JANUARI 2021

Ketua Menteri Abg Jo Meninjau Usaha Menangani Covid-19 Di Sibu

/ 30/01/2021

Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Haji Zohari Tun Abang Haji Openg semalam telah mengadakan lawatan ringkas ke sini untuk mendapat maklumat secara terus mengenai usaha menangani penularan jangkitan COVID-19 di Bahagian Sibu. Sejurus tiba beliau telah diberi taklimat oleh Jawatankuasa Pengurusan Bencana Bahagian Sibu. Hadir sama, Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Professor Dato Sri Dr. Sim Kui Hian dan Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Amar Jaul Samion.

PKP Di Sibu Dan PKPB Di Bahagian Lain Di Sarawak Akan Dilanjutkan Hingga 14 Februari 2021

/ 27/01/2021

Memandangkan kes positif COVID-19 di Sarawak masih tinggi dan bilangan kawasan hijau semakin berkurangan, Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencan Negeri (JPBN) Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah telah mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Bahagian Sibu yang tamat pada 29 Januari ini akan dilanjutkan sehingga 14 Februari 2021. “Pelanjutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Di Sibu. Pelanjutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Bahagian Sibu dari 30 Januari jam 12.01 pagi hingga 14 Februari 2021,” katanya.

PKP: Tentera Bantu Polis - Uggah

/ 27/01/2021

Angkatan Tentera Malaysia (ATM) akan dikerah bagi membantu polis memantau Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) terutama di beberapa kawasan rumah panjang di Sibu. Ia susulan berlaku kejadian segelintir penduduk rumah panjang yang bertindak menyelinap keluar melalui kawasan hutan. Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN), Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata pihaknya memandang serius perkara ini dan akan melaksanakan tindakan tegas bagi mencegah perkara berulang.

Pemohon Layak Diberi Keutamaan Baik Pulih Rumah

/ 25/01/2021

Kira-kira 199 rumah di Kampung Sungai Bangat di sini dibaik pulih menerusi Projek Penambahbaikan Rumah Miskin Sarawak (PPRMS). Timbalan Ketua Menteri, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata, sejumlah RM2 juta dianggarkan untuk melaksanakan projek berkenaan. Menurutnya, pihaknya akan terus merancang untuk baik pulih 58 rumah lagi tahun ini yang akan dibiayai sepenuhnya oleh Kerajaan Sarawak.

Fasiliti Hospital Dinaik Taraf

/ 24/01/2021

Kerajaan Sarawak membantu menambah dana kepada makmal molekular kerajaan di Limbang dan Kapit masing-masing sebanyak RM1 juta bagi pelaksanaan ujian saringan PCR Covid-19. Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Dato Sri Dr Sim Kui Hian berkata, ia bertujuan membolehkan ujian saringan dapat dijalankan di hospital-hospital tempatan di negeri ini. "Selain itu, kerajaan negeri turut menanggung pembiayaan ujian saringan yang dilakukan di Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS), Pusat Perubatan Borneo (BMC) dan Gribbles Pathology Malaysia," katanya dalam kenyataan media hari ini selepas lawatan kerja ke Hospital Umum Sarawak (HUS).

Yayasan Perpaduan Sarawak Rangka Strategi Pupuk Keharmonian Rakyat

/ 22/01/2021

Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Johari menerima kunjungan hormat daripada Yayasan Perpaduan Sarawak (YPS) diketuai Timbalan Pengerusinya, Tan Sri Dr George Chan di pejabatnya, Wisma Bapa Malaysia pagi tadi. Dalam kunjungan itu, Ketua Menteri diberi penerangan mengenai strategi lima tahun YPS dalam mempromosikan perpaduan dan memupuk keharmonian rakyat Sarawak melalui pertukaran budaya dan pendidikan.

Tambah Nilai Ke Arah Industri Perkayuan Lestari: Abg Jo

/ 22/01/2021

Usaha untuk menambah nilai kepada setiap pokok yang ditebang di hutan Sarawak hendaklah menjadi antara agenda utama industri perusahaan kayu di negeri ini, kata Ketua Menteri, Datuk Patinggi (Dr) Abang Haji Abdul Rahman Zohari bin Tun Datuk Abang Haji Openg. Pendekatan ini amat sesuai dengan kehendak masyarakat antarabangsa ke arah pembangunan hutan yang lestari, ujar beliau dalam ucapan balas sempena majlis memetrai MOU antara UNIMAS dan Institut Tekonolgi Bandung (ITB) di pejabat beliau di sini pagi tadi.

Sarawak Destinasi Pelaburan Utama

/ 21/01/2021

Sarawak kekal sebagai salah satu destinasi pelaburan menarik di negara ini meskipun suasana ekonomi global agak pelahan sejak dua tahun lalu, kata Timbalan Ketua Menteri, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan. Beliau berkata, setakat September 2020, Sarawak menduduki tempat teratas destinasi pelaburan terpilih di Malaysia dari segi pelaburan dan sektor pengilangan bernilai RM15.8 bilion. Malah semasa pandemik Covid-19, pelabur asing terus mencari peluang melabur di Sarawak dan antaranya ialah Korea Selatan dan China memohon memasuki Sarawak untuk mengadakan kajian kemungkinan, katanya pada perbincangan meja bulat digital dialog peringkat tertinggi hubungan ekonomi Asean Itali.

BKSS 5.0: Kerajaan GPS Sentiasa Cari Jalan Terbaik Bantu Rakyat

/ 21/01/2021

Kerajaan Sarawak pimpinan Gabungan Parti Sarawak (GPS) hari ini memperkenalkan 11 langkah di bawah Pakej Bantuan Khas Sarawakku Sayang (BKSS) 5.0 membabitkan peruntukan berjumlah RM405 juta, kata Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg. Beliau yang juga Pengerusi GPS berkata, pakej BKSS 5.0 itu diharap membantu meringankan beban seluruh rakyat hingga ke bulan Jun yang terjejas akibat pandemik Covid-19 dan banjir baharu-baharu ini. “Dalam keadaan yang sukar sekarang, Kerajaan GPS Sarawak sentiasa memikir dan melaksanakan langkah-langkah terbaik untuk membantu rakyat,” katanya pada sidang media khas ‘BKSS 5.0 Meringankan Beban Rakyat’ di sini, hari ini.

Abg Jo Lancar Pengagihan Bekalan Makanan Di Sibu Sempena PKP

/ 20/01/2021

Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Haji Zohari Tun Abang Haji Openg pagi ini mengadakan lawatan singkat ke Sibu untuk melancarkan pengagihan bekalan makanan kepada Ketua Isi Rumah (KIR) di 10 DUN sekitar Sibu yang terkesan akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dikuatkuasakan di kawasan tersebut. PKP sedang dilaksanakan di Bahagian Sibu yang telah dikategorikan sebagai Zon Merah selama dua minggu bermula pada 16 Januari 2021 hingga 29 Januari.

Kemudahan Rawat Covid-19 Dinaik Taraf, Kerajaan Sarawak Lulus RM81 Juta

/ 19/01/2021

Kerajaan Sarawak meluluskan peruntukan RM81 juta bagi memperkasakan operasi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) dalam memerangi Covid-19 di negeri ini. Pengerusi JPBN, Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata peruntukan bagi tempoh Januari hingga Jun tahun ini, diluluskan oleh Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg hari ini. Peruntukan itu termasuk menubuhkan makmal ujian rT-PCR Covid-19 di Kapit memandangkan terdapat beberapa kes baharu yang direkodkan di bahagian berkenaan selain sampel yang diambil memerlukan masa yang lama," katanya.

Sarawak Bantu Pelajar Bayar Baki Tunggakan PTPTN

/ 18/01/2021

Kerajaan Sarawak akan membantu para pelajar Sarawak untuk membayar balik pinjaman PTPTN (Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional) yang tertunggak sebagai pemberian insentif seperti yang dijanjikan sebelum ini, kata Ketua Menteri, Datuk Patinggi (Dr) Abang Haji Abdul Rahman Zohari bin Tun Datuk Abang Haji Openg pada sidang media pagi ini di Wisma Bapa Malaysia. Kerajaan GPS Sarawak telah mempertuntukkan RM30 juta untuk tujuan tersebut, jelas Datuk Patinggi Abang Haji Zohari pada sidang media yang diadakan bersempena majlis ringkas untuk menyerahkan dua buah bas sumbangan Kerajaan Sarawak kepada Politeknik Mukah dan Politeknik Metro Betong pada suatu majlis ringkas yang diadakan di perkarangan Wisma Bapa Malaysia, Petra Jaya.

Datuk Amar Hajjah Juma'ani Tun Tuanku Haji Bujang Turun Padang

/ 15/01/2021

Isteri YAB Ketua Menteri Sarawak, YBhg Datuk Amar Hajjah Juma'ani Tun Tuanku Haji Bujang telah turun Padang bersama AJK PKPJ, PAWE Satok dan Exco PBB N8 Satok ke Pusat Kebajikan Datuk Amar Juma'ani Tun Tuanku Haji Bujang bagi melakukan Gotong Royong memasak makanan sebanyak 300 paket untuk mangsa Banjir yang di tempatkan di Pusat Pemindahan Sementara ( PPS ) Dewan Kpg Segedup dan PPS di SK Rakyat Bolhasan serta mereka yang terjejas di Kpg Sg Maong, Kudei Lama dan Kudei Baru.

22 Stesen Telemetri Pantau Paras Air, Patuhi Arahan Berpindah

/ 14/01/2021

Maklumat hujan dan paras air daripada 22 stesen telemetri digunakan oleh Operator Baraj Kuching bersama-sama Kementerian Pengangkutan dan Lembaga Sungai-Sungai Sarawak (LSSS) dalam mengurus pelepasan air berlebihan dari kawasan tadahan Sungai Sarawak ke laut. Menteri Pengangkutan, Datuk Lee Kim Shin berkata, kesemua 22 stesen telemetri terbabit berfungsi baik dengan memberi data masa sebenar berterusan ke bilik Operator Baraj Kuching.

Mangsa Banjir Di Sarawak Meningkat Kepada 1473, 12 Lagi PPS Dibuka

/ 14/01/2021

Jumlah mangsa banjir mencatatkan peningkatan di Kuching, Serian, Samarahan dan Miri iaitu seramai 1,473 mangsa yang melibatkan 408 buah keluarga. Menurut laporan Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana (JPBN) Sarawak setakat jam lapan pagi, Bahagian Kuching merekodkan jumlah tertinggi iaitu seramai 1,179 mangsa banjir dan telah dipindahkan ke 12 Pusat Pemindahan Sementara (PPS).

Modest But Never Short Of Big Ideas

/ 13/01/2021

After a lengthy conversation during New Sarawak Tribune’s exclusive interview with Chief Minister Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg, we asked him, “Datuk Patinggi, how would you want to be remembered?. His answer was evoking of a lifelong civil servant – that even after more than 40 years in public service, his principles remained the same, which the interest of the masses must come first.

JBPM Sarawak Siap Siaga Tangani Situasi Banjir

/ 13/01/2021

Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Sarawak sentiasa komited dan bersiap siaga dalam menghadapi fenomena banjir. Menurut Pengarahnya, Khirudin Drahman, Jabatan Meteorologi (MET) Malaysia telah mengeluarkan makluman awal mengenai taburan hujan yang tinggi yang akan berlaku di Sarawak beberapa hari lalu disertakan dengan panduan siap siaga menghadapi fenomena itu.

CENTEXS Tawar Program Relevan Khusus Untuk Warga Luar Bandar

/ 12/01/2021

Program-program yang ditawarkan di Pusat Kecemerlangan Teknikal Sarawak (CENTEXS) menawarkan peluang untuk memperkasakan ilmu dan kemahiran. Menteri Muda Hal Ehwal Korporat Dan Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS), Abdullah Saidol berkata, CENTEXS banyak menawarkan program-program yang relevan khususnya kepada warga di luar bandar. Justeru ujar beliau, ia dapat memberi peluang dan membantu individu membina semula kemahiran (re-skilling) dan meningkatkan kemahiran (up-skilling) terutamanya bagi individu yang kehilangan kerja berikutan pandemik COVID-19 yang melanda dunia.

Ujian Saringan Covid-19 Secara Pandu Laju Mulai 13 Januari

/ 12/01/2021

Jawatankuasa Pengurusan Bencana (JPB) Bahagian Sibu akan mewujudkan kaedah ujian saringan secara pandu lalu di Pustaka Negeri Sarawak, Sibu mulai esok (13 Januari 2021). Esok, ujian calitan bermula jam 2 petang hingga 4 petang dan seterusnya beroperasi setiap hari (Isnin hingga Sabtu) jam 8 pagi hingga 4 petang. JPB Bahagian Sibu menerusi kenyataannya sebentar tadi memberitahu, Pusat Saringan di Foyer, Stadium Tertutup Sibu masih beroperasi seperti biasa untuk saringan secara “walk in”. 

iSarawakCare Untuk Pendigitalan, Integrasi Inisiatif KWKPK

/ 06/01/2021

Kementerian Kebajikan, Kesejahteraan Komuniti, Wanita, Keluarga Dan Pembangunan Kanak-Kanak (KWKPK) Sarawak sedang membangunkan sistem iSarawakCare sebagai usaha mendigital dan mengintegrasikan inisiatif-inisiatif di bawah kementerian. Menterinya, Dato Sri Fatimah Abdullah berkata, platform ini memberi akses mudah kepada rakyat untuk berkomunikasi dengan pihak kementerian dan menggunakan bantuan yang diperlukan pada bila-bila masa dan di mana sahaja.

Abg Jo Saksikan Majlis Penyerahan Zakat Perniagaan Daripada Petronesa Dan Sanjung Etika Sdn Bhd

/ 06/01/2021

Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg menyaksikan majlis ringkas penyerahan zakat perniagaan bagi tahun berakhir Disember 2020 daripada PETRONESA dan SANJUNG ETIKA SDN BHD kepada Tabung Baitulmal Sarawak, bertempat di pejabatnya, Wisma Bapa Malaysia, Petra Jaya Kuching pagi ini tadi. Kedua-dua majlis ringkas tersebut yang dimulakan dengan lafaz akad dan simbolik penyerahan ‘mock cheque’ oleh Pengerusi dan Ahli Lembaga Pengarahnya, Dato Sri Mohamad Abu Bakar bin Marzuki menyerahkan zakat perniagaan PETRONESA bagi tahun berakhir Disember 2020 berjumlah RM 405, 500.00 manakala zakat perniagaan SANJUNG ETIKA SDN BHD bagi tahun berakhir Disember 2020 yang berjumlah RM 22, 046.52 kepada Yang di-Pertua Majlis Islam Sarawak, Datu Haji Misnu bin Haji Taha selaku wakil Tabung Baitulmal Sarawak.

Bekas Kuari Dibangun Semula Menjadi Pusat Komuniti, Innovasi

/ 05/01/2021

Bekas Kuari Ang Cheng Ho di Batu Kawah akan dibangunkan untuk menjadi kawasan rekreasi, komuniti dan pusat inovatif bagi manfaat rakyat di kawasan tersebut, kata Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Haji Johari Tun Datuk Abang Haji Openg. Beliau berucap sempena upacara pecah tanah projek rakyat Dewan Sukan/Komuniti beserta Hub Innovatif di bekas tapak kuari tersebut pagi ini. Kuari tersebut tidak lagi diusahakan dan membangunkannya semula merupakan suatu idea yang baik, ujar Datuk Patinggi Abang Haji Johari.

Covid-19: Garis Panduan Pengecualian Kos Kuarantin, Ujian Calitan

/ 05/01/2021

Keistimewaan diberikan kepada kanak-kanak berusia tiga tahun ke atas  dilahirkan di luar Sarawak atau salah seorang ibu bapa rakyat Sarawak, kos kuarantin dan ujian RT-PCR ditanggung kerajaan negeri. Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata, ia merupakan keputusan Garis Panduan Pengecualian Pembayaran Kos Kuarantin dan Ujian RT-PCR Covid-19 menerusi mesyuarat pada hari ini.

Tiada Lagi Perkhidmatan Feri Menjelang 2025

/ 05/01/2021

Semua projek pembinaan jambatan di negeri ini sudah diluluskan oleh Kerajaan Sarawak termasuk pembinaan Jambatan Batang Lupar, kata Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg. Menurutnya, peruntukan untuk membina Jambatan Batang Lupar ini sudah ada dan kini hanya menunggu untuk majlis pecah tanah pembinaan projek tersebut. Kita telah membuat tender untuk membangunkan Jambatan Batang Lupar itu,” katanya semasa sidang media selepas Majlis Pecah Tanah Projek Rakyat Dewan Sukan dan Komuniti, di tapak bekas kuari, Ang Cheng Ho di sini hari ini.

Semua Laluan Pangkalan Feri Akan Dilengkapi Palang Penghadang, Arahan Serta-Merta

/ 02/01/2021

Semua laluan khas di pangkalan feri seluruh negeri ini akan dilengkapi dengan palang penghadang yang kukuh di bahagian tepi laluan tersebut. Timbalan Ketua Menteri, Tan Sri Datuk Amar James Jemut Masing berkata, arahan itu berkuat kuasa serta-merta bagi mengelak kejadian yang tidak diingini seperti kejadian di feri Triso, semalam berulang. Sehubungan itu, Jabatan Kerja Raya (JKR) diarahkan untuk membina palang penghadang itu dengan segera," katanya semasa melawat Pangkalan Feri Triso-Sebuyau hari ini.