KUCHING / 29/05/2020
CM Abang Jo hari ini melancarkan dua (2) Apps iaitu Sarawak Contact Tracing Apps, Covid Trace dan Qmunity di Wisma Bapa Malaysia tengahari ini tadi. Covid Trace ini merupakan applikasi yang dibangunkan oleh Kerajaan Sarawak melalui Sarawak Information System (SAINS) dengan kolaborasi bersama dengan pihak Sarawak Multimedia Authority (SMA) bagi mengambil langkah awal pengesanan kontak COVID-19.
KUCHING / 29/05/2020
Siaran Langsung Sidang Media COVID - 19 Sarawak Oleh YB Datuk Amar Douglas Uggah Embas Timbalan Ketua Menteri Sarawak
SERIAN / 27/05/2020
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) mendapati peniaga di daerah ini menjual bekalan makanan dengan harga yang ditetapkan. Hasil tinjauan menterinya, Datuk Alexander Nanta Linggi di pasar Serian pada hari ini, mendapati peniaga menjual barangan dengan harga berpatutan malah ada antara mereka menjual dengan harga lebih rendah. “Peniaga di sini (Serian) patuh dengan arahan berhubung harga bekalan makanan yang dikeluarkan oleh kementerian.
KUCHING / 27/05/2020
Pemantauan pematuhan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) menyaksikan seramai 38 orang awam telah dikompaun kerana cuba merentas Daerah tanpa permit Polis. “Ini menjadikan sebanyak 86 orang dikompaun sejak 19 Mei yang lepas.” kata Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS), Datuk Amar Douglas Uggah Embas dalam sidang media berkaitan COVID19 petang Rabu.
KUCHING / 26/05/2020
Masyarakat Iban yang masih mengamalkan upacara ‘miring’ diminta untuk melakukan upacara itu di bilik masing-masing. Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Dr James Jemut Masing berkata perayaan Hari Gawai dan upacara seperti ‘miring’ adalah ritual yang sangat individualistik. “Dalam upacara ini setiap keluarga, diminta untuk memberikan sesuatu kepada dewa. “Dewa ini dipuja supaya menolong keluarga yang meraikan Hari Gawai,” katanya dalam suatu kenyataan.
KUCHING / 25/05/2020
Rakyat negeri ini diminta bersabar dalam menghadapi cabaran norma baharu dalam kehidupan sekarang berikutan penularan Covid-19. Timbalan Ketua Menteri, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata, ketika negara masih lagi menguatkuasakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), rakyat perlu mematuhi prosedur operasi standard (SOP) demi keselamatan bersama. Sehubungan itu katanya, sambutan Hari Raya pada tahun ini berbeza berbanding tahun sebelumnya.
KUCHING / 22/05/2020
GPS mengulangi sokongan mereka kepada YAB TAN SRI MUHYIDDIN YASSIN sebagai Perdana Menteri Malaysia demi kepentingan Nasional untuk keperluan kerajaan persekutuan yang stabil. Pemahaman mengenai hal ini juga disokong sebagai kerangka pemerintahan yang berfungsi. GPS adalah rakan kongsi dalam Kerajaan Persekutuan. GPS harus terus melindungi, melindungi dan memperjuangkan Hak-hak Sarawak mengikut perlembagaan Persekutuan dan Negeri dan di bawah MA63 dan lGC.
KUCHING / 22/05/2020
Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak kini sedang merangka strategi dengan mencadangkan beberapa langkah bagi menghadapi sebarang kemungkinan berlaku gelombang kedua penularan wabak COVID-19 di Sarawak. Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata ini selepas JPBN menerima laporan daripada Jawatankuasa Bertindak Pengawalan dan Pencegahan yang diketuai oleh Profesor Datu Dr. Andrew Kiyu dari Fakulti Perubatan Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS).
KUCHING / 20/05/2020
CM Abg Jo hari ini menyaksikan satu majlis ringkas bagi Perjanjian Persefahaman Antara Kerajaan Sarawak dengan pihak bank yang terlibat dalam membantu Industri Kecil dan Sederhana melalui Dana Bantuan Khas Sarawakku Sayang sepertimana yang diumum Kerajaan Sarawak sebelum ini. Dana berjumlah RM1.0 bilion tersebut bakal memberi faedah kepada para pemohon daripada kalangan 40, 000 Industri Kecil dan Sederhana di seluruh negeri Sarawak.
KUCHING / 20/05/2020
Individu yang melanggar arahan untuk menjalani kuarantin di rumah boleh dikenakan denda atau penjara kerana ia satu kesalahan jenayah. Ini kerana menurut Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Dato Sri Dr Sim Kui Hian, arahan tersebut telah diwartakan bersama dengan Akta 342 (Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988). “Saya telah bercakap dengan Peguam Besar Negeri Sarawak, mereka yang melanggar arahan ini boleh dikenakan denda atau penjara kerana ia satu kesalahan jenayah, kerana arahan ini telah diwartakan bersama dengan Akta 342 (Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988).
KUCHING / 19/05/2020
Cadangan pembinaan Jalan Utama Kedua (STR) membabitkan kos RM6 bilion akan berfungsi sebagai jalan alternatif buat rakyat Sarawak. Menteri Muda Perancangan Bandar, Pentadbiran Tanah Dan Alam Sekitar Sarawak, Datu Len Talif Salleh berkata, ini kerana sekiranya salah satu Lebuhraya Pan Borneo dan jaringan jalan pantai terputus terutama ketika musim tengkujuh, maka STR berfungsi sebagai jalan alternatif.
KUCHING / 19/05/2020
Sebanyak 1,600 penerima sumbangan di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Satok menerima bantuan makanan tambahan ekoran Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB). Sebelum ini, bantuan serupa turut diagihkan kepada golongan memerlukan semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Penerima bantuan itu terdiri daripada golongan asnaf dan B40 sempena sambutan Aidilfiti, sumbangan Pusat Khidmat Dewan Undangan Negeri (DUN) Satok. Berikutan PKPB, agihan bantuan itu dihantar ke setiap rumah oleh petugas.
KUCHING / 15/05/2020
15 Mei 2020 Siaran Langsung: Sidang Media COVID-19
LIMBANG / 15/05/2020
Umat Islam digalakkan untuk berinteraksi bukan sahaja dalam kalangan masyarakat seagama sahaja tetapi juga dengan masyarakat lain yang tidak seagama supaya wujud suasana yang mesra dan hormat-menghormati di antara satu dengan yang lain. Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Awang Tengah bin Ali Hasan berkata ini penting dalam usaha memupuk dan memantapkan lagi perpaduan ummah di kalangan masyarakat yang berbilang kaum, agama dan latar belakang yang berbeza.
KUCHING / 15/05/2020
Insiatif Kerajaan Sarawak membina dan menaik taraf Jalan Utama Kedua yang menghubungi Daerah Roban hingga Kota Samarahan bakal meningkatkan taraf hidup penduduk setempat yang sebahagian besarnya petani dan nelayan selain merancakkan lagi perkembangan sektor pelancongan sekaligus menyediakan peluang ekonomi kepada rakyat. Memetik laporan UKAS, Menteri Muda Perancangan Bandar, Pentadbiran Tanah dan Alam Sekitar, Datu Len Talif Salleh berkata, pembinaan jalan raya sepanjang 112 kilometer dari Roban hingga Kota Samarahan yang dicadangkan itu menjimatkan masa perjalanan dari Sarikei ke Kuching hanya kira-kira tiga jam berbanding lima hingga enam jam ketika ini.
KUCHING / 14/05/2020
Kementerian Kebajikan, Kesejahteraan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kanak-Kanak memperuntukkan RM315,000 bagi menyediakan 10,500 kotak makanan Sumbangsih Gawai-Raya kepada petugas barisan hadapan Covid-19. Menterinya, Dato Sri Fatimah Abdullah berkata, ekoran penularan Covid-19 pada awal tahun ini, kementerian menambah jumlah sumbangsih itu untuk diagihkan kepada 23 agensi petugas barisan hadapan sebagai menghargai pengorbanan dan jasa mereka.
KOTA SAMARAHAN / 12/05/2020
Polis Sarawak melaksanakan 51 operasi sekatan jalan raya (SJR) serta menubuhkan Pasukan Polis Pemantau bermula 10 Mei hingga 9 Jun, di negeri ini. Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Aidi Ismail berkata, tindakan itu dilaksanakan bagi mengawal pergerakan rentas daerah serta memastikan sektor ekonomi yang dibenarkan beroperasi mengikuti prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan oleh Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN).
KUCHING / 12/05/2020
Waktu operasi bagi semua sektor ekonomi yang dibenarkan dibuka bermula jam 7 pagi hingga 10 malam di negeri ini. Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata, perkara tersebut diputuskan semasa mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak, hari ini. “Kerajaan telah menyelaraskan tempoh operasi bagi semua sektor ekonomi di negeri ini untuk mengelak kekeliruan orang ramai," katanya semasa sidang media, di sini hari ini.
KUCHING / 08/05/2020
Pakej Bantuan Khas Sarawakku Sayang (BKSS) 3.0 akan melibatkan suntikan dana berjumlah RM0.30 bilion (RM300 juta) kepada ekonomi Sarawak, kata Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg. Menurut Ketua Menteri, suntikan dana ini merupakan perbelanjaan Kerajaan Sarawak sepenuhnya. Secara keseluruhan, kata Ketua Menteri jumlah suntikan dana kepada ekonomi Sarawak melalui Pakej Bantuan Khas Sarawakku Sayang (BKSS) 2020 adalah berjumlah RM2.56 bilion iaitu melalui:
KUCHING / 08/05/2020
Penghargaan dan terimakasih Kerajaan Persekutuan khususnya YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin, Perdana Menteri Malaysia, di atas keprihatinan beliau terhadap rakyat dan negeri Sarawak, berhubung persetujuan penyelesaian dalam rundingan mengenai urusan minyak dan gas serta cukai jualan ke atas produk petroleum di Sarawak di antara Kerajaan Negeri Sarawak dan Petroliam Nasional Berhad (PETRONAS).
KUCHING / 08/05/2020
Sidang Media Bantuan Khas Sarawakku Sayang 3.0 Oleh YAB Ketua Menteri Sarawak Pada 8 Mei 2020
KUCHING / 08/05/2020
Sejumlah 380,887 penerima bantuan makanan di kawasan luar bandar dan pedalaman sudah menerima bantuan itu sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berikutan Covid-19. Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata, bantuan makanan Sarawakku Sayang itu memperuntukkan sejumlah RM16.4 juta bagi membantu golongan kurang berkemampuan di semua kawasan 82 Dewan Undangan Negeri (DUN) tanpa mengira kaum, agama dan politik.
KUCHING / 07/05/2020
Dalam mendepani cabaran pasca pandemik COVID-19, kerajaan sarawak telah mengumumkan penubuhan Majlis Tindakan Ekonomi Negeri untuk mempermudahkan Strategi Pemulihan Ekonomi Pasca COVID-19 Sehingga Tahun 2030 dengan penekanan kepada ekonomi digital dan kelestarian alam sekitar. Ketua Menteri, Datuk Patinggi (Dr) Abang Haji Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Haji Openg dalam sidang media khasnya di Kuching pada Rabu berkata, Majlis Tindakan Ekonomi Negeri Itu akan mengkaji perincian sembilan sektor ekonomi, sosial dan tadbir urus di negeri ini.
KUCHING / 05/05/2020
Kementerian Kebajikan, Kesejahteraan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kanak-Kanak (KWKPK) Sarawak dipertanggungjawabkan untuk menyediakan kawasan rehat bagi petugas barisan hadapan yang bertugas di Hospital Umum Sarawak (HUS). Menurut Menterinya, Datuk Seri Fatimah Abdullah, bagi tujuan itu, kerajaan negeri melalui Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) meluluskan peruntukan sebanyak RM107,100 bagi menyediakan kawasan rehat ini sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) fasa empat.
KUCHING / 01/05/2020
Kumpulan pertama iaitu seramai 287 pelajar Sarawak yang menuntut di Semenanjung dihantar pulang ke kampung halaman bermula hari ini. Antara kumpulan pertama itu ialah pelajar dari Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) akan berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada jam 10.30 pagi tadi. Memetik Astro Awani urusan penghantaran pulang itu adalah dibawah kendalian Kementerian Pengajian Tinggi, UPSI, Sarawak Volunteers dan Rumah Sarawak.
SEPANG / 01/05/2020
Kumpulan pertama iaitu seramai 287 pelajar Sarawak yang menuntut di Semenanjung dihantar pulang ke kampung halaman bermula hari ini. Antara kumpulan pertama itu ialah pelajar dari Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) akan berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada jam 10.30 pagi tadi. Memetik Astro Awani urusan penghantaran pulang itu adalah dibawah kendalian Kementerian Pengajian Tinggi, UPSI, Sarawak Volunteers dan Rumah Sarawak.