DISEMBER 2020

Perutusan Hari Krismas 2020 Dan Tahun Baru 2021

/ 24/12/2020

First let me extend a very warm Christmas greetings to all our Christian friends. On behalf of my family I would like to wish all our Christians friends, a happy and merry Christmas, and a happy new year 2021 to all Sarawakians. It is the time of the year again that Christians look forward to with full of hope. But as with other celebrations before this, it is a bit sad that our Christian friends would not be able to celebrate Christmas as they used to due to restrictions during this time of COVID-19.

Lawatan Datuk Amar Hajjah Juma'Ani Tun Tuanku Haji Bujang Ke One-Stop Early Intervention Center ( OSEIC ) Sarawak

/ 24/12/2020

YBhg Datuk Amar Juma'ani telah mengadakan lawatan ke OSEIC bertempat di Metro City, Matang. Semasa lawatan, Datuk Amar Juma'ani telah diberi taklimat oleh Menteri Kebajikan, Kesejahteraan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kanak- Kanak ( KKKWKP ) YB Dato Sri Hajah Fatimah Abdullah. OSEIC diwujudkan oleh Kementerian KKKWKP melalui Jawatankuasa Penasihat OSEIC dan pengoperasian oleh Persatuan Ibu Bapa Kanak-Kanak Berkeperluan Khas ( PIBAKAT). Pada peringkat awal Penubuhan OSEIC, pihak PETRONAS di bawah Program CSR mereka telah meluluskan peruntukkan sebanyak RM4 Juta.

Sarawak Harus Melabur Dalam Program Restorasi Hutan: Abg Jo

/ 23/12/2020

Negeri Sarawak harus melabur ke dalam program untuk merestorasikan hutan di Negeri ini setelah berdekad industri balak memberikan pulangan utama kepada hasil Negeri Sarawak, kata Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Haji Johari Tun Datuk Abang Haji Openg hari ini, di sini. Beliau menjelaskan hasil hutan Sarawak bukanlah yang terbesar lagi ekoran usaha kerajaan negeri untuk melebarkan asas kutipan hasilnya dengan memperkenalkan sumber hasil baharu.

Abg Jo Hadiri Majlis Simbolik Penyerahan Bantuan Khas Sarawakku Sayang

/ 23/12/2020

Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Jo hadir ke majlis simbolik penyerahan Bantuan Khas Sarawakku Sayang yang bertempat di Majma Mall Kuching petang ini tadi. Dalam ucapan ringkasnya, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata Kerajaan Sarawak memutuskan untuk memberi vaksin Covid-19 secara percuma kepada rakyatnya. Kos untuk mendapatkan dua dos vaksin ialah RM77.

Majlis Menandatangani Memorandum Perjanjian Penyerahan Ma'had Tahfiz Tun Abdul Rahman Yakub ( MATTARY)

/ 22/12/2020

Ketua Menteri Sarawak merangkap Pengerusi LAKMNS, YAB Datuk Patinggi Abg Johari Tun Abg Openg telah hadir menyasikan majlis tersebut diatas bertempat di Kompleks Pusat Pengajian Al-Quran Tun Abdul Rahman Yakub ( PATTARY), Petra Jaya. Memorandum Perjanjian tersebut ditandatangani oleh wakil LAKMNS, Setiausaha Kehormat, Tan Sri Datuk Amar Haji Bujang bin Mohd Nor dan Ahli Lembaga, Encik Drahman bin Jaladin manakala MIS pula diwakili oleh Yang Di-Pertua MIS , Datu Haji Misnu bin Taha dan Mufti Negeri Sarawak, Datu Haji Kipli bin Haji Yassin.

SEVVA Towards High Performance Culture

/ 21/12/2020

Chief Minister, Datuk Patinggi Abang Haji Johari Tun Datuk Abang Haji Openg this morning officiated at the inaugural Sarawak Energy Vendors Apraisal Award (SEVVA) at BCCK, here. SEVVA is primarily an exercise to recognise Sarawak Energy’s vendors for excellence in contract delivery with the ultimate aim of cultivating the high performance culture. The awards recipients were evaluated for their performance in health, safety & environmental excellence (HSSE), quality of works, delivery of services and integrity in the categories of ‘Best Works’; ‘Best Supplier’; ‘Best Service’; ‘Best

Tambang Bas RM1 Diteruskan Pada Tahun Depan

/ 19/12/2020

Susulan sambutan yang menggalakkan, Kerajaan Negeri Sarawak akan meneruskan kadar rata tambang bas RM1 pada tahun 2021. Menteri Pengangkutan, Datuk Lee Kim Shin berkata, sejak dilaksanakan pada Mei lalu, semakin ramai orang awam menggunakan bas sebagai pengangkutan harian mereka. Inisiatif Kerajaan Sarawak ini bertujuan menggalakkan lebih banyak orang ramai menggunakan pengangkutan awam bas dan secara tidak langsung mengurangkan jumlah kenderaan persendirian di atas jalan raya.

Abg Jo Rasmi Waterfront Dan Bazaarnita Dalat

/ 19/12/2020

Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg telah disambut meriah oleh rakyat Dalat kerana begitu teruja dengan kehadiran beliau untuk merasmikan Waterfront Dalat yang dinanti- nantikan oleh seantero warga Dalat hari ini. Sejurus ketibaan Datuk Patinggi Abang Jo telah disambut oleh tarian masyarakat pelbagai kaum yang terdapat di Sarawak.

Majlis Makan Malam Kejiranan Mesra ( KJM ) DBKU 2020

/ 18/12/2020

YAB Ketua Menteri Sarawak terlebih dahulu menggucapkan tahniah kpd pihak DBKU dan 50 buah KJM kerana sentiasa  merapatkan kemesran dikalangan Masyarakat dalam kawasan DBKU. YAB Abg Jo juga mengucapkan tahniah kepada DBKU dan Komuniti dapat mengawal merebaknya C19. YAB juga menekan keperluan pembesaran kampung di dalam Petra Jaya secara berstruktur. Pembinaan rumah diatas lot yang telah dikenalpasti akan dibina pasarana terlebih dahulu dibawah tanggungan Kerajaan GPS. Rumah akan dibina  dengan pembiayaan dari Mutiara Mortgage Sdn Bhd dengan hanya mengenakan kadar interest serendah 1%. sahaja bagi B40.

Abg Jo Serahkan Insentif

/ 16/12/2020

Kerajaan Negeri Sarawak memberi insentif kepada dua murid Tahun Lima Sekolah Kebangsaan Temong yang berjaya menggondol anugerah 'Best Film By Popular Jury' di Festival de Cinema Escola de Alvorada (Fecea) atau Festival Filem Sekolah-Sekolah Antarabangsa Alvorada baru-baru ini. Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Zohari Tun Openg telah menyerahkan insentif berkenaan di pejabatnya petang ini tadi.

Sarawak Mencontohi Estonia, Korea Selatan

/ 16/12/2020

Sarawak patut mencontohi Estonia dan Korea Selatan dalam usaha mengejar impian untuk menjadi sebuah negeri maju berpendapatan tinggi menjelang 2030, kata Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Haji Johari Tun Datuk Abang Haji Openg. Estonia adalah bekas sebuah wilayah Rusia yang telah menjalani transformasi menjadi sebuah ekonomi berpaksikan teknologi digital terunggul di Eropah daripada sebuah ekonomi mundur, ujar Datuk Patinggi.

Ketua Menteri Abg Jo Meninjau Masjid At Taqwa, Menunai Solat

/ 15/12/2020

Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Haji Johari Tun Abang Haji Openg dalam lawatan singkat ke kota peranginan ini berkesempatan mengadakan lawatan ke Masjid At Taqwa untuk meninjau sekitar masjid dan kemudian menunaikan solat bersama masyarakat setempat. Pagi tadi beliau telah melaku upacara pecah tanah bagi bangunan ibu pejabat Persekutuan Persatuan-Persatuan Orang Ulu (FORUM) di Jalan Padang Kerbau di sini.

Sarawak Well-Positioned Towards Developed Status by 2030: CM Abg Jo

/ 15/12/2020

Chief Minister, Datuk Patinggi Abang Haji Johari Tun Abang Haji Openg today said Sarawak was well-positioned  to be a developed state by the year 2030 and beyond with its long term planning, structured approach and stable sosio-economic ecosystem. Citing its digital economy initiative, he said Sarawak had proven itself to be ahead of other states particularly in the use of digital applications to manage COVID-19.

Ketua Menteri Merasmikan Hari Ulang Tahun Ke-24 Majlis Perbandaran Padawan Dan Pelancaran "The Last Ring Ladies Mural"

/ 14/12/2020

Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Jo merasmikan Hari Ulang Tahun ke-24 Majlis Perbandaran Padawan dan Pelancaran "The Last Ring Ladies Mural" bertempat di Perkarangan Tempat Letak Kereta Kota Padawan Mall (Batu 10) pagi ini tadi. Dalam ucapannya, Ketua Menteri menegaskan, terdapat tiga (3) bidang utama yang boleh diterokai khususnya di kawasan Majlis Perbandaran Padawan ini adalah: -

Ketua Menteri Lancar Pembinaan Wisma Melayu

/ 10/12/2020

Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Haji Johari Tun Abang Haji Openg pagi ini telah menyempurnakan majlis pecah tanah bagi pembinaan Wisma Melayu di Jalan Diplomatik, Petra Jaya. Dalam ucapan perasmian, beliau menyatakan bangunan berupa tengkolok tersebut apabila siap kelak melambangkan perpaduan dan semangat kaum Melayu di Sarawak dalam usaha mengejar pembangunan seiring dengan kaum-kaum lain di negeri ini.

Pemilikan Tanah Orang Melayu Terjamin

/ 10/12/2020

Kerajaan pimpinan Gabungan Parti Sarawak (GPS) sentiasa mengiktiraf dan mempertahankan hak orang Melayu ke atas tanah seperti mempertahankan hak dan kepentingan kaum Bumiputera lain terhadap Hak Tanah Adat Bumiputera (NCR). Timbalan Ketua Menteri, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata, pengukuran dan pengeluaran surat hak milik tanah NCR dilaksanakan sejak tahun 1960-an khususnya melalui Operasi Penyelesaian dan Program Pengukuran Kampung Tradisional selaras dengan peruntukan dalam Kanun Tanah Negeri Bab 81.

Majlis Sambutan 10 Tahun MATTARY

/ 09/12/2020

Dalam ucapan Perasmian, YAB Abg Jo, terlebih dahulu, merakamkan ucapan terima kasih kepada pihak Lembaga Amanah Kebajikan Masjid Negeri Sarawak yang telah menjemputnya untuk sama-sama meraikan ulang tahun ke-10 Mattary dan menggucapkan tahniah dan syabas di atas segala usaha dan pencapaian yang telah dilakar sepanjang 10 tahun ini. YAB Abg Jo mengatakan bahawa kewujudan begitu banyak institusi tahfiz di Sarawak kini telah membuka lebih ruang dan peluang kepada masyarakat untuk menghafaz al-quran. Program pengajian tahfiz Al-quran yang ditawarkan di setiap institusi tahfiz adalah berbeza-beza dari segi kurikulum, pendekatan dan pengurusannya.

Kerajaan Sarawak, Petronas Bekerjasama Kukuhkan Industri Minyak, Gas

/ 07/12/2020

Kerajaan Negeri Sarawak dan Petronas hari ini mengumumkan berakhirnya rundingan yang diuruskan oleh Kementerian Kewangan mengenai penyelesaian komersial selepas mengetepikan perbalahan mengenai Cukai Jualan Negeri (SST) ke atas produk petroliam dan perkara berkaitan minyak dan gas. Dalam kenyataan bersama, Kerajaan Sarawak dan Petronas di sini, persetujuan (Perjanjian) Penyelesaian Komersial itu yang ditandatangani pada 7 Disember, 2020,  dengan disaksikan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg, antara lain membolehkan Sarawak mendapat perkongsian hasil lebih besar daripada minyak dan gas di negeri ini.

Termeterai Sudah Perjanjian Penyelesaian Komersil Antara Sarawak, Petronas - Satu Lagi Kejayaan Kerajaan GPS

/ 07/12/2020

Termeterai sudah perjanjian bersejarah antara Kerajaan Sarawak dan PETRONAS melalui Perjanjian Penyelesaian Komersil (CSA) yang ditandatangani di Ibu Negara antara kedua-kedua pihak pagi ini. Kerajaan Sarawak diwakili Setiausaha Kerajaan Sarawak, Datuk Amar Jaul Samion sementara PETRONAS oleh Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif PETRONAS, Tengku Muhammad Taufik. Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Haji Yassin dan Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Haji Johari Tun Abang Haji Openg hadir untuk menyaksikan upacara tersebut.

Sarawak, Petronas Meterai Perjanjian Bersejarah Esok

/ 06/12/2020

Esok Sarawak akan menempa satu lagi sejarah dengan termetrainya perjanjian antara Kerajaan Sarawak dan PETRONAS yang bakal menyaksikan Sarawak terlibat secara aktif dalam industri minyak dan gas melalui PETROS dan mendapat pulangan yang lebih adil daripada sumber minyak dan gasnya. Sebentar tadi Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Haji Johari Tun Abang Haji Openg telah berkesempatan untuk hadir di sesi taklimat mengenai butir-butir Commercial Settlement Agreement (CSA) kepada ahli-ahli parlimen GPS yang telah disampaikan Penasihat Undang-Undang Negeri, Dato Sri J. C. Fong.

Majlis Makan Malam Sarawak Music & Fashion Galore 2020

/ 05/12/2020

YAB Ketua Menteri dan isteri telah hadir ke Majlis Makan Malam tersebut disambut dengan penuh acara tradisi dan meriah serta persembahan nyanyian, kebudayaan dan fesyen. Dalam ucapan, YAB Abg Jo mengucapkan tahniah dan syabas kepada Persatuan Penggiat Seni Dan Kebudayaan Malaysia Kuching (MACPA) dengan kerjasama dan sokongan Kementerian Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Sarawak yang telah berjaya menganjurkan Majlis Sarawak Music & Fashion Galore 2020.

Abg Jo Rasmi Sambutan Hari Belia Peringkat Negeri Sarawak 2020

/ 05/12/2020

Bertemakan "Belia Pemacu Transformasi Digital Sarawak" Sambutan Hari Belia 2020 telah berlangsung bertempat di Kompleks Sukan Asajaya, Samarahan pagi ini tadi. Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Zohari Tun Openg menunggang sendiri motosikalnya telah tiba di Kompleks Sukan Asajaya kira-kira pada jam 10.10 pagi telah disambut meriah oleh seluruh warga belia khasnya di kawasan Asajaya bagi bersama -sama meraikan Sambutan Hari Belia Peringkat Negeri Sarawak 2020.

Tugu Pahlawan Dibina, Memperingati Pejuang Kemerdekaan

/ 04/12/2020

Tugu Pahlawan Sibu, Rosli Dhoby akan dibina di Dataran Tun Tuanku Bujang Fasa II. Tugu tersebut dibina bagi mengenang sejarah pejuang kemerdekaan Sarawak, Rosli Dhoby bersama-sama tiga rakannya. Tugu setinggi 30 meter itu dibina dengan kos RM700,000. Penguasa Jabatan Tanah dan Survei (JTS) Sibu, Kiu Chiong Chong menyerahkan tapak Tugu Pahlawan Sibu kepada Pengerusi Majlis Perbandaran Sibu (MPS), Clarence Ting.

Muzik “Midang Midang” Mengagumkan, Tahniah Anak Sarawak

/ 03/12/2020

Menteri Pelancongan, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah menzahirkan ucapan tahniah kepada Alena Murang dan rakan sepasukannya, yang memenangi kategori anugerah muzik video "Gaya Terbaik", di Festival Video Muzik Buenos Aires 2020 (BAMVFEST20) di Argentina, baru-baru ini. Katanya, pencapaian untuk video muzik "Midang Midang" ini mengagumkan, kerana mempamerkan kepelbagaian identiti budaya Sarawak menerusi gaya, motif dan reka bentuk fesyen yang terdapat di Bumi Kenyalang.

Penyelesaian Komersial Sarawak, Petronas Ditandatangani 7 Disember

/ 03/12/2020

Kerajaan Sarawak dan Petrolium Nasional Berhad (Petronas) bersetuju dengan terma Penyelesaian Komersial selepas berbincang secara mendalam antara Kerajaan Sarawak, Kementerian Kewangan dan Petronas hari ini. Pengerusi Jawatankuasa Perundingan Negeri merangkap Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN), Datuk Amar Mohd. Asfia Awang Nassar berkata, Jawatankuasa Perundingan pada mesyuarat hari ini dinyatakan mengenai skop, bahagian dan terma penting Penyelesaian Komersial berkenaan dan faedah besar yang akan dikecapi oleh Negeri Sarawak hasil daripada perjanjian itu.

Abg Jo Lancar LPG PETROS

/ 02/12/2020

Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Haji Johari Tun Abang Haji Openg petang tadi telah melancarkan LPG PETROS (Gas Cecair Petroleum) pada majlis yang amat bersejarah lagi bermakna di Kubah Ria Baharu di Petra Jaya. LPG PETROS dalam tong berwarna merah dengan logo PETROS, iaitu syarikat minyak dan gas negeri Sarawak yang ditubuhkan pada 2018. Tong LPG seberat 14 kg untuk kegunaan domestik dijual dengan harga RM26.60 mulai tahun hadapan.

Four Basic State Rights Non-Negotiable: CM Reiterates

/ 02/12/2020

Chief Minister, Datuk Patinggi Abang Haji Johari Tun Datuk Abang Haji Openg today reiterated that the four matters accorded to the State as its fundamental rights under the Malaysia Agreement 1963 (MA63) and the Federal Constitution are non-negotiable. He said this in his address during the first Meeting of the Special Council on MA63 via video conference that was chaired by Prime Minister, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

MRP, RTP Diteruskan Melalui Pimpinan Kerajaan GPS

/ 02/12/2020

Projek Kecil Luar Bandar (MRP) dan Projek Transformasi Luar Bandar (RTP) terus dilaksanakan, selagi Kerajaan Gabungan Parti Sarawak (GPS), pimpinan Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg memerintah, negeri ini. Timbalan Ketua Menteri, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata, program yang diperkenalkan mantan Ketua Menteri, Allahyarham Pehin Sri Adenan Satem itu merupakan program berterusan.

Empat Perkara Tidak Boleh Dirundingkan – Abang Johari

/ 02/12/2020

Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata, empat perkara yang diberi hak muktlak kepada Negeri Sarawak di bawah Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) dan Perlembagaan Persekutuan tidak boleh dirundingkan. Beliau berkata demikian pada Mesyuarat Majlis Khas MA63 pertama melalui persidangan video yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Pusat Pemprosesan Dibina, Pasarkan Produk Tani

/ 01/12/2020

Kerajaan Sarawak memperuntukkan lebih RM8.2 juta untuk membantu petani, penternak termasuk nelayan meningkatkan hasil pendapatan mereka. Timbalan Ketua Menteri, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata, di kawasan Trusan sahaja, kerajaan menyediakan peruntukan sebanyak RM1.7 juta untuk golongan tersebut. Gunakan peruntukan yang disediakan ini untuk meningkatkan hasil pendapatan yang merupakan sumber rezeki kepada golongan ini,” katanya semasa Program Jangkauan Pengembangan Komuniti Pertanian (AgriCOP), di sini hari ini.