OKTOBER 2019

Lepasan Centexs Rebutan Syarikat Antarabangsa

/ 31/10/2019

Lepasan Centexs yang bekerja di luar negara mampu menikmati gaji minimum ASD2,500 sebulan atau RM10,465. Ketua Pegawai Eksekutif Centexs Syeed Mohd Hussien Wan Abdul Rahman berkata, anak-anak Sarawak yang menjalani latihan kemahiran di institusi berkenaan mendapat permintaan tinggi dalam pasaran pekerjaan luar negara dengan tawaran bayaran gaji yang lumayan.

109 Unit Rumah PPRMS 2018 DUN Tanjong Datu Berjaya Disiapkan

/ 30/10/2019

Projek Penambahbaikan Rumah Miskin Sarawak (PPRMS) 2018 bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjong Datu telah siap sepenuhnya. Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjong Datu, Datuk Amar Hajah Jamilah Hj Anu sebanyak 109 unit rumah telah dibaik pulih dengan kos sebanyak RM1 juta. “Sebanyak 109 unit rumah PPRMS DUN Tanjong Datu telah disiapkan meliputi 3 Zon di Tanjong Datu iaitu Zon Sampadi, Lundu dan Sematan.

Bajet Negeri 2020: Berita Baik Untuk Rakyat, Kakitangan Awam

/ 29/10/2019

Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg memberitahu banyak berita baik akan diumumkan buat kakitangan awam dan rakyat negeri ini, pada pembentangan Bajet Negeri 2020, 4 November ini. “Saya akan mengumumkan berita baik buat kakitangan awam semasa pembentangan Bajet Negeri, Isnin depan,” katanya semasa berucap pada majlis Perhimpunan Ketua Menteri Bersama Warga Agensi-Agensi Islam Negeri di Dewan Kompleks Islam, hari ini.

Anak Iban Ke Paralimpik Tokyo 2020

/ 29/10/2019

Atlet kelahiran Sarawak berbangsa Iban, Wiro Julin berjaya menempah nama ke slot Sukan Paralimpik di Tokyo pada tahun hadapan bagi acara memanah. Berasal dari Kampung Peraya, Padawan Kuching, anak sulung daripada 4 adik beradik ini yang tidak sampai dua tahun menyertai skuad kebangsaan telah muncul sebagai pemanah kedua untuk ke Tokyo selepas mara ke final acara compound individu dalam Kejohanan Memanah Para Asia di Bangkok, Thailand, Khamis lalu.

Abg Jo Pesan Jaga Sarawak Kita Tok

/ 26/10/2019

Di sebalik kesibukan Ketua Menteri menghadiri kunjungan sempena Deepavali hari ini, Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Abang Joe berkesempatan hadiri Majlis Penangguhan Fiesta Satok 3.0 bertempat di Dewan Masyarakat Sungai Maong petang ini tadi. Majlis penangguhan petang ini yang dihadiri kira -kira 600 orang tersebut dimulakan dengan tarian selamat datang yang dipersembahkan dari Kumpulan Tarian Sungai Maong.

Majlis "Eye Dotting" Bagi International Dragon Boat Regatta 2019 Telah Disempurnakan Oleh Ketua Menteri Sarawak

/ 26/10/2019

Majlis "Eye Dotting" bagi International Dragon Boat Regatta 2019 telah disempurnakan oleh Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi Abang Zohari Openg pagi ini tadi. Acara perasmian telah dilakukan oleh Ketua Menteri dengan "eye dotting" serta melepaskan belon seterusnya YAB Ketua Menteri berkesempatan melawat gerai dan pameran kesenian yang berlansung di Tebingan Kuching pagi ini.

Warisan Terus Dipertahan, Bawa Ke Persidangan DUN - Abg Johari

/ 26/10/2019

Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) akan datang bakal menyaksikan beberapa peruntukan berkaitan warisan akan ditambah baik. Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata, langkah itu penting sebagai usaha untuk mempertahankan warisan di Sarawak. "Ia bukan sahaja melibatkan usaha mempertahankan bangunan atau struktur tetapi turut merangkumi budaya masyarakat," katanya ketika berucap merasmikan Penangguhan Temasya Warisan Old Kuching Smart Heritage (OKSHE) 2019 di sini, petang ini.

Masing: No Such Thing As Citizenship ‘Social Contract’ In Sarawak

/ 24/10/2019

Deputy Chief Minister Tan Sri Dr James Masing argued that the conception of “social contract” (with the Malays as basis for other races to receive citizenship) has nothing to do with Sarawak. “It does not affect Sarawak as it was applicable back in 1957, which was the pre-Malaysia era. “It was just an understanding like an MoU (memorandum of understanding) to say ‘you scratch my back, I scratch your back’ among those people in Malaya. It has nothing to do with us (Sarawak),” he said.

Persidangan DUN Sarawak 4-13 Nov Belanjawan Sarawak 2020, Tiga RUU Baharu Dibentang

/ 24/10/2019

Sebanyak enam Rang Undang-undang (RUU) akan dibentangkan pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak yang akan bermula pada 4-13 November ini. Speaker DUN Datuk Amar Mohd Asfia Awang Nassar berkata, daripada jumlah tersebut tiga adalah rang undang-undang baharu iaitu RUU Strata (Gelaran Sampingan) 2019, RUU Pengurusan Strata 2019 dan RUU Warisan Sarawak 2019.

Anak Sarawak Jadi Duta Besar Malaysia Ke Peru

/ 24/10/2019

Duta Besar Malaysia ke Peru yang baharu dilantik, Fenny Nuli akan berusaha meneroka lebih banyak peluang mempromosikan Malaysia dan negeri kelahirannya, Sarawak di negara Amerika Latin berkenaan, terutama di dalam bidang pelancongan. Anak jati Sarawak dari etnik Iban itu berkata ini akan menjadi sebahagian daripada usahanya untuk menggalakkan lagi perdagangan dua hala antara kedua-dua negara, yang kini berjumlah kira-kira RM300 juta.

1,866 Pemain Dari 19 Negara Berkampung Di Kuching

/ 23/10/2019

Seramai 1,866 pemain akan beradu nasib memburu kejuaraan pada Kejohanan Badminton Master Dunia Ke-26 pada 31 Oktober ini hingga 3 November depan di bandaraya ini. Dengan Malaysia selaku tuan rumah menyenaraikan paling ramai pemain iaitu 780 orang. Sementara, China (645 orang), Taiwan (135 orang), Indonesia (85 orang), Hong Kong (50 orang), Singapura (45 orang), Australia (32 orang), Thailand (26 orang), Brunei Darussalam (23 orang), Jepun (8 orang), Korea Selatan (9 orang) Amerika Syarikat (6 orang), Kanada (5 orang), New Zealand (5 orang), Sri Lanka (4 orang), United Kingdom (3 orang), Macau (3 orang) selain Jerman dan Afrika Selatan masing-masing menyenaraikan seorang pemain.

Proposed Swak Airline Not Into Buying Aircrafts, Adopts Different Business Model

/ 20/10/2019

The State Government’s proposal to set up an airline service to increase air connectivity to Sarawak would not involve any purchase of aircrafts, Chief Minister Datuk Patinggi Abang Haji Zohari said, here, today. The Chief Minister said this in his speech when officiating at the closing of Sarawak Civil Service High Performance (HPT) Retreat, here.

Abg Jo Mahu Sarawak Ditadbir Dengan Acuan Sendiri

/ 20/10/2019

Majlis Makan Malam Lan Berambeh Anak Sarawak 2019 telah berlangsung ke kemuncaknya di Malaysia International Trade dan Exhibition Centre (MITEC) Kuala Lumpur malam tadi. Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud adalah tetamu kehormat di majlis berkenaan. Ketibaan Tun Pehin Sri Taib telah disambut oleh YAB Ketua Menteri beserta Menteri- menteri Kabinet Sarawak.

Chief Minister Received A Courtesy Call By A Delegation From The Hyosung Checimal Korea

/ 16/10/2019

Chief Minister, Datuk Patinggi Abang Zohari Tun Openg this morning received a courtesy call by a delegation from the Hyosung Checimal Korea led by Vice President of New Business Development Team , Mr Cho Sung Min (third from left photo). Hyosung Chemical is Korea’s primary integrated chemicals company with a global network providing world-class competitive products. Hyosung plans to invest in Sarawak’s petrochemical hub thus seeking for the Chief Minister’s advice on their proposed project.

Bandaraya Terjaga, DBKU Susun Rapi Perancangan

/ 16/10/2019

Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) akan memastikan kawasannya sentiasa terjaga. Menurut Datuk Bandar DBKU Datu Junaidi Reduan, pihaknya sedang berusaha untuk memperbaiki perkhidmatan dan memperindahkan sekitar kawasan DBKU. Ketika kunjungan hormatnya kepada Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Zohari Tun Abang Haji Openg, beliau berserta rombongan sempat kongsi pandangan dan pendapat mengenai perkara tersebut.

Ahmad Johnie Prihatin Nasib Kontraktor Kelas F, Rakyat Miskin Di Parlimen Igan

/ 14/10/2019

Dewan Rakyat hari ini diberitahu bahawa bayaran tertunggak kepada kontraktor Kelas F bagi projek Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) di kawasan Parlimen Igan untuk tahun 2017 berjumlah RM300,000. Ahli Parlimen Igan, Ahmad Johnie Zawawi berkata, jumlah tertunggak itu meliputi kos baik pulih rumah sebanyak lapan buah melibatkan kos RM94,000 dan bina baharu sebanyak tiga buah membabitkan kos RM204,000.

Peruntukan Tidak Cukup Untuk Sekolah Daif

/ 14/10/2019

Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg menjelaskan sepatutnya lebih banyak peruntukan disalurkan kepada Sarawak untuk penyelenggaraan dan menaik taraf sekolah daif di negeri ini. Beliau kecewa dengan peruntukan yang diumumkan oleh Menteri Kewangan Lim Guan Eng dalam Belanjawan 2020 di Parlimen Jumaat lalu. Menurut Guan Eng, kerajaan akan memberi tumpuan terhadap usaha membaik pulih sekolah daif dengan peruntukan RM735 juta pada 2020, terutama di Sabah dan Sarawak.

Peruntukan Rm783 Juta Baik Pulih Sekolah Daif Perlu Penjelasan — Fazzrudin

/ 12/10/2019

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tupong Fazzrudin Abdul Rahman mahu peruntukan RM783 juta untuk baik pulih sekolah-sekolah di seluruh negara dijelaskan dengan terperinci. Pada pembentangan Belanjawan 2020 oleh Menteri Kewangan Lim Guan Eng semalam, jumlah RM783 juta itu termasuk Sarawak dan Sabah. “Terdahulu kita sudah bincang yang peruntukan RM1 bilion untuk baiki sekolah-sekolah daif di Sarawak. Kerajaan Pusat minta Kerajaan Negeri bayar wang pendahuluan RM350 juta dan kita telah pun bayar.

Negeri Lain Ingin Mencontohi Kita Inilah Kelebihan Sarawak

/ 12/10/2019

"Saya mengucapkan terima kasih kepada saudara dan saudari sekalian warga Miri dan mereka yang datang dari sekitar Miri untuk sama-sama meraikan Hari Jadi Tuan Yang Terutama Yang Ke-83 yang berpusat di Miri pada tahun ini. "Saudara dan saudari sekalian, kehadiran kita pada pagi ini ialah untuk meraikan Hari Jadi Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sarawak sebagai suatu institusi yang melambangkan perpaduan dan penyatuan rakyat Sarawak tidak kira bangsa dan agama.

Maintain Sarawak’s Stability And Its Cultural Cohesion, Says CM

/ 09/10/2019

Chief Minister Datuk Patinggi Abang Zohari Tun Abang Haji Openg highlighted that Sarawak need to maintain its stability and cultural cohesion as he believes that it attracts investors. “As far as Sarawak is concerned, we welcome investment from China; a lot of investment coming into Sarawak because they believe in Sarawak’s stability; we have to maintain our stability and our cultural cohesion.”

31 Setiausaha Politik Kepada Ketua Menteri Angkat Sumpah Bagi Tempoh 1 Oktober 2019 Hingga 31 Disember 2020, Seorang Muka Baharu Dilantik

/ 09/10/2019

Seramai 31 Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri Sarawak mengangkat sumpah bagi jawatan itu di hadapan Timbalan Ketua Menteri, Datuk Amar Douglas Uggah Embas, hari ini. Majlis angkat sumpah dan penyampaian watikah pelantikan tersebut berlangsung di Bilik Mesyuarat Utama, Wisma Bapa Malaysia di sini. Pelantikan kesemua Setiausaha Politik tersebut berkuatkuasa bermula 1 Oktober 2019 hingga 31 Disember 2020

Douglas Uggah Berpuas Hati Dengan Pengeluaran Golden Melon Menerusi Sistem Fertigasi

/ 08/10/2019

Timbalan Ketua Menteri, Datuk Amar Douglas Uggah Embas berpuas hati dengan hasil pengeluaran golden melon yang ditanam menerusi sistem fertigasi di Taman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM) Rampangi. Menurutnya, buat julung kalinya sebanyak 1,500 buah atau kira-kira dua tan golden melon berjaya dihasilkan menerusi sistem fertigasi di situ.

Produk Sarawak Berega di Eropah

/ 07/10/2019

“Pekara tu ketegal ari kaul enggau pengawa nyaga rampa menua sereta ngelindung ubah ba gaya hari ti patut seriris enggau peminta sida ke meli,” ku iya. Awang Tengah mega madah, opis menteri iya begulai enggau Kaunsil Pemansang Dagang Luar Malaysia (Matrade) bekerejasama dalam ngelakuka pengawa dagang ba rantau tu lalu ngerembaika agi kaul pengeluar menua di Kesatuan Eropah (EU).

Abang Jo Qualification Is A Prerequisite, But It Probably Won’t Matter What Field It Is In

/ 05/10/2019

It is not necessary for fresh graduates to land a job which is suitable with their qualifications or degrees, but they could use it to expand their knowledge in other fields of their choices. Chief Minister Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg pointed out that there were many instances where successful people came from a very different educational background than the industries they were successful in.

Amanah Adalah Landasan Utama Pengurusan Masjid Dan Surau

/ 02/10/2019

YAB Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Abang Zohari Tun Abang Haji Openg menyempurnakan Majlis Penutupan Seminar Integriti Kepimpinan Masjid dan Surau Negeri Sarawak di sini petang tadi. Sejurus ketibaan, YAB Ketua Menteri disambut dengan paluan kompang dan laungan selawat ke atas Nabi Muhammad S.A.W. seterusnya majlis dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku dan Ibu Pertiwiku.

Only RM33 Bln Returned To Sarawak From RM660 Bln In Oil And Gas Revenue

/ 03/10/2019

From 1976 to 2017, the total revenue derived from the production and sale of oil and gas in Sarawak amounted to RM660 billion, according to the Sarawak government. Out of the RM660 billion, Sarawak received RM33 billion which is five per cent of the total amount. “It must be pointed out that according to publicly available data, from 1976 to 2017, the total revenue derived from the production and sale of oil and gas within Sarawak territory amounted to RM660 billion, of which only five per cent or RM33 billion was paid to Sarawak.

Sarawak Hantar 12 Tan Ikan Eko Borneo Ke Singapura

/ 03/10/2019

Produk tempatan Sarawak terutamanya produk pertanian tempatan terus terima permintaan tinggi daripada pembeli Singapura. Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata, penghantaran pertama sebanyak 12 tan produk ikan eko Borneo yang dihasilkan di Batang Ai telah dihantar ke Singapura hari ini. Tambah beliau yang juga Menteri Pertanian, Tanah Adat dan Pembangunan Wilayah, pembeli dari Singapura berminat beli produk ikan eko Borneo daripada Batang Ai selepas melihat “sample” atau contoh ikan pada pelancaran Pejabat Perdagangan dan Pelancongan Sarawak (STATOS) di Singapura pada 16 Ogos yang lepas.

Undang-undang Pelabuhan, Perkhidmatan Bakal Dipinda

/ 02/10/2019

Undang-undang pelabuhan Sarawak akan dipinda untuk menaik taraf pelabuhan dan perkhidmatan pelabuhan supaya moden dan efisien, kata Ketua Menteri, Datuk Patinggi (Dr) Abang Haji Abdul Rahman Zohari bin Tun Datuk Abang Haji Openg. Beliau menegaskan ini antara sebab mengapa Kementerian Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan dibentuk dalam rombakan kabinet baru- baru ini.