JANUARI 2020

CM Abg Jo: Yakini Dasar Kerajaan Negeri Sarawak

/ 29/01/2020

Sambutan Malam Mesra Sarawak United People's Party (SUPP) telah berlangsung dengan cukup meriah dengan kehadiran Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Jo di sebuah hotel terkemuka di bandaraya Miri malam ini tadi. Ketika berucap di majlis berkenaan, Datuk Patinggi Abang Jo menyeru rakyat agar bersama-sama dan memberi sokongan kepada Kerajaan Negeri Sarawak dalam soal dasar dan perancangan kerajaan dalam memberi pembangunan berterusan kepada rakyat merangkumi segala aspek termasuk kebajikan, pembangunan infrastruktur asas khususnya di luar bandar seperti jambatan, kemudahan air dan jalan raya dan sebagainya.

Jambatan Muara Lassa Akan Menjadi ‘Game Changer’ Kepada Perubahan Landskap Sosioekonomi Daro

/ 29/01/2020

Ketua Menteri Datuk Patinggi (Dr.) Abang Haji Abdul Rahman Zohari bin Tun Datuk Abang Haji Openg pernah memberitahu Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Daro Safiee bin Haji Ahmad bahawa Jambatan Muara Lassa akan menjadi ‘game changer’ kepada masyarakat Daro. Menurut Safiee, Jambatan Muara Lassa bukan sahaja akan mengubah sosiekonomi masyarakat Daro, tetapi juga landskap Daro itu sendiri secara keseluruhannya dengan pelbagai pembangunan dan prasarana akan masuk termasuk ekonomi.

Penempatan Khas Kuarantin Perlu Tangani Virus Berjangkit - Idris Buang

/ 28/01/2020

Kerajaan Persekutuan perlu bekerjasama dengan kerajaan negeri untuk menubuhkan kemudahan serta penempatan khas kuarantin bagi merawat pesakit yang dijangkiti virus dari Wuhan, China tersebut. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) N.16 Muara Tuang, Dato Idris Buang berkata penyakit yang mudah berjangkit ini tidak sesuai dirawat di tempat yang terdedah atau sempit seperti di Hospital Umum Sarawak.

Projek Pembinaan Medan Selera Matading Kini Sedang Giat Dilaksanakan Dan Dijangka Siap 13 November 2020

/ 28/01/2020

Satu lagi Projek Rakyat Pembinaan Medan Selera Matading kini sedang dalam pembinaan dan dijangka siap pada 13 November 2020. Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Balingian Abdul Yakub Haji Arbi, beliau berpuas hati terhadap kerja-kerja Pembinaan Medan Selera Matading yang kini sedang dilaksanakan di Jalan Mukah-Balingian. “Projek Medan Selera Matading ini merupakan salah satu projek Program Rakyat yang telah diumumkan Ketua Menteri Datuk Patinggi (Dr.) Abang Haji Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Haji Openg semasa mengadakan lawatan ke Mukah sebelum ini.

Peruntukan RM200,000 Bina Baharu Tandas Awam Di Telok Melano

/ 24/01/2020

Peruntukan sebanyak RM200,000 diluluskan untuk projek bina baharu tandas awam di Telok Melano, Sematan. Ahli Dewan Undangan Negeri Sarawak (ADUN) N3 Tanjong Datu, Datuk Amar Jamilah Anu berkata, projek ini masih lagi dalam proses permohonan tapak serta dalam perbincangan menyeluruh bagi mengelak sebarang masalah. "Saya akan berusaha untuk menyediakan lebih banyak lagi kemudahan bukan hanya di Telok Melano malah saya juga akan sediakan kemudahan di Sematan,” katanya.

Kerajaan GPS Mampu Kukuhkan Ekonomi Sarawak

/ 24/01/2020

Kerajaan Sarawak pimpinan Gabungan Parti Sarawak (GPS) memberi jaminan mampu mengukuhkan ekonomi negeri ini sekaligus menjadikan Sarawak negeri berdaya maju menjelang tahun 2030. Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg dalam perutusan Tahun Baharu Cina berkata, kerajaan sentiasa berusaha dan konsisten serta tegas dalam menggunakan sumber negeri untuk menjana lebih banyak pendapatan bagi menyediakan infrastruktur dan utiliti rakyat.

Kes Saman Kerajaan Sarawak Terhadap Petronas: Mahkamah Tinggi Kuching Tolak Permohonan Petronas Gugurkan Pesuruhjaya Kehakiman

/ 23/01/2020

Permohonan Petroliam Nasional Berhad (Petronas) untuk menggugurkan Pesuruhjaya Kehakiman, Christopher Chin Soo Yin daripada mengendalikan kes saman sivil kerajaan Sarawak dan Kontroler Cukai Jualan Negeri (SST) berhubung kegagalan Petronas membayar SST bagi produk petroleum di bawah Ordinan Cukai Jualan Negeri 1998 telah ditolak oleh Mahkamah Tinggi, pada Khamis. Menteri Muda Undang-Undang, Hubungan Negeri-Pusat dan Pemantauan Projek Sarawak, Datuk Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali berkata, tiada sebab untuk mengatakan Christopher memberi keputusan berat sebelah memandangkan beliau telah diberi amanah dan tanggungjawab besar dalam mendaulatkan undang-undang.

Jejambat Serian Kini Dibuka Kepada Pengguna Jalan Raya

/ 23/01/2020

Rakyat Sarawak khususnya warga bandar raya Kuching dan pelawat berkunjung ke negeri ini berpeluang menaiki bas hidrogen secara percuma mulai hari ini, selepas tiga bas hidrogen pertama di Malaysia dilancarkan Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg pada petang ini. Ketua Menteri bersama wakil media turut dibawa menaiki bas berkenaan mengelilingi sekitar bandar raya Kuching yang bermula di hotel Riverside Majestic.

Bas Hidrogen Pertama Di Malaysia Dilancar

/ 21/01/2020

Rakyat Sarawak khususnya warga bandar raya Kuching dan pelawat berkunjung ke negeri ini berpeluang menaiki bas hidrogen secara percuma mulai hari ini, selepas tiga bas hidrogen pertama di Malaysia dilancarkan Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg pada petang ini. Ketua Menteri bersama wakil media turut dibawa menaiki bas berkenaan mengelilingi sekitar bandar raya Kuching yang bermula di hotel Riverside Majestic.

Abg Jo Meredah Lebuhraya Pan Borneo Ke Simanggang

/ 19/01/2020

YAB Abang Jo hari ini berkunjung ke Simanggang menggunakan jalan darat untuk mempengerusikan Mesyuarat Pertama Jawatankuasa Koordinasi dan Pelaksanaan Projek-Projek Kerajaan GPS untuk tahun 2020. Beliau dan rombongan singgah sebentar di Pekan Lachau untuk merarau sebelum meneruskan perjalanan ke Simanggang. Sejurus tiba di Simanggang yang sebelum ini dikenali sebagai Sri Aman beliau mengadakan lawatan untuk meninjau projek memperbesarkan pasar dan kemudian melancarkan projek pembinaan Waterfront Batang Lupar di pekan benak ini.

Naiktaraf Waterfront Sri Aman Siap Oktober 2020

/ 19/01/2020

Projek naiktaraf tapak pesta benak atau waterfront Sri Aman dijangka siap menjelang Ogos tahun ini. Projek yang dikendalikan oleh kontraktor Mexajati ini telah pun mula dijalankan pada April tahun lepas dengan kos keseluruhan RM 9.6 juta dan kini diperingkat 8.5% siap. Pada petang ini, Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Zohari Tun Abang Openg telah hadir bagi merasmikan Majlis Pecah Tanah di tapak projek berkenaan.

Well Done & Good Job Abg Jo! CM Committed To Develop Sarawak!

/ 19/01/2020

Chief Minister, Datuk Patinggi Abang Zohari Openg attended the launching of Gabungan Parti Sarawak Zon 12 (A) Bintulu at RH. Robert ak. Tugang, Jambatan Suai Miri.During the event, the Chief Minister approved several projects including: 1. RM50 million Phase II project to supply treated water to several longhouses in Suai. 2. RM3.6 million for the proposed construction of road to connect several longhouses in Ulu Suai.

Kerajaan Sarawak Berminat Tubuh Bank Digital

/ 16/01/2020

Ketua Menteri, Datuk Patinggi Dr Abang Haji Abdul Rahman Zohari Tun Abang Haji Openg berkata, beliau akan melihat prosedur yang perlu untuk mengemuka permohonan lesen tersebut yang hanya dikeluarkan Bank Negara Malaysia. Jelasnya, kerajaan negeri perlu memohon lesen terlebih dahulu kerana buat masa ini sudah terdapat aplikasi e-dompet untuk peruncitan digital. “Sehubungan itu, kita (kerajaan negeri) berminat untuk mempunyai bank digital dan kita berharap kerajaan pusat akan mempertimbang serta memberikan lesen bagi tujuan berkenaan kepada kita,” katanya.

Belanjakan Sepenuhnya RM2.8 Billion Dalam Pelaksanaan Program Grid Bekalan Air Tahun Ini, Kata Abang Johari

/ 16/01/2020

Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg gesa Jabatan Bekalan Air Luar Bandar(JBALB) membelanjakan sepenuhnya peruntukan RM2.8 billion di bawah Program Grid Bekalan Air pada tahun 2020 ini. Katanya, peruntukan dari Kerajaan Sarawak pada tahun 2018 itu itu harus dibelanjakan dalam pelaksanaan projek-projek bekalan air khususnya di kawasan yang tiada bekalan air.

Abg Jo Terima Kunjungan Perpisahan Pengarah SPRM Sarawak

/ 15/01/2020

Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Jo menerima kunjungan perpisahan daripada Pengarah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Negeri Sarawak (SPRM), Razim bin Mohd Noor di pejabatnya, Wisma Bapa Malaysia pagi ini tadi. Kunjungan perpisahan tersebut juga adalah bagi memaklumkan kepada Ketua Menteri bagi pertukaran dan perpindahan beliau dari SPRM Sarawak ke Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Putrajaya. Beliau telah pun melapor diri pada 2hb Januari 2020 yang lalu di Putrajaya.

Orang Ramai Boleh Muat Turun Borang ‘Kenyalang Gold Card’ Di Laman Sesawang KWKPK Atau Dapatkan Di Pejabat Residen, Pejabat Daerah Dan Pejabat Daerah Kecil

/ 15/01/2020

Kenyalang Gold Card (KGC) yang merupakan satu lagi inisiatif Kerajaan Sarawak bagi meningkatkan kesejahteraan dan kebajikan warga emas di Sarawak akan dilancarkan secara rasmi pada 7 Mac depan. Menteri Kebajikan, Kesejahteraan Komuniti, Keluarga, Wanita dan Pembangunan Kanak-Kanak Dato Sri Fatimah Abdullah berkata KGC akan dilancarkan sempena Simposium Keusahawanan Wanita anjuran Jabatan Wanita dan Keluarga Sarawak (JWKS) di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) dan akan disempurnakan oleh Ketua Menteri Datuk Patinggi Dr Abang Haji Abdul Rahman Zohari bin Tun Datuk Abang Haji Openg.

Pemimpin GPS Hadir Beri Sokongan Kes Saman Kerajaan Sarawak Terhadap Petronas

/ 14/01/2020

Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah bersama pemimpin-pemimpin Gabungan Parti Sarawak (GPS) memberi sokongan kepada kerajaan negeri Sarawak dalam kes saman terhadap Petronas di Mahkamah Tinggi, Petra Jaya, pagi tadi. Antara yang hadir memberi sokongan ialah Menteri Kebajikan, Kesejahteraan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kanak-Kanak, Datuk Seri Fatimah Abdullah, Menteri Muda Bekalan Elektrik Luar Bandar, Datuk Liwan Lagang, Menteri Muda Undang-Undang, Hubungan Negeri -Persekutuan dan Pemantauan Projek, Datuk Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali, Ahli Parlimen Batang Sadong, Datuk Seri Nancy Shukri, Ahli Parlimen Batang Lupar, Datuk Seri Rohani Abdul Karim, Ahli Parlimen Bintulu, Datuk Seri Tiong King Sing, Ahli Parlimen Kapit, Datuk Alexander Nanta Linggi serta ADUN-ADUN yang lain.

Piagam Madinah Asas Kepada Pentadbiran Dan Pengurusan Masyarakat Majmuk Di Sarawak

/ 14/01/2020

Piagam Madinah menjadi asas kepada pentadbiran dan pengurusan di Sarawak yang mempunyai masyarakat yang berbilang kaum dan agama. Menurut Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi (Dr.) Abang Haji Abdul Rahman Zohari bin Tun Datuk Abang Haji Openg, menerusi Piagam Madinah orang Islam dan bukan Islam dapat disatukan di bawah satu pentabdiran yang adil. “Kita mempunyai masyarakat yang berbilang kaum dan agama dan pemimpin-pemimpin Islam memberikan pengurusan dan pentadbiran yang adil kepada masyarakat Islam dan bukan Islam.

3 Tahun Lagi, Perjalanan Simunjan Ke Kuching Akan Disingkatkan Kepada 40 Minit!

/ 10/01/2020

Perjalanan dari Simunjan ke Kuching akan disingkatkan kepada 40 minit selepas kerajaan Sarawak bersetuju untuk membina jambatan Gedong. Mendedahkan perkara itu, Datuk Patinggi Abang Zohari Tun Abang Openg ketika berucap di Majlis Rindok Digital di sini dan menambah perkara itu akan direalisasikan dalam tempoh 3 tahun akan datang. “Inshaa Allah, tak lama lagi kita akan bangunkan jambatan Gedong, Gedong dengan Simunjan dekat dengan jalan baru. Tadi saya guna jalan pusing, selepas ini tidak ada pusing lagi.

RM200 Juta Diperuntukan Bagi Mendalamkan Sungai Sebiew Dan Sungai Sebatang Bagi Menangani Masalah Banjir Di Bintulu

/ 10/01/2020

Masalah banjir yang kerap berlaku di Bintulu telah mendapat perhatian dan tindakan daripada Kerajaan Sarawak. Ketua Menteri Datuk Patinggi (Dr.) Abang Haji Abdul Rahman Zohari bin Tun Datuk Abang Haji Openg berkata, sejumlah RM200 juta akan diperuntukan bagi mendalamkan dua sungai Iaiti Sebiew dan Sungai Sebatang yang menjadi punca kepada kejadian banjir di Bintulu. “Pertama, kita akan mendalamkan Sungai Sebiew dan juga Sungai Sebatang.

Ziarah Kasih Fadillah Ke Samariang

/ 09/01/2020

Ahli Parlimen Petra Jaya, Datuk Seri Fadillah Yusof, mengadakan ziarah kasih ke empat kediaman penduduk di kawasan Samariang, yang dilanda musibah baru-baru ini. Beliau melawat mangsa rumah runtuh di Samariang Batu, Abdul Rani Mohamad, yang kediamannya roboh secara tiba-tiba dan ranap sama sekali, sebelum menziarahi dua pemilik rumah yang terbakar di Kampung Sg Midin, iaitu Fatimah Tam Abdullah yang rumahnya musnah sama sekali dan jirannya, Nuri Mohd kediamannya turut terkena api yang merebak.

‘Sarawakku Sayang’ To Highlight CM’s Initiatives, Development Achievements On Jan 12-13

/ 09/01/2020

The Sarawak government is organising a two-day programme called SarawakKu Sayang at the Kota Samarahan open air area (Dataran Terbuka) near Dewan Suarah on January 12 and 13. According to the Sarawak Public Communications Unit (Ukas) in a statement, the programme is a good opportunity for the people living around Kota Samarahan, Simunjan, Kuching, Serian, Bau and other nearby locations to access government services, information and advice from participating government agencies and departments on various matters.

Solving the Flood Woes

/ 09/01/2020

Today the Chief Minister, Datuk Patinggi (Dr) Abang Haji Abdul Rahman Zohari bin Tun Datuk Abang Haji Openg made a flying visit to Bintulu where he had a meeting with Bintulu Development Authority (BDA) officials and that of other relevant agencies in a bid to solve the frequent flood affecting some parts of the town. Later, the Chief Minister who is the Chairman of BDA accompanied by officials made a tour of the sites in Kampung Assyakirin and Kampung Kemunting.

Saribas DUN Pertama Dapat 100 Peratus Bekalan Air Bersih

/ 09/01/2020

Saribas muncul sebagai satu-satunya kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) di luar bandar yang mempunyai liputan bekalan air bersih 100 peratus. Menteri Muda Utiliti (Bekalan Air), Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi berkata, dengan siapnya Loji Rawatan Air Manggut dengan kapasiti tiga juta liter sehari mampu membekalkan air bersih kepada 1,106 rumah di Kampung Supa, Kampung Medang, Kampung Tuie dan Kampung Serabang.

34 Palan Ngibun Anak Ba Endur Gawa Deka Ditumbuhka

/ 03/01/2020

Penyampau 34 buah palan ngibun nembiak ba endur gawa di Sarawak deka ditumbuhka Perintah Sarawak enggau Perintah Besai ujung taun tu ila. Menteri Pengintu Pengelantang Pendiau, Komuniti, Orang Indu, Ruang Bilik enggau Pemansang Anak Mit Dato ‘Sri Fatimah Abdullah madahka naka diatu Sarawak semina ngembuan 10 iti buah palan nyeridi anak mit tauka taska direjista ba endur gawa lalu 14 buah palan taska ti bukai agi dalam proses direjista.

Affendi Buang First Sarawakian to Be Appointed MAF Chief

/ 02/01/2020

Royal Malaysian Air Force (RMAF) chief General Tan Sri Affendi Buang is the first Sarawakian to be appointed Malaysia’s 21st Armed Forces (MAF) chief. In an official ceremony at Wisma Pertahanan in Kuala Lumpur today, his predecessor General Tan Sri Zulkifli Zainal Abidin handed over his duties to Affendi which was witnessed by Minister of Defence Mohamad Sabu. According to a media release, Affendi is the second RMAF chief to helm the MAF, after General Tan Sri Azizan Ariffin who was appointed as the 17th chief of the Armed Forces on Sept 1, 2009 until June 14, 2011.

Pencapaian Ekonomi Sarawak 2019 Memberangsangkan - Abang Johari

/ 01/01/2020

Sarawak mempunyai pengurusan kewangan terbaik dan ekonomi yang sangat memberangsangkan pada tahun 2019. Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata, ia berdasarkan kenyataan dan laporan agensi pengiktirafan antarabangsa bahawa Sarawak diiktiraf sebagai pengurusan terbaik di Malaysia dengan pencapaian A- oleh Standard and Poor Agency. “Ini bukan saya kata. Ia diiktiraf oleh agensi pengiktirafan antarabangsa bahawa pengurusan kewangan di Sarawak adalah yang terbaik di Malaysia dengan pencapaian A-,” katanya ketika berucap di Majlis Fiesta Countdown 2020 di Tebingan Sungai Kuching, malam tadi.

Abg Jo Lancar Sayang Sarawakku di Tahun 2020

/ 01/01/2020

Sambutan FIESTA 2020 Ambang Tahun Baru 2020 telah disambut dengan meriah sekali di Tebingan Kuching malam ini tadi. Ketibaan YAB Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Jo tepat pada jam 10.45 malam telah disambut oleh rakyat jelata yang sedang menantikan detik Tahun Baru 2020. Dalam ucapannya kepada kira-kira 10, 000 rakyat Sarawak yang berada di Tebingan Kuching malam ini tadi, Ketua Menteri berkata Kerajaan Sarawak akan membawa satu program baru yang dikenali sebagai Program "Sayang Sarawakku" yang akan memberi penekanan terhadap semangat kecintaan, kebersamaan, kesatuan dan perpaduan rakyat Sarawak termasuklah dalam memperjuangkan hak-hak Sarawak seperti yang termaktub dalam Perjanjian Malaysia 1963. Program ini yang akan bermula pada tahun 2020 akan memberi manfaat besar kepada seluruh rakyat Sarawak.