OKTOBER 2020

Pajakan Perlombongan Dianugerah Kepada Petros

/ 31/10/2020

Kerajaan Sarawak akan mengukuhkan peranan Petroleum Sarawak Berhad (Petros) untuk menerajui peningkatan keterlibatan Sarawak dalam industri minyak dan gas terutamanya di sektor hiliran. Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata, usaha ini juga akan memberi fokus  ke arah mendapatkan bekalan gas asli yang mencukupi, untuk mendorong agenda pembangunan, di Sarawak. Oleh itu, katanya Kerajaan Sarawak melalui Petros akan memiliki hak kawal selia ke atas sumber minyak dan gas yang dihasilkan dari kawasan darat, memilih dan melantik kontraktor serta menjalinkan usaha dengan pelabur untuk meneroka dan menghasilkan minyak dan gas.

Sarawak Peruntuk RM12 Juta Untuk Bina Makmal Komputer Sekolah Rendah

/ 30/10/2020

Kerajaan Negeri memperuntukkan RM12 juta bagi menyediakan makmal komputer di 1,265 buah sekolah rendah seluruh negeri. Ketua Menteri Datuk Patinggi Dr Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg berkata, usaha itu adalah salah satu langkah negeri ini ke arah sistem pendidikan baharu. Kita akan memperuntukkan RM12 juta untuk pembinaan makmal komputer di 1,265 buah sekolah rendah di negeri ini," katanya.

Konvensyen Khas Parti Pesaka Bumiputera Bersatu Sarawak ( PBB ) Zon Selatan

/ 25/10/2020

YAB Ketua Menteri Sarawak merangkap Yang DiPertua Parti PBB Sarawak dan Pengerusi Gabungan Parti Sarawak ( GPS ) telah hadir merasmikan Konvensyen khas Parti PBB Sarawak peringakt Zon Selatan bersama isteri di BCCK. Bertemakan "Hak Sarawak Diutamakan, Pembangunan Diperkasakan" dihadiri oleh seramai 1,254 Perwakilan dari 26 Cawangan. Ketibaan YAB Abg Jo serta isteri disambut dengan persembahan kebudayaan dan tepukan gemuruh daripada Perwakilan.

Pusat Persembahan Kesenian Serba Canggih Bakal Dibina Di Kuching: Abg Jo

/ 25/10/2020

Bangunan Dewan Undangan Negeri (DUN) lama di sini akan diubahsuai untuk menjadi pusat persembahan kesenian serba canggih dengan kos RM200 juta, kata Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Haji Johari bin Tun Datuk Abang Haji Openg. Projek pengubahsuai tersebut akan dilaksanakan dalam RMK12 di mana pusat ini nanti akan dilengkapkan dengan peralatan yang canggih dan juga pentas besar dan pentas kecil, ujar beliau dalam ucapan perasmian bersempena program Muzikal Sarawak Harmoni di Dewan Santapan DUN.

Pelihara Hidupan Laut, Peruntukan RM70 Juta Dilulus Tanam Tukun Tiruan

/ 26/10/2020

Kerajaan Sarawak menerusi Jabatan Hutan Sarawak (SFC), mempergiatkan  usaha pemeliharaan dan pemuliharaan hidupan marin dengan melabuh 1,100 lagi unit tukun tiruan di perairan Sempadi-Tanjung Datu. Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata, selain dapat melindungi habitat pembiakan laut daripada ancaman aktiviti pukat tunda haram, ia juga mewujudkan habitat kawasan pembiakan hidupan laut.

Abg Jo Merasmikan Bangunan TVET Riam

/ 27/10/2020

Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Haji Johari Tun Abang Haji Openg petang tadi telah merasmikan Bangunan TVET Riam bertempat di Riam Institute of Technology di sini. Beliau telah menyerahkan cek bagi geran Kerajaan Negeri bernilai RM2.5 juta kepada pihak pengurusan institut sebagai bantuan kepada tabung pembinaannya. Turut hadir Menteri Pendidikan, Sains dan Penyelidikan Teknologi, Datuk Amar Michael Manyin ak. Jawong dan Menteri Pengangkutan, Datuk Lee Kim Shin.

Abg Jo Merasmikan Bangunan TVET Riam

/ 27/10/2020

Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Haji Johari Tun Abang Haji Openg petang tadi telah merasmikan Bangunan TVET Riam bertempat di Riam Institute of Technology di sini. Beliau telah menyerahkan cek bagi geran Kerajaan Negeri bernilai RM2.5 juta kepada pihak pengurusan institut sebagai bantuan kepada tabung pembinaannya. Turut hadir Menteri Pendidikan, Sains dan Penyelidikan Teknologi, Datuk Amar Michael Manyin ak. Jawong dan Menteri Pengangkutan, Datuk Lee Kim Shin.

Hospital Miri Diperbesarkan Dengan Kos RM289 Juta, Tambah 328 Katil

/ 27/10/2020

Kerja-kerja bagi projek pembesaran Hospital Miri dengan ongkos RM289.2 juta sudah bermula dan dijangka siap pada oktober 2023. Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Haji Johari telah melakukan upacara pecah tanah pagi ini dengan disaksikan oleh Menteri Kanan Kerja Raya, Dato Sri Fadhilah Haji Yusuf dan Menteri Kesihatan, Dato’ Sri Dr. Adham Baba. Projek tersebut yang dilaksanakan secara reka dan bina oleh Kontraktor Riaplus Sdn Bhd dengan tempoh selama 173 minggu telah bermula pada 25 Jun 2020.

A Milestone Achieved In Pursuit Of Hydrogen Economy

/ 23/10/2020

SEDC and its strategic partners from Japan today signed a tripartite MOU to explore the possibility of setting up a hydrogen plant in Bintulu. SEDC subsidiary, SEDC Energy Sdn. Bhd. inked the MOU with Sumitomo Corporation and Eneos Corporation, both from Japan during a ceremony partly held virtually via Zoom at a local hotel. The signing ceremony was witnessed by the Chief Minister, Datuk Patinggi Abang Haji Johari Tun Datuk Abang Haji Openg. 

BKSS Extended For Another Three Months

/ 23/10/2020

Following is Statement by Chief Minister Datuk Patinggi Abang Haji Johari Tun Datuk Abang Haji Openg on the extension (BKSS 4.0): BANTUAN KHAS SARAWAKKU SAYANG 4.0  (BKSS 4.0) EXTENDING SEVEN (7) BKSS MEASURES FROM OCTOBER UNTIL DECEMBER 2020 TO REDUCE COST OF LIVING AND COST OF DOING BUSINESS  Over the past six months, GPS Government had implemented BKSS 1.0, BKSS 2.0 and BKSS 3.0 worth RM2.55 billion and has benefitted about 3.08 million beneficiaries from various group such as the B40 groups, frontliners, transportation sector, tourism sector and businesses sector.

Anak Sarawak Harus Dipersiapkan Untuk Bersaing Di Peringkat Global

/ 21/10/2020

Anak muda Sarawak pada masa hadapan harus berupaya bersaing di peringkat global dan mereka hendaklah dipersiapkan mulai sekarang, kata Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Haji Johari bin Tun Datuk Abang Haji Openg. Oleh itu, Kerajaan Sarawak membuat keputussn untuk membina sekolah antarabangsa supaya pelajar yang cemerlang, khususnya anak petani dan nelayan diberi peluang untuk menimba ilmu bertaraf antarabangsa, kata beliau.

Stesen Pengisian Bersepadu Berjenama Petros Pertama Di Sarawak Dibina Di Kuching

/ 20/10/2020

Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Haji Johari Tun Datuk Abang Haji Openg petang tadi telah melakukan upacara pecah tanah bagi pembinaan stesen pengisian bersepadu pertama di Sarawak. Perkhidmatan stesen ini kelak yang terletak di Darul Hana, Petra Jaya akan meliputi pengisian bahan bakar konvensional, hidrogen dan pengecasan elektrik.  Stesen tersebut berjenama Petros adalah di bawah kelolaan SEDC Energy Sdn. Bhd., sebuah anak syarikat SEDC.

Kompleks UNIFOR Lambang Keikhlasan Kerajaan Terhadap Semua Agama

/ 20/10/2020

Persetujuan Kerajaan GPS  terhadap pembinaan Kompleks UNIFOR di sini mencerminkan keikhlasan Kerajaan Negeri untuk mempastikan semua agama, selain Islam mampu berkembang secara sihat, kata Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Haji Johari Tun Datuk Abang Haji Openg tengah hari tadi. Beliau menyatakan demikian dalam ucapan sempena melancarkan pembinaan kompleks UNIFOR di sebuah tapak di Jalan Ong Tiang Swee di sini.

Penghasilan Biogas Daripada Sisa Sagu

/ 19/10/2020

Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Haji Johari bin Tun Datuk Abang Haji Openg pagi tadi telah merasmikan majlis menandatangani memorandum kerjasama antara CRAUN Research Sdn Bhd dengan Knowledge Integration Services (Singapore) Pte Ltd dan Nitsei Sago Industries Sdn. Bhd. bagi projek pembangunan Model Penyaliran Biogas Termurni Daripada Sisa Cecair Sagu untuk kegunaan domestik.  Projek ini adalah kesinambungan kepada Projek Loji Rintis Rawatan Sisa Cecair Sagu yang telah dibangunkan  di Kampung Tabo, Mukah dan selaras dengan dasar kelestarian dan kebersihan alam sekitar yang menjadi keutamaan Kerajaan Sarawak.  Turut hadir Menteri Pendidikan, Sains dan Penyelidikan Teknologi, Datuk Amar Michael Manyin ak. Jawong dan Menteri Muda Dr. Annuar Rapa’ee.

YAB Ketua Menteri Menerima 2 Kunjungan Hormat

/ 15/10/2020

Kunjungan hormat pertama oleh Ahli Lembaga Pengurusan Pustaka Negeri Sarawak yang diketuai YBhg Tan Sri Datuk Amar Haji Hamid Bugo, Pengerusi Ahli Lembaga Pengurusan Pustaka Negeri Sarawak. Ianya bertujuan untuk memberi taklimat berhubung Majlis Pembukaan Rasmi Pustaka, Sibu.  Turut hadir adalah ahli-ahli Lembaga Pengarah Pengurusan Pustaka Negeri Sarawak, dari kiri foto, Haji Japri Bujang Masli, Datu Haji Ismail Hanis, Datu William Patrick Nyigor, Dr Rashidah Haji Bolhassan, Tan Sri Datuk Amar Dr  Haji Hamid Bugo, dari kanan foto, Dr Rita Manurung, Prof. Dr Shahren Ahmad Zaidi Adruce, Datu Laura Lee Ngien Hion, YB Ir Lo Khere Chiang.

Sarawak Perketat Kawalan Sempadan Dengan Sabah, Kalimantan

/ 15/10/2020

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak dalam mesyuaratnya hari ini, memutuskan untuk mengetatkan lagi kawalan sempadan daratnya dengan Sabah, memandangkan bilangan kes COVID-19 yang semakin meningkat terutamanya di negeri jiran itu. Pergerakan ke Sabah melalui sempadan Merapok, pekan paling utara Sarawak, dan Sindumin, pekan paling selatan Sabah, perlu diperketatkan lagi, kata Timbalan Ketua Menteri merangkap pengerusi JPBNS Datuk Amar Douglas Uggah Embas.

Abg Jo Opens First VR Park In Borneo

/ 13/10/2020

Chief Minister, Datuk Patinggi Abang Haji Johari Tun Abang Haji Openg yesterday officially launched the first virtual park in sarawak and the first of its kind in Borneo, here.  The park is developed by Serba Dinamik, Sarawak’s very own international engineering and solutions provider at a cost of RM13 million primarily in support of Sarawak’s digital economy agenda as advocated by the Chief Minister.   Known as D-Virtual Park, it is a Virtual Reality Park developed by the company to offer futuristic, immersive and high-tech gaming experience.

TVS Hadiah Untuk Rakyat Sarawak

/ 11/10/2020

Kemunculan TV Sarawak (TVS) akan memartabatkan negeri Sarawak sekali gus memperkasakan di persada nasional dan antarabangsa melalui platform penyiaran. Sehubungan itu, Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg yakin TVS akan mempermudahkan usaha ini. TVS mula menyiarkan program pertama pada 10 Oktober sempena sambutan Ulang Tahun Ke-84, Yang di-Pertua Negeri , Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud," katanya. Beliau berkata demikian pada Majlis Pelancaran TVS di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK), di sini malam ini.

Sambutan Ulang Tahun Ke-84 TYT di Dataran DUN

/ 10/10/2020

Yang di-Pertua Negeri Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud pagi tadi memeriksa Kawalan Kehormatan Utama (KKU) sempena Sambutan Ulang Tahun Ke-84 beliau di Dataran Dewan Undangan Negeri (DUN), Sarawak, di sini. KKU  terdiri daripada seramai 103 anggota lain-lain pangkat dan tiga pegawai dari Batalion Ke-13 Rejimen Askar Melayu Diraja yang diketuai Mejar Mohd Safiq Jamaluddin. KKU ini diiringi pancaragam gabungan 1 Division Infantri Malaysia dengan kekuatan seramai 50 anggota dan diketuai Pegawai Waran II Mohamad Suffian Abdullah.

Abg Jo Saksikan Istiadat Pergurniaan Darjah-Darjah Kebesaran Negeri Sarawak

/ 10/10/2020

Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud dan isteri, Yang Amat Berbahagia, Toh Puan Datuk Patinggi Hajjah Raghad Kurdi Taib hadir menyempurnakan Istiadat Pengurniaan Darjah -Darjah Kebesaran Negeri Sarawak di Dewan Lapau, Dewan Undangan Negeri Sarawak pagi ini.  Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Zohari Tun Openg beserta isteri, Yang Amat Berbahagia, Datuk Amar Juma'ani Tun Tuanku Haji Bujang turut hadir menyaksikan majlis istiadat berkenaan. 

Sarawak Sasar Wujud 1 Juta Hektar Kawasan Lindungan Sepenuhnya

/ 08/10/2020

Kerajaan Negeri berhasrat mencapai 4.5 juta hektar hutan untuk dikeluarkan sijil pengesahan unit pengurusan hutan setelah berjaya mengeluarkan sijil pengesahan ke atas 1.3 juta hektar hutan pada 2017. Timbalan Ketua Menteri, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata, pengeluaran sijil pengesahan unit pengurusan hutan adalah mandatori untuk memastikan kawasan pembalakan dalam jangka masa panjang. Menjelang 2022 semua kawasan pembalakan dalam jangka masa panjang harus memiliki sijil pengesahan, katanya pada majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang dan Apresiasi Warga Kementerian Pembangunan Bandar dan Sumber Asli di sini.

Opening Address and Official Launching of IDECS 2020

/ 07/10/2020

Opening Address and Official Launching of IDECS 2020 “Data and Innovation in Accelerating Social and Economic Prosperity” By YAB Datuk Patinggi (Dr) Abang Haji Abdul Rahman Zohari bin Tun Datuk Abang Haji Openg Chief Minister of Sarawak 10am, Wednesday 7th October 2020 Borneo Convention Centre  Opening  1.1 A very warm welcome to you all today to the 4th International Digital Economy Conference Sarawak (IDECS). 1.3 I would like to thank everyone, delegates and participants for either physically or virtually attending and supporting this conference.

Sumber Empangan Hidroelektrik Jana Pendapatan Negeri

/ 05/10/2020

Kerajaan Sarawak akan menjadikan sumber air dari Empangan Hidroelektrik (HEP) yang ada untuk membangunkan beberapa produk yang berpotensi untuk menyumbang kepada pendapatan negeri ini. Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata, HEP bukan sahaja menghasilkan tenaga kuasa elektrik sahaja, malah kuasa hidrogen yang boleh dipasarkan. >Menurutnya, terdapat sebuah syarikat dari luar negara yang ingin melabur dalam menghasilkan kuasa hidrogen, dan negara terbabit juga bersedia menjadi pembeli kuasa hidrogen tersebut.

Keindahan Kapit Tarikan Penggambaran Drama

/ 05/10/2020

Jika negara Korea popular dengan keindahan Sonata, bahagian Kapit pula mempunyai banyak pemandangan indah dan berpotensi untuk dibangunkan untuk pelancongan. Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata, pemandangan berbukit bukau yang indah di sepanjang Song ke Kapit amat menakjubkan. “Kalau kita buat drama dengan berlatar belakang pemandangan Kapit, ramai orang akan datang. Saya melihat kapit mempunyai banyak potensi pelancongan,” katanya.

Kapit Will Have New Market, Heritage Centre

/ 05/10/2020

Chief Minister Datuk Patinggi Abang Haji Abdul Rahman Zohari today today approved a total of RM73 million for two development projects in Kapit town.  Speaking at the official opening of the RM3 million Kapit town square, he said the Sarawak Government was quite financially strong and  capable of further developing the town for the benefit of the people.  The RM3. 16 billion sales tax income paid by petronas and other oil and gas companies had enabled Sarawak to be developed further, he pointed out.

TV Sarawak Mula Bersiaran 10 Oktober

/ 03/10/2020

TV Sarawak akan mula bersiaran pada 10 Oktober ini bersempena perayaan Hari Lahir ke-84 TYT Yang di-Pertua Negeri, Pehin Sri Haji Abdul Taib Mamhud, umum Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Haji Johari Tun Abang Haji Openg di sini petang tadi. pelancaran TV Sarawak akan dilakukan oleh Yang di-Pertua Negeri Sarawak pada keesokan harinya, kata Datuk Patinggi Abang Haji Johari dalam ucapan perasmian Konvensyen Khas PBB Zon Sibu di sini.