Patinggi Dr Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg, Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak telah mengambil tindakan dengan mengasingkan masyarakat menerusi Perintah Kawalan Bersasar atau ‘lockdown’ yang bertujuan menyekat penularan wabak pandemik COVID-19.
KUCHING / 03/02/2021
Kerajaan Gabungan Parti Sarawak (GPS) menyediakan tujuh inisiatif tambahan berjumlah RM141.7 juta bagi membantu usahawan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) di negeri ini yang terjejas ekoran pandemik Covid-19. Timbalan Ketua Menteri, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata, inisiatif tambahan itu menunjukkan kesungguhan dan keprihatinan Ketua Menteri dalam membantu usahawan supaya dapat terus mengembangkan perniagaan dan perusahaan mereka khususnya dalam kalangan PKS.
KUCHING / 02/02/2021
Sebanyak 16,000 Ketua Isi Rumah (KIR) di bahagian Kapit akan mendapat bantuan bekalan makanan daripada Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN). Ini berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di bahagian itu mulai 2 hingga 15 Februari. Timbalan Ketua Menteri merangkap Pengurusi Jawatankuasa Kecil Rantaian Bekalan Makanan, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata, bantuan bekalan makanan itu akan mula diagihkan pada Khamis ini (4 Februari) secara berperingkat-peringkat kepada setiap KIR yang terjejas.
KUCHING / 02/02/2021
Kerajaan Sarawak berusaha memulihkan sektor pelancongan yang terjejas akibat pandemik Covid-19 dengan merangka pelbagai pendekatan sesuai. Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan, Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah berkata antara inisiatif yang diambil ialah memberi keutamaan kepada pelancongan domestik. Katanya, susulan pandemik Covid-19 yang melanda seluruh dunia, semua lapangan terbang termasuk di Sarawak ditutup menyebabkan rakyat dari luar tidak dibenarkan masuk.
KUCHING / 02/02/2021
Sarawak Chief Minister, Datuk Patinggi Abang Zohari Tun Openg received a courtesy call by a delegation from St Joseph School Board of Management this morning at his office, Wisma Bapa Malaysia, Petra Jaya Kuching. The delegation also briefed the Chief Minister on development and restoration progress of the St Joseph School's Mill Hill Block. Later, the Chief Minister presented a government grant of RM2.5 million to Christopher Chua, Acting Chairman of Mill Hill Restoration Project and Acting Chairman of the Board of SMK ST Joseph in a brief ceremony at his office this morning.