KUALA LUMPUR / 26/11/2020
Pembinaan jambatan baharu Sungai Limbang dan Jalan Lawas-Merapok di Bahagian Limbang, Sarawak, dengan kos RM115 juta ialah antara 52 projek baharu yang diluluskan untuk tahun 2021. Menteri Kanan Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, Kementerian Kerja Raya (KKR) selaku peneraju pembangunan infra dan sektor pembinaan amat komited dalam memastikan infra menjadi pemangkin kepada ekonomi dan kesejahteraan rakyat.
KUCHING / 25/11/2020
Sarawak will be building a Centre for Infectious Disease at a site in Kota Samarahan that will spearhead collaborative efforts in research and development, Chief Minister, Datuk Patinggi Abang Haji Johari Tun Abang Haji Openg said today. The State Government had allocated RM190 million to establish the Centre that was expected to be completed in 2024, he said in his opening address in conjunction with the launch of the Innostre Special Edition 2020: The 1st Global Summit on Viral Immunology and Anti-Viral Therapy of COVID-19 at UITM in Kota Samarahan.
KUCHING / 24/11/2020
The Sarawak Multimedia Authority is pleased to announce the rollout of a satellite broadband internet connectivity solutions by Reach10 as part of the latter’s corporate social responsibility to address the plight of the school children of Nanga Sumpa in Batang Ai, Lubok Antu. Using Very Small Aperture Terminal (VSAT), the school children at Nanga Sumpa are now able to resume their online education and the villagers stay connected with the outside world.
KUCHING / 23/11/2020
Kerajaan Sarawak berhasrat mewujudkan syarikat penerbangan sendiri yang pernah dicadangkan sebelum ini oleh Persekutuan Perniagaan Sarawak (SBF), kata Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg. Katanya, beliau bersetuju dengan cadangan untuk menubuhkan syarikat penerbangan sendiri untuk membawa pelancong ke Sarawak, menerusi lokasi strategik seperti Hong Kong, Jepun dan Australia.
KUCHING / 23/11/2020
Kerajaan Sarawak menyediakan beberapa inisiatif bagi mempromosikan produk kayu dan industri tambah nilai, di negeri ini. >Timbalan Ketua Menteri, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata, industri kayu di negeri ini mengalami trend menurun sejak awal tahun ini, berikutan pandemik Covid-19. Menurutnya, antara inisiatif tersebut, pemain industri perlu menyusun semula rancangan tindakan mereka dengan memfokuskan pada produktiviti yang lebih tinggi.
KUALA LUMPUR / 23/11/2020
Kementerian Kerja Raya (KKR) dan Jabatan Kerja Raya (JKR) Sarawak selaku agensi penguasa bagi memastikan keselamatan dan keselesaan pengguna jalan raya khususnya di sepanjang kawasan pembinaan projek Lebuh Raya Pan Borneo Sarawak sentiasa membuat pemantauan berterusan. Timbalan Menteri Kerja Raya, Dato’ Eddin Syazlee berkata, ini termasuk pemeriksaan mengejut dan audit keselamatan jalan raya oleh pihak ketiga iaitu ibu pejabat JKR Malaysia yang diadakan mengikut keperluan dan aduan sekiranya ada, katanya menjawab pertanyaan lisan Ahli Parlimen Igan Ahmad Johnie Zawawi pada persidangan Dewan Rakyat di sini.
KUCHING / 19/11/2020
Sektor perniagaan di Australia Barat dan Sarawak digesa supaya bekerjasama dan menerokai bidang ekonomi utama untuk kepentingan kedua-dua belah pihak. Timbalan Ketua Menteri, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata, kerjasama itu penting untuk menerokai potensi perniagaan di Austrlia Barat dan Sarawak. Beliau berkata demikian semasa berucap bagi pihak Kerajaan Sarawak secara maya sempena pelancaran Laporan Kajian Pasaran Sarawak-Australia Barat, Perth, Australia hari ini.
BELAGA / 19/11/2020
Sejumlah RM1,419,160.34 diperuntukkan untuk membayar seramai 178 pemilik tanah yang terlibat dalam projek pembinaan dan naik taraf jalan di sini. Daripada jumlah itu, sebanyak 34 cek pampasan berjumlah RM267,449.90 diserahkan kepada 28 pemilik tanah terlibat dalam projek jalan masuk ke Uma Sambop Belaga. Seramai tiga penerima pampasan projek Jalan Bakun Bypass berjumlah RM27,540.20 dan sebanyak 160 cek pampasan berjumlah RM1,124,170.24 diserahkan kepada 150 pemilik tanah terlibat dalam projek naik taraf pembinaan Jalan Belaga ke Menjawah.
KUCHING / 18/11/2020
Syarikat multinasional yang dimiliki Western Digital, HGST Malaysia Sdn. Bhd. bercadang mahu membesarkan lojinya di estet perindustrian Sama Jaya di sini. Syarikat itu yang sudah beroperasi selama 25 tahun di Sama Jaya, memperuntukkan RM1 bilion untuk pembesaran loji. Cadangan syarikat milik rakyat Amerika itu membuktikan keyakinan mereka terhadap pucuk kepimpinan Sarawak meskipun berdepan situasi sukar sekarang.
KUCHING / 18/11/2020
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak mengucapkan terima kasih kepada Kerajaan Sarawak, JPBN Sarawak dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Sarawak dalam membantu penugasan semasa bencana. Pengarahnya, Khirudin Drahman berkata dengan adanya penyelarasan tugasan antara agensi penyelamat telah dapat membantu penugasan JBPM Sarawak dengan lebih berkesan dan sistematik dalam kerja-kerja membantu dan memindah mangsa dengan lebih mudah.
KUALA LUMPUR / 17/11/2020
Kerajaan Sarawak menghargai keikhlasan Kerajaan Perikatan Nasional (PN) dalam menghormati pendirian dan dasar yang dilaksanakan Sarawak untuk memperjuangkan hak-hak negeri. Ahli Parlimen Kota Samarahan, Rubiah Wang berkata, ia terserlah apabila Petronas akhirnya membayar Cukai Jualan Negeri Sarawak (SST) ke atas produk perlombongan petroleum dengan pembayaran sejumlah RM2.96 bilion tanpa perlu melibatkan pertikaian di mahkamah.
KUCHING / 15/11/2020
Bank Pembangunan Sarawak (DBOS) mengikuti garis panduan Bank Negara Malaysia, diberi kuasa untuk membiayai projek infrastruktur strategik negara. Sebagai menjawab kenyataan Presiden Parti Sarawak Bersatu (PSB) Dato Sri Wong Soon Koh baru-baru ini, DBOS dalam kenyataan medianya berkata, malah bank pembangunan itu mengamalkan amalan terbaik dalam operasinya. Sebagai institusi kewangan pembangunan, DBOS juga menjalankan operasi dan aktiviti seperti institusi kewangan lain
KUCHING / 13/11/2020
Kerajaan Gabungan Parti Sarawak (GPS) mengumumkan bonus pemberian bayaran insentif khas bersamaan sebulan setengah gaji pokok atau minima RM2,000 kepada semua pegawai Perkhidmatan Awam Negeri. Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata, pemberian insentif khas itu akan dibayar sebelum penghujung tahun ini. Katanya, pegawai perkhidmatan awam Persekutuan yang berkhidmat di negeri ini akan dibayar insentif secara one-off RM500 dalam suku pertama 2021, katanya semasa menggulung permbahasan pada persidangan Dewan Undangan Negeri di sini hari ini.
KUCHING / 13/11/2020
Siaran Langsung: Ucapan Penggulungan Ketua Menteri Sarawak Sempena Mesyuarat Kedua, Penggal Kelima Persidangan Dewan Undangan Negeri Sarawak Ke-18
KUCHING / 13/11/2020
Kerajaan negeri Sarawak akan memastikan semua rakyatnya beroleh akses kepada vaksin COVID-19. Menurut Timbalan Ketua Menterinya Datuk Amar Douglas Uggah, perkara itu telah diutarakan oleh Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg yang berjanji memperuntukkan dana apabila vaksin COVID-19 tersedia di negeri itu. Oleh itu kerajaan negeri menerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) menyahut seruan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam Sidang Kemuncak Asean-China ke-23 pada khamis untuk menjadikan Malaysia yang utama untuk menerima vaksin COVID-19," katanya.
KUCHING / 11/11/2020
Kerajaan perlu merancang pelan untuk membantu golongan yang hilang pekerja akibat Covid-19, di negeri ini. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) N.6 Tupong Fazzrudin Abdul Rahman berkata, satu sistem yang lebih kukuh perlu ditawarkan bagi mengenal pasti golongan siswazah atau pekerja mahir yang hilang pekerjaan. Contohnya, Latihan Peningkatan Graduan Sarawak (GETS) boleh diperluaskan, diperincikan dan menambah bilangan kuota supaya siswazah yang hilang pekerjaan boleh ditempatkan di syarikat swasta yang berdaya saing dalam industri terpilih," katanya.
KUCHING / 11/11/2020
Sarawak Energy dan Petroliam Nasional Berhad (PETRONAS) telah menjalinkan kerjasama menerusi Perjanjian Persefahaman (MoU) untuk menerokai pengeluaran komersial hidrogen hijau dan rantaian bekalannya di Asia. Dalam kenyataan media bersama Sarawak Energy dan PETRONAS, MoU itu menandakan usaha penting Sarawak untuk meningkatkan dan menceburkan diri dalam mengeksport hidrogen sebagai tenaga bagi memenuhi permintaan tenaga bersih global dan meletakkan sarawak sebagai pusat pengeluaran hidrogen terkemuka di Asia.
KUCHING / 10/11/2020
Sejumlah RM9.832 bilion dicadangkan dalam Bajet Sarawak 2021, yang terus menumpukan kepada pembangunan. Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata daripada jumlah ini, sejumlah RM6 bilion untuk digunakan dalam Akaun Dana Pembangunan bagi membiayai pelaksanaan pelbagai program dan projek pembangunan manakala RM3.832 bilion adalah untuk perbelanjaan operasi. Perbelanjaan operasi yang dicadangkan sebanyak RM3.832 bilion pada 2021 terdiri daripada RM874 juta atau 23 peratus untuk gaji kakitangan serta RM1.269 bilion atau 33 peratus untuk bekalan dan perkhidmatan.
KUCHING / 05/11/2020
YB Datuk Amar Haji Mohamad Asfia bin Awang Nassar hari ini mengangkat sumpah perlantikan semula sebagai Speaker Dewan Undangan Negeri Sarawak di hadapan Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Haji Abdul Taib bin Mahmud pada jam 11.00 pagi ini tadi. Turut hadir Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Zohari Tun Openg dan isteri, Datuk Amar Hajjah Juma'ani Tun Tuanku Haji Bujang.
MIRI / 04/11/2020
Kerajaan Sarawak menerusi Jabatan Hutan Sarawak melakar sejarah apabila melancarkan Unit Pengesanan Udara Sarawak (SADU) yang beroperasi berasaskan teknologi "remote sensing" menerusi penggunaan hiperspektral yang pertama seumpamanya di Malaysia. Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Dr Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg berkata, SADU telah diberi mandat oleh kerajaan negeri untuk membantu dalam membanteras aktiviti pembalakan haram di Sarawak sehingga sekarang.
KOTA SAMARAHAN / 03/11/2020
Pemilik Tanah Hak Adat (NCR) digesa supaya memberikan kerjasama sepenuhnya kepada Jabatan Tanah dan Survei Sarawak (JTSS) bagi memudahkan pelaksanaan proses pengukuran tanah. Timbalan Ketua Menteri, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata kerjasama itu bagi memastikan pengukuran tanah secara lot individu dilaksanakan dengan lancar. Antaranya termasuk mengenal pasti sempadan tanah dengan membuat rentisan yang jelas, tanah bebas daripada sebarang pertikaian sempadan dan tuntutan serta pemohon menghadirkan diri semasa pengukuran dilaksanakan,” katanya pada Majlis Penyerahan Hak Milik Tanah Seksyen 18 Kanun Tanah Negeri bahagian Kuching di sini, hari ini.
KUCHING / 02/11/2020
Pemilik Tanah Hak Adat (NCR) digesa supaya memberikan kerjasama sepenuhnya kepada Jabatan Tanah dan Survei Sarawak (JTSS) bagi memudahkan pelaksanaan proses pengukuran tanah. Timbalan Ketua Menteri, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata kerjasama itu bagi memastikan pengukuran tanah secara lot individu dilaksanakan dengan lancar. Antaranya termasuk mengenal pasti sempadan tanah dengan membuat rentisan yang jelas, tanah bebas daripada sebarang pertikaian sempadan dan tuntutan serta pemohon menghadirkan diri semasa pengukuran dilaksanakan,” katanya pada Majlis Penyerahan Hak Milik Tanah Seksyen 18 Kanun Tanah Negeri bahagian Kuching di sini, hari ini.
KUCHING / 01/11/2020
Projek pembinaan bangunan tambahan Hospital Miri telah diluluskan oleh Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri (UPE, JPM) di bawah Rancangan Boleh Pinda 1 (RP1), Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK-11) tahun 2016. Menteri Kanan Kerja Raya Datuk Seri Fadillah Yusof menegaskan dakwaan Setiausaha DAP Sarawak, Senator Alan Ling, kononnya projek berkenaan ialah projek yang dirancang untuk dilaksanakan Kerajaan Pakatan Harapan (PH) adalah pembohongan dan tidak berasas sama sekali.