SEBAUH / 31/07/2020
Penduduk di kawasan Sebauh akan menikmati kemudahan sukan apabila Projek Pembinaan Stadium Mini Sebauh siap kelak. Menteri Utiliti Sarawak, Dato Sri Dr Stephen Rundi Utom telah melawat dan menghadiri taklimat pembinaan Stadium Mini Sebauh di Pejabat Daerah Sebauh pada Khamis. Taklimat telah disampaikan Lembaga Kemajuan Bintulu (BDA) dan beberapa agensi kerajaan berkaitan. Selepas mendengar taklimat, Dato Sri Stephen Rundi yang juga merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kemena turut meninjau ke lokasi tapak cadangan pembinaan stadium tersebut.
KUCHING / 30/07/2020
Allahu Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar Walillahilhamd. 1. Alhamdulillah, bersyukur kita kehadrat Allah SWT kerana dengan limpah rahmatNya yang tidak terhingga pada 10 Zulhijjah 1441 Hijrah, seluruh umat Islam dapat menyambut Hari Raya Aidiladha. Selawat dan salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW, penghulu kepada segala nabi dan rasul. 2. Ketibaan Aidiladha setiap tahun sentiasa mengingatkan kita tentang sejarah Nabi Ibrahim AS yang sanggup mengorbankan anaknya Nabi Ismail AS kerana ketaatannya kepada perintah Allah SWT. Sejarah ini berlaku sebagai pedoman dan petunjuk bagi umat Islam untuk mengorbankan harta dan jiwa demi keimanan kepada Allah SWT.
KUCHING / 30/07/2020
Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Abang Zohari bin Tun Abang Haji Openg menghadiri Istiadat Angkat Sumpah Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri Sarawak di hadapan Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud bertempat di Astana Negeri Sarawak pada jam 11.00 pagi ini. Istiadat Angkat Sumpah tersebut dimulakan dengan penerimaan Surat Pelantikan oleh YB Dato Gerawat Gala dan seterusnya mengangkat sumpah sebagai Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri Sarawak.
KUALA LUMPUR / 30/07/2020
Sebanyak lima projek bernilai RM3.9 juta telah diperuntukkan untuk kerja-kerja menurap semula jalan yang melibatkan Jalan Serian-Tebedu. Menteri Kerja Raya, Dato Sri Fadillah Yusof berkata, kementerian itu juga telah melaksanakan penyenggaraan rutin di Bahagian Serian dengan peruntukan bernilai RM3.5 juta setahun. "Peruntukan bagi penyenggaraan berkala pavemen dari tahun 2017 hingga 2020 pula bernilai RM11.25 juta," katanya dalam jawapan bertulis bagi menjawap pertanyaan Ahli Parlimen Serian, Dato Sri Richard Riot Jaem dalam Mesyuarat Kedua, Penggal Ketiga, Parlimen Ke-14, pada Rabu.
KUALA LUMPUR / 30/07/2020
Sebanyak 15 buah syarikat telah dilantik sebagai pembekal di bawah Program Penyeragaman Harga bagi kawasan Hulu Rajang. Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Datuk Alexander Nanta Linggi berkata, syarikat-syarikat terbabit bertanggungjawab untuk membekalkan barang kawalan di kawasan tersebut. "Jenis barangan kawalan yang dibekalkan di bawah program tersebut adalah seperti barang perlu (beras, gula putih, minyak masak paket 1kg dan tepung gandum kegunaan am), gas petroleum cecair (LPG) 14kg dan Petrol RON95 dan diesel secara 'Community Drumming'," katanya menerusi jawapan bertulis bagi menjawab soalan Ahli Parlimen Hulu Rajang Datuk Wilson Ugak Kumbong dalam persidangan Dewan Rakyat pada Rabu.
KUCHING / 28/07/2020
Dijangkakan dengan pelaksanaan program industri petrokimia dan ekonomi lain pendapatan isi rumah di Sarawak akan meningkat. Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata, dengan peningkatan itu, Sarawak tidak lagi diistilah sebagai Negeri Kaya Tapi Miskin menjelang 2030. Katanya, antara tumpuan ekonomi Sarawak pasca-COVID-19 ialah membangunkan industri petrokimia dengan hubnya di Tanjong Kidurong Bintulu.
PAKAN / 23/07/2020
Daerah Pakan akan dibangunkan menjadi bandar baru moden yang lengkap dengan kawasan perumahan, pusat komersil serta tempat riadah. Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi (Dr) Abang Haji Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Haji Openg berkata bagi tujuan itu beliau telah memohon Jabatan Tanah Dan Survei Sarawak untuk menyediakan pelan induk dalam Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) bagi membangunkan Pakan.
KUCHING / 23/07/2020
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) N.5 Demak Laut, Dr Hazland Abang Hipni, menyokong cadangan untuk menubuhkan Majlis Perubatan Sarawak (SMC), selepas mengambil kira keperluan dan kepentingan untuk rakyat di Sarawak. Katanya, selain di Kuching, Sarawak memerlukan lebih banyak pakar perubatan di hospital awam seperti di Sibu, Bintulu dan Miri. "Ini kerana, masih ada rakyat yang terpaksa mendapatkan rawatan pakar di Kuching, dan tempat mereka tidak mempunyai doktor pakar di kawasan seperti Limbang dan Lawas," katanya dalam kenyataan media, di sini hari ini.
MIRI / 23/07/2020
Sarawak bakal memiliki stesen tv sendiri, TV Sarawak menjelang akhir tahun ini, kata Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg. Katanya, jika berjalan lancar, TV Sarawak akan memulakan percubaan teknikalnya kerana Sarawak diberi lesen 10 tahun oleh Kementerian Multimedia dan Komunikasi untuk mengendalikan stesen televisyen berpusat di Kuching.
KUALA LUMPUR / 22/07/2020
Sarawak adalah antara negeri yang sentiasa diberi keutamaan oleh kerajaan Perikatan Nasional (PN) dalam program pembangunan bagi merapatkan jurang ekonomi antara wilayah di negeri itu. Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, langkah itu selaras dengan matlamat Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 untuk menjadikan Malaysia sebuah negara yang membangun secara mampan.
KUCHING / 18/07/2020
YAB Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Zohari Openg hari ini melawat sendiri ke tapak projek Riverwall sepanjang 660m dari Kg. Sungai Bedil ke Kg. Lintang, Kuching yang bakal dijadikan sebagai waterfront yang menyusuri sungai Sarawak. Projek yang menelan kos 30 Juta ini merupakan projek naiktaraf infrastruktur pelancongan bakal memberi manfaat terus kepada rakyat khususnya sektor pelancongan selain mencantikkan lagi keindahan bandaraya Kuching ini.
KUCHING / 16/07/2020
Keputusan Kerajaan Perikatan Nasional (PN) memberi Sarawak lesen Internet sepertimana yang diumumkan oleh Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi Abang Zohari Tun Abang Haji Openg akan membawa kesan positif terutamanya bagi penduduk luar bandar. Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pakan Tan Sri William Mawan Ikom, sekiranya Sarawak diberi peluang mempunyai lesen syarikat telekomunikasinya sendiri, ianya pasti akan memudahkan usaha memperkasakan liputan internet di seluruh Sarawak, khususnya yang berada di luar bandar.
KUCHING / 16/07/2020
Dengan pelancaran bas sekolah percuma di Daerah Kuching hari ini Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Haji Zohari Tun Openg berkata beliau telah menunaikan satu lagi janji kepada rakyat. Datuk Patinggi Abang Jo telah menyatakan dalam ucapan Bajet 2020 Kerajaan GPS Sarawak akan melaksanakan Program Bas Sekolah Percuma mulai tahun ini untuk membantu meringankan beban kewangan ibu bapa khususnya di kawasan bandar.
KUALA LUMPUR / 15/07/2020
Kerajaan masih meneruskan projek Lebuh Raya Trans Borneo yang akan menghubungkan negara Brunei Darussalam, Indonesia dengan Sarawak dan Sabah di Malaysia. Menteri Kerja Raya, Dato Sri Fadillah Yusof berkata, jajaran bagi Lebuh Raya Trans Borneo ini terdiri daripada Lebuh Raya Pan Borneo, Sarawak – Sabah Link Road dan beberapa jajaran di Lebuh Raya Trans Borneo yang masih belum dimulakan (missing links).
LAWAS / 15/07/2020
Pihak JKR sedang melaksanakan projek menaiktaraf jalan sedia ada dari Long Luping ke Ba’kalalan termasuk jalan-jalan menuju ke kampung di sepanjang jajaran. Projek tersebut melibatkan kerja-kerja penambahbaikan bagi jajaran sepanjang 65 km dan 7 km jalan-jalan akses ke 9 buah kampung. Projek setakat ini adalah 68 % siap. Dengan siapnya projek ini perjalanan dari Lawas ke Ba’kalalan akan dipendekkan daripada 8 ke 5 jam.
KUCHING / 12/07/2020
Chief Minister, Datuk Patinggi (Dr) Abang Haji Abdul Rahman Zohari bin Tun Datuk Abang Haji said here today that the on-going national census had important bearing on national development and to Sarawak in particular. Singling out the relatively low level of average household income in Sarawak, he said the high income per capita figure for Sarawak did not reflect the true picture of the distribution of wealth in the state.
KUCHING / 11/07/2020
Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) memperuntukkan RM70 juta bagi melaksanakan beberapa program strategik, kata Menteri Kanan Infrastruktur-Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof. Menurutnya, ia bertujuan meningkatkan kapabiliti dan kapasiti penggiat industri pembinaan yang terkesan oleh Perintah Kawalan Pergerakan bagi menangani penularan Covid-19 baru-baru ini.
KOTA SAMARAHAN / 09/07/2020
YAB Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Jo meninjau sendiri Projek Bekalan Air di Bahagian Samarahan pagi ini tadi. Kira- kira jam 10 pagi tadi, helicopter yang membawa YAB Ketua Menteri selamat mendarat di Padang Sekolah SK. Sg. Bulu, Senangeh. Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Jo kemudiannya dibawa menggunakan kenderaan ke Dewan Kampung Senangeh disambut dengan penuh meriah dengan tarian selamat datang turut dipersembahkan.
DARO / 09/07/2020
Medan Selera Daro yang akan dibuka kepada orang ramai tidak lama lagi bakal menjadi mercu tanda ikonik terbaru di daerah berkenaan. Dibina dengan kos RM3.3 juta, medan selera itu menampilkan senibina bercirikan masyarakat Melanau dengan bumbungnya direka unik mengikut rekabentuk ‘Terendak’. Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Daro, Safiee Ahmad medan selera itu telah 98 peratus siap dan mampu menempatkan sejumlah 25 gerai untuk para peniaga.
KOTA SAMARAHAN / 09/07/2020
Kerajaan Sarawak memperuntukkan RM500 juta bagi projek menaik taraf bekalan air bersih di sekitar kawasan Kota Samarahan. Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata, projek tersebut dijangka siap pada akhir tahun 2021. "Ini kerana, kita mendapati bahawa banyak keluhan penduduk di sekitar kawasan Simunjan, Sebuyau dan juga Kampung Sebangan berhubung masalah air di kawasan mereka," katanya.
SEMATAN / 08/07/2020
Kerajaan Sarawak sentiasa mengiktiraf dan mempertahankan hak rakyat ke atas tanah hak adat bumiputera (NCR) milik mereka. Timbalan Ketua Menteri Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata, kerajaan negeri juga sentiasa memastikan hak-hak pemilik tanah NCR dipelihara. Jelas beliau, ini terbukti apabila pindaan Kanun Tanah Negeri baru-baru ini memberi kuasa perundangan kepada Native Territotial Domain bagi memastikan semua tanah yang mempunyai hak adat Bumiputera dan tanah-tanah yang terlibat dengan hak menggunapakai diiktiraf.
BALEH / 07/07/2020
Energy for running industries encompassing the agricultural sector would be key to propel Sarawak’s economy towards 2030 and beyond, Chief Minister Datuk Patinggi Abang Haji Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Haji Openg said here today. With the takeover of Bakun HEP from the federal government and power generation from the Batang Ai, Murum and later Baleh dams the state would have complete control over its power production, he said in his return remark after being briefed on the progress of Baleh HEP at the project site in Ulu Baleh.
KUCHING / 04/07/2020
Kerajaan sentiasa prihatin terhadap keperluan dan permasalahan rakyat di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) di seluruh negeri ini. >DUN N.3 Tanjong Datu di bawah Parlimen P.193 Santubong tidak ketinggalan menikmati keperluan itu menerusi pemberian pelbagai bentuk bantuan, sumbangan dan geran projek kecil luar bandar (MRP) berjumlah RM36,900 secara keseluruhan. Daripada jumlah tersebut, seramai sembilan penerima sumbangan bantuan perubatan berjumlah RM8,600.
BINTULU / 02/07/2020
Belum ada sebarang petunjuk bila Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak Ke-12 akan diadakan. Malah, Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg juga tidak mengulas lanjut ketika ditanya oleh media semasa mengadakan lawatan ke Bintulu, hari ini. “Bilakah pilihan raya, saya tidak pasti kerana saya masih sibuk dengan projek metanol di sini,” jelasnya kepada media. Sebelum itu, Ketua Menteri menghadiri Mesyuarat Lembaga Pengarah Lembaga Kemajuan Bintulu (BDA) di sini.
KUCHING / 01/07/2020
Kerja-kerja baik pulih pejabat am, kelas dan bilik guru Sekolah Kebangsaan (SK) Rakyat yang bernilai RM100,000 dan merupakan sebahagian daripada Projek Program Transformasi Luar Bandar (RTP) DUN Satok 2019 kini telah siap. >Timbalan Ketua PBB Cawangan DUN Satok Dato’ Ibrahim Baki berkata, projek yang mengambil masa empat bulan itu telah berjaya disiapkan lebih awal dari tarikh akhir pelaksanaannya pada 8 Julai 2020. >“Projek ini merupakan salah satu daripada projek RTP di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Satok yang melibatkan peruntukkan lebih kurang RM100,000 merangkumi pengubahsuaian pejabat am, kelas dan bilik guru serta atap dan lantai dan sebagainya.
KUCHING / 01/07/2020
Kerajaan Sarawak telah membelanjakan RM16.4 juta bagi Bantuan Makanan Sarawakku Sayang (BMSS) semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) lepas. Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata, bantuan makanan ini merupakan bekalan makanan asas dan diagihkan kepada golongan yang layak, “Kerajaan Sarawak telah menyediakan RM16.4 juta untuk bantuan bekalan makanan asas kepada semua penduduk yang layak. “Ini telah memberi manfaat kepada 380,887 Ketua Isi Rumah (KIR) di seluruh negeri Sarawak.