MARUDI / 30/04/2020
Raban orang ti bedaja di makit tamu diatu berasai lantang seput pengudah dikemendar bedagang sereta nyual asil utai tanam sida, tang sida mesti nitihka chara tauka atur ti udah ditetapka perintah. Ngambi penerang ari UKAS, enti sebedau tu sepemanjai Atur Tagang Pemindah (PKP) mayuh orang ti bedagang enda ulih bejalaika pengawa dagang sida ketegal ti nitihka atur diau di rumah dikena munaska rantai igi penyakit berampit Covid-19.
BINTULU / 30/04/2020
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Maritim Bintulu tetap melaksanakan operasi penguatkuasaan terutama di perairan Bintulu meskipun di bulan Ramadan. Ia bagi memastikan tiada pelanggaran undang-undang dilakukan oleh komuniti maritim setempat dan pencerobohan nelayan asing,selain bertindak sebagai barisan hadapan (frontliners) semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi mengekang Covid-19.
KUCHING / 30/04/2020
Kerajaan Sarawak sumbang RM10 juta untuk membeli pelbagai peralatan perlindungan diri (PPE) yang diperlukan petugas barisan hadapan. Timbalan Ketua Menteri yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN), Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata, pembelian itu untuk memastikan petugas barisan hadapan dilengkapi dengan PPE ketika menjalankan tugas. “Kita juga telah menerima sumbangan daripada badan-badan korporat.
KUCHING / 28/04/2020
Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah mewakili Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg menerima kunjungan hormat daripada rombongan Pakar Perubatan China di pejabat Ketua Menteri, Wisma Bapa Malaysia, Kuching, hari ini.
SEBUYAU / 24/04/2020
Seramai 3,500 ketua isi rumah di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sebuyau menerima bantuan penutup hidung dan mulut sumbangan daripada kerajaan Sarawak yang diagihkan bermula semalam. Agihan bantuan penutup hidung dan mulut telah dilakukan oleh Jawatankuasa Bencana Bahagian Samarahan melalui Ketua Masyarakat dan Ketua Kaum (KMKK) Sebuyau serta turut dibantu Pusat Khidmat DUN Sebuyau. Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sebuyau yang juga Menteri Muda Pembangunan Pelabuhan dan Infrastruktur Sarawak, Datuk Julaihi Narawi berharap sumbangan penutup hidung dan mulut tersebut dapat membantu mengurangkan risiko jangkitan Covid-19 dalam kalangan masyarakat setempat.
BINTANGOR / 24/04/2020
Seramai 65,000 peniaga kecil dan penjaja di seluruh Sarawak yang berdaftar di bawah Pihak Berkuasa Tempatan bakal menerima manfaat dari Bantuan Khas Sarawakku Sayang (BKSS). Menurut ADUN Meradong, Datuk Ding Kuong Hiing, setiap peniaga yang layak akan menerima RM1,500 yang dibayar melalui akaun Sarawak Pay dengan kos keseluruhan berjumlah RM98.4 juta. Jelasnya, bantuan itu sedikit sebanyak dapat meringankan beban ditanggung para penjaja khasnya di daerah Meradong yang terjejas teruk kerana tidak dapat menjalankan berniaga semasa Perintah Kawalan Pergerakan.
SIBU / 24/04/2020
Seramai 11 lagi Ketua Isi Rumah (KIR) di perkampungan Cina Sungai Bidut menerima Bantuan Makanan Sarawakku Sayang pada Khamis. Penerima bantuan terdiri daripada penduduk Jalan Hua Lai, Jalan Guong Ming, Jalan Kuok Tiong dan Jalan Ting Sing. Pengagihan bantuan tersebut dilaksanakan SUPP Cawangan Bawang Assan. >Sehingga Khamis, sebanyak 4,015 bantuan telah diagihkan kepada penduduk di DUN Bawang Assan. -EDISI UKAS
KUCHING / 23/04/2020
Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Zohari Tun Abang Haji Openg mohon ketabahan semua dalam menjalani ibadah puasa serta perayaan Gawai yang pada kali ini disambut luar daripada kebiasaan susulan arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) wabak COVID-19. “Dalam pada kita sedang menghadapi gejala wabak COVID-19 dan berada dalam Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), saya dengan kesempatan ini bagi pihak Kerajaan Sarawak ingin mengucapkan selamat menjalani ibadah Puasa di bulan Ramadhan kepada seluruh kaum Muslimin di negeri ini.
KUCHING / 21/04/2020
Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) menjadi tempat saringan bagi semua kasual kontak di bahagian Kota Samarahan. Timbalan Ketua Menteri merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata, keputusan itu dibuat dalam mesyuarat JPBN untuk membolehkan semua kontak kasual yang belum di kesan di Kota Samarahan dapat membuat saringan secara pandu lalu di institusi berkenaan. Dalam perkembangan berkaitan, Uggah berkata jawatankuasa ini juga memutuskan supaya Jabatan Tenaga Kerja dan Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan membantu untuk memantau kebajikan dan kesihatan seramai 138,183 pekerja asing di negeri ini.
KUCHING / 20/04/2020
Semua penumpang domestik penerbangan dalam Sarawak dikehendaki mengisi borang e-Health Declaration (borang pengisytiharan kesihatan) berkuatkuasa serta merta, hari ini. Timbalan Ketua Menteri, Datuk Amar Douglas Uggah Embas merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBN) berkata, borang tersebut boleh didapati di laman web
http://sdmc.sarawak.gov.my. Dalam pada itu, katanya, semua rakyat Sarawak yang balik dari Semenanjung Malaysia, Sabah dan Labuan akan menjalani kuarantin selama 14 hari di mana mereka tiba (destinasi terakhir) iaitu sama ada di Kuching, Sibu, Bintulu dan Miri.
SERIAN / 17/04/2020
Pengagihan Bantuan Makanan Sarawakku Sayang bagi kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedup giat dilaksanakan dengan seramai 5,269 ketua isi rumah sudah menerima sumbangan tersebut setakat ini. Pusat Khidmat DUN Kedup memberitahu, kesemua pengagihan Bantuan Makanan Sarawakku Sayang itu melibatkan 61 buah kampung di kawasan Kedup. >Jelasnya, jumlah keseluruhan penerima yang layak dari fasa satu dan fasa dua di DUN Kedup adalah seramai 6,099 orang.
KUCHING / 17/04/2020
Setakat ini, 14 buah hotel di Sarawak telah menempatkan 1,091 PUS (Person Under Surveillance) di Kuching, Bintulu, Miri dan Limbang. Mereka ini merupakan rakyat Sarawak yang baru tiba dari luar negara, Semenanjung, Sabah dan Labuan. Menurut Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas, terdapat penambahan 14 orang rakyat Sarawak yang tiba dari luar negara, Semenanjung, Sabah dan Labuan.
KUCHING / 17/04/2020
Pusat-pusat kuarantin #COVID_19 di Sarawak
KUCHING / 16/04/2020
Kerajaan Sarawak telah memperuntukkan RM2.3 juta bagi membeli hasil pertanian daripada pekebun tempatan yang tidak terjual sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Timbalan Ketua Menteri merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata daripada jumlah itu, RM1.5 juta diperuntukkan kepada Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK). RM600,000 diagihkan kepada Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) dan RM200,000 diberikan kepada Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA).
SIBU / 11/04/2020
Usahawan Perindustrian Kecil dan Sederhana (PKS), usahawan mikro, peniaga pasar malam dan penjaja perlu merebut peluang pakej Bantuan Khas Sarawakku Sayang (BKSS) 2.0. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Daro, Safiee Ahmad berkata, BKSS 2.0 yang diumum Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg bukti jelas keprihatian kerajaan Sarawak terhadap usahawan di negeri ini.
KUCHING / 11/04/2020
KETUA Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Abang Haji Openg mencadangkan supaya para penjaja/peniaga yang masih belum mempunyai lesen, untuk mendaftar terlebih dahulu dengan pihak Kerajaan Tempatan setempat. Menurut beliau, sekiranya mereka ingin mendaftar pada masa ini, permohonan tersebut akan dipertimbangkan untuk mendapatkan manfaat daripada Pakej Bantuan Sarawakku Sayang (PBSS).
KUCHING / 10/04/2020
Siaran Langsung Sidang Media Oleh Yab Datuk Patinggi (DR) Abang Haji Abdul Rahman Zohari Bin Tun Datuk Abang Haji Openg , Ketua Menteri Sarawak Di Bilik Mesyuarat Utama, Tingkat 2, Wisma Bapa Malaysia.
KUCHING / 10/04/2020
Pengumuman pakej Bantuan Khas Sarawakku Sayang (BKSS) 2.0 bertujuan untuk meringankan beban kewangan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS), Perusahaan Mikro, Penjaja dan Peniaga di Sarawak selain membantu golongan terbabit meneruskan perniagaan serta kelangsungan hidup ekoran impak pandemik COVID-19, menurut Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Zohari Tun Abang Haji Openg. Kata beliau, pihaknya sedar akan kewujudan dan peranan PKS yang menjadi salah satu pemacu kepada ekonomi Sarawak.
MIRI / 10/04/2020
Sejak arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuatkuasakan pada 18 Mac lepas, telah memberi kesan kepada pendapatan pekebun dan petani disebabkan kekurangan permintaan hingga menyebabkan lambakkan hasil pertanian yang tidak dapat dijual. Dalam usaha mengatasi masalah ini, Kerajaan Sarawak telah mengambil inisiatif dengan membeli kesemua hasil jualan pekebun dan petani di sekitar Miri yang dijual secara borong.
KUCHING / 09/04/2020
Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Jo telah menghadiri Mesyuarat Jawatankuasa Keselamatan Negeri di Bilik Gerakan Negeri di Wisma Bapa Malaysia, Petra Jaya Kuching. Timbalan Ketua Menteri, Tan Sri Datuk Amar Dr James Jemut Masing dan Menteri Muda Di Pejabat Ketua Menteri (Hal Ehwal Korporat & UKAS), Abdullah Saidol turut hadir dalam mesyuarat yang dipengerusikan oleh Ketua Menteri pagi ini tadi.
KUCHING / 08/04/2020
Sebanyak 51 kawasan yang sedang dan akan dilakukan operasi nyahcemar bermula 30 Mac hingga 14 April 2020. Menurut Menteri Pelancongan, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan, Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, ia meliputi daerah Kuching dengan 22 operasi nyahcemar ini diikuti Miri (lapan), Samarahan (tujuh), Sibu dah Sarikei masing-masing (empat), Limbang (tiga), Betong (dua) dan Sri Aman (satu). Menurut beliau, Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sarawak bersama Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia melakukan operasi tersebut di kawasan Zon Merah dan Zon Jingga.
MIRI / 05/04/2020
Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Haji Zohari Tun Openg pagi ini mengumumkan bahawa Kerajaan Sarawak telah memutuskan tidak membenarkan Bazar Ramadhan sebagai langkah beterusan untuk memutuskan rantaian jangkitan COVID-19. Beliau berkata bazar Gawai yang dekat dengan musim puasa juga tidak dibenarkan supaya masyarakat terus selamat daripada COVID-19. Beliau membuat pengumuman tersebut dalam suatu sidang media selepas melancarkan operasi khas penghantaran bekalan makanan ke kawasan pedalaman Sarawak bertempat di hangar BOMBA di sini.
LAWAS / 03/04/2020
Penghantaran bantuan makanan ke beberapa penempatan di Ba’kelalan diteruskan khususnya ke kawasan yang masih belum menerima bantuan ini. Penghantaran bantuan makanan itu termasuklah di Zon Ba’kelalan, Zon Long Semadoh dan Zon Long Sukang di DUN Ba’kelalan. Dalam pada itu, Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar 2 yang juga AHli Parlimen Lawas Dato Henry Sum Agong bersama Pegawai Daerah Lawas Ladin Atok telah sama-sama mengagihkan bantuan makanan ke lokaliti-lokaliti di Jalan Trusan dan beberapa kampung di kawasan ini.
KUCHING / 03/04/2020
Jika sebelum ini kelulusan untuk bergerak dari daerah ke daerah perlu mendapatkan kelulusan dari Pejabat Daerah. Bagaimanapun, menurut Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas, berkuatkuasa 3 April, kelulusan ini perlu diperolehi di Balai Polis berdekatan. “Pada sesiapa yang sebelum ini telah mendapatkan kelulusan dari Pejabat Daerah, bermula 3 April hendaklah disahkan semula di Balai Polis berdekatan,” katanya.
KUCHING / 02/04/2020
Seramai 430,000 rakyat Sarawak berpendapatan rendah kumpulan B40 bakal menerima bayaran bantuan Khas Sarawakku Sayang (BKSS). >Menurut kenyataan media Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri di sini, hari ini, golongan ini merupakan senarai penerima Bantuan Sara Hidup (BSH) pada Januari 2020 yang diluluskan Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM). Penerima akan menerima bantuan tunai bulanan sebanyak RM250 untuk tempoh enam bulan mulai April hingga September, bagi meringankan beban golongan ini dalam menghadapi kesan COVID-19.
KUCHING / 01/04/2020
Perkhidmatan penghantaran bekalan makanan asas kepada golongan sasar dijangka dilaksanakan bermula 3 April atau 4 April ini. Menteri Kebajikan, Kesejahteraan Komuniti, Wanita Keluarga Dan Pembangunan Kanak-Kanak, Datuk Seri Fatimah Abdullah dalam kenyataan media berkata, golongan sasar yang dibekalkan dengan makanan asas ini terdiri daripada Ketua Isi Rumah (KIR) di luar bandar dan pedalaman, bandar miskin, dan mereka yang terputus pendapatan kerana Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
KUCHING / 01/04/2020
Unit Dron Pasukan Gerakan Udara (PGU), Polis Diraja Malaysia (PDRM) Pangkalan Sarawak dengan kerjasama Unit Risik PGU tidak ketinggalan dalam membantu kerajaan menangani penularan Covid-19 di negeri ini. Kedua-dua pasukan ini menjalankan pemantauan dan penggambaran udara melalui OP COVID-19 menggunakan dron di kawasan titik panas (hot spot), seluruh negeri Sarawak bermula pada 31 Mac, jam 7.00 malam hingga 2 April jam 2.00 pagi.
KUCHING / 01/04/2020
Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Jo tiba di Masjid Bahagian Kuching pagi ini tadi. Sejurus ketibaan beliau, Datuk Patinggi Abang Jo telah diberi taklimat ringkas oleh Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Sarawak Khirudin bin Drahman mengenai proses-proses diinfeksi yang bakal dijalankan. Hadir sama mengiringi Ketua Menteri adalah Menteri Muda Utiliti Bekalan Air dan DBKU, Datuk Dr Haji Abdul Rahman Junaidi, Datuk Bandar DBKU, Datu Haji Junaidi Reduan dan beberapa yang lain.