KUCHING / 30/06/2020
Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata Kerajaan Negeri Sarawak akan meneruskan pembinaan kesemua projek jambatan yang dibatalkan oleh Kerajaan Persekutuan sebelum ini. "Kita ada dana. Kita akan teruskan pembinaan jambatan-jambatan ini menggunakan wang kita sendiri. "Kita juga tidak akan meminta kerajaan persekutuan mengkaji semula projek-projek ini kerana ia hanya akan melambatkan ia disiapkan," katanya kepada pemberita selepas menyempurnakan Majlis Pecah Tanah Projek Jalan Sungai Maong ke Segedup di sini hari ini.
KUCHING / 28/06/2020
Usaha yang dilakukan oleh Kerajaan Gabungan Parti Sarawak (GPS) selama ini untuk memberi khidmat kepada rakyat, bukannya disebabkan pilihan raya. Naib Yang Dipertua Kanan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, sebaliknya langkah itu adalah komitmen serta ikrar ahli dan pucuk pimpinan GPS kepada rakyat. “Kita memberi khidmat bukan disebabkan pilihan raya tetapi itulah komitmen kita (GPS) untuk menjaga kebajikan rakyat tanpa mengira kaum dan agama,” katanya kepada pemberita selepas menziarahi mangsa kebakaran di Kampung Semerah Padi, Petra Jaya.
KUCHING / 26/06/2020
Kerajaan akan menyelesaikan isu-isu berbangkit mengenai pembinaan sekolah daif sekaligus mencari kaedah untuk mempercepatkan pelaksanaan projek tersebut, di negeri ini. Menteri Kanan Infrastruktur- Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, pihaknya telah membuat lawatan dan berbincang bersama Jabatan Kerja Raya (JKR) Sarawak untuk mengenalpasti isu berbangkit dalam melaksanakan pembinaan sekolah daif melibatkan hubungan di peringkat kementerian, agensi dan juga kerajaan negeri.
KUCHING / 26/06/2020
Siaran Langsung Sidang Media COVID - 19 Sarawak Oleh YB Datuk Amar Douglas Uggah Embas Timbalan Ketua Menteri Sarawak
KUCHING / 26/06/2020
Sidang Media Status Terkini Projek Pelaksanaan Sekolah Daif Oleh Dato Sri Fadillah Yusof
SIBU / 24/06/2020
While in Sibu after a visit to Sarikei yesterday, Chief Minister Datuk Patinggi Abang Haji Zohari Tun Abang Haji Openg this morning made it a point to have a firsthand look at the progress of two of the projects that were approved by him last year. His first stop was at the site of the 6.75-kilometre road linking Salim Road and Sibu Jaya costing RM100 million. The dual carriageway of R5 JKR standard that serves as an alternative by-pass from Sibu Jaya to downtown Sibu and also to Durin Bridge is primarily to boost the development of the Sibu Jaya sattelite township.
SARIKEI / 23/06/2020
YAB Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Haji Zohari Tun Abang Haji Openg pagi ini mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Penyelarasan Pembangunan Negeri Ke-10 yang dihoskan oleh Bahagian Sarikei di Pusat Inovasi Sarikei. Mesyuarat bertujuan untuk menerima laporan daripada pelbagai agensi pelaksana Projek Rakyat, khususnya di Bahagian Sarikei di samping mengenalpasti permasalahan yang dihadapi oleh agensi dan kontraktor.
KUCHING / 22/06/2020
Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Cawangan Pantai Damai menyatakan sokongan tidak berbelah bahagi kepada Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg untuk terus menerajui Sarawak. Naib Presiden PBB, Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi berkata, ia berdasarkan pelbagai inisiatif telah diperkenalkan Abang Johari sejak memegang tampuk kepimpinan kira-kira tiga tahun lalu. Katanya, sokongan turut diberikan kepada kepimpinan kanan kerajaan Sarawak yang memberi banyak sumbangan kepada negeri ini.
KUCHING / 20/06/2020
Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Cawangan Pantai Damai menyatakan sokongan tidak berbelah bahagi kepada Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg untuk terus menerajui Sarawak. Naib Presiden PBB, Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi berkata, ia berdasarkan pelbagai inisiatif telah diperkenalkan Abang Johari sejak memegang tampuk kepimpinan kira-kira tiga tahun lalu. Katanya, sokongan turut diberikan kepada kepimpinan kanan kerajaan Sarawak yang memberi banyak sumbangan kepada negeri ini.
KUCHING / 19/06/2020
Tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) tidak menghalang pihak Jabatan Bekalan Air Luar Bandar (JBALB) untuk terus menambah baik pelaksanaan projek bekalan air di kawasan luar bandar, kata Menteri Muda Utiliti (Bekalan Air) Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi. “Sepanjang tempoh tersebut pelbagai pendekatan diambil Kementerian Utiliti menerusi JBALB. Antaranya merangkumi perkongsian maklumat semasa mengenai bekalan air dengan masyarakat awam menerusi rangkaian multimedia.
BAU / 17/06/2020
Menteri Pendidikan, Sains dan Penyelidikan Teknologi Sarawak, Dato Sri Michael Manyin Jawong berpuas hati dengan persediaan dan persiapan yang dilakukan oleh pihak pengurusan di empat buah sekolah menengah di Daerah Bau. Sebelum itu, beliau telah melakukan lawatan dan tinjauan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Paku, SMK Lake, SMK Singai dan SMK Bau di sini hari ini.
KUCHING / 16/06/2020
Buletin pertama Setiausaha Kerajaan Negeri Sarawak dilancar pada hari ini, platform untuk menyalurkan maklumat dan aktiviti Perkhidmatan Awam Negeri di Sarawak. Majlis pelancaran itu dilakukan Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Amar Jaul Samion di Wisma Bapa Malaysia. Buletin dwi-bulanan itu diterbitkan dalam Bahasa Melayu turut menyiarkan pelbagai aktiviti dan pencapaian anggota perkhidmatan awam di negeri Sarawak.
KUCHING / 13/06/2020
Pelaksanaan sektor pertanian di Sarawak secara besar-besaran mampu menyediakan peluang pekerjaan khususnya kepada golongan belia dan graduan, di negeri ini. >Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC), Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, satu kertas kerja berhubung perkara ini akan dibawa ke mesyuarat kabinet pada hujung bulan ini. “Perancangan ini merupakan alternatif untuk memberi peluang pekerjaan kepada belia dan graduan yang masih belum mendapat kerja di Sarawak," katanya.
SIBU / 16/06/2020
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Daro, Safiee Ahmad mengajak rakan seperjuangan dalam Gabungan Parti Sarawak (GPS) khususnya Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) memperkuatkan jentera parti dan saling bekerjasama bagi menyahut seruan Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg. Beliau berkata, wakil rakyat GPS khususnya PBB sentiasa bersiap sedia untuk menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Ke-12.
KUCHING / 12/06/2020
YAB Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Abg Hj Openg merangkap Yang diPertua Parti Pesaka Bumiputera Bersatu ( PBB ) mempengerusi Mesyuarat Majlis Tertinggi PBB ke-9 bertempat di Ibu Pejabat PBB, Jalan Bako. Pada Sidang Media, YAB Abg Jo terlebih dahulu merakamkan terima kasih diatas kerjasama semua rakyat Sarawak dalam membantu menurukan wabak Covib -19 dan juga para barisan hadapan yang terdiri daripada pihak KKM PDRM, ATM, Bomba, Agensi dan NGO serta pihak Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak.
KUCHING / 12/06/2020
Sidang media selepas Mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) Parti PBB di Ibu Pejabat Parti PBB, Jalan Bako, Kuching, hari ini. Mesyuarat itu dipengerusikan oleh Ketua Menteri merangkap Yang DiPertua Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg.
KUCHING / 11/06/2020
Kementerian Pendidikan, Sains dan Penyelidikan Teknologi amat menyokong penuh usaha kerajaan pusat untuk membuka semula sesi persekolahan khususnya bagi pelajar yang bakal menduduki peperiksaan. Menterinya, Dato Sri Michael Manyin Jawong berkata, Sarawak menyambut baik pengumuman yang diumumkan oleh Menteri Pendidikan Dr Mohd Radzi Jidin semalam. “Sarawak melalui Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak dan kementerian saya menyambut baik pengumuman yang diumumkan kelmarin mengenai sekolah akan dibuka semula pada 24 Jun tahun ini terutamanya bagi kelas-kelas peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM), Sijil Vokasional Malaysia (SVM) dan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM).
PUSA / 11/06/2020
Sarawak mensasarkan perkhidmatan feri tidak lagi digunakan menjelang tahun 2024 di negeri ini. Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata, ini terutamanya dalam menggerakkan nadi jaringan perhubungan infrastruktur di kawasan jalan pesisir pantai dari Kuching ke Sibu. >Katanya lagi, Kerajaan Sarawak kini sedang melaksanakan beberapa projek utama dalam memantapkan jaringan utama jalan pesisir pantai, termasuk pembinaan jambatan.
KUCHING / 11/06/2020
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Demak Laut Dr Hazland Abang Hipni menyambut baik inisiatif Kerajaan Sarawak dalam penyambungan digital di seluruh Sarawak sehingga 2025. Katanya, sejak diperkenalkan pada tahun 2017, Sarawak telah menerima banyak manfaat khususnya dari segi pelaburan luar negara, kecekapan pentadbiran dan kemudahan infrastruktur digital selain seminar antarabangsa berkaitan digital dunia yang memberi banyak kesan positif dan manfaat kepada Sarawak.
KUCHING / 10/06/2020
Sarawak melaksanakan pendekatan awal untuk jana semula ekonomi serta membangunkan sektor pelancongan, ekoran pandemik Covid-19. Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan, Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, ini kerana, sektor pelancongan merupakan salah satu sektor yang terjejas teruk ekoran penularan wabak itu. “Pendekatan awal yang dilaksanakan ialah pelancongan secara dalaman (pelancongan domestik) dengan kerjasama negara jiran seperti Brunei dan Singapura, ” katanya.
DARO / 10/06/2020
Sebanyak 55 projek di bawah Program Transformasi Luar Bandar (RTP) bagi kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Daro akan dilaksanakan pada 2020. Semasa Mesyuarat Penyelarasan Projek RTP pada Selasa, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Daro, Safiee Ahmad berkata antara projek yang akan dilaksanakan seperti menaik taraf jalan, pembinaan jeti dan pontoon, menaik taraf surau, tokong cina, gereja, pembinaan benteng dan sistem perparitan melibatkan beberapa buah kampung dan rumah panjang.
KUCHING / 05/06/2020
Media di Sarawak sama ada media elektronik, media cetak dan media sosial memainkan peranan penting dalam menyalurkan maklumat dan informasi positif dalam pentingnya bertindak awal bagi mencegah kebakaran. Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JPBM) Negeri Sarawak PKPjB Khirudin Drahman @ Hussaini berkata, laporan sebegini penting dalam memberikan impak positif kepada masyarakat supaya lebih bersedia berhadapan dengan situasi kebakaran.
KUCHING / 04/06/2020
Dengan catatan sifar kes positif COVID-19 selama lapan hari berturut-turut, Kerajaan Sarawak merakamkan ucapan penghargaan kepada rakyat Sarawak atas kerjasama mematuhi arahan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB). Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata, pencapaian yang diraih rakyat Sarawak sehingga ke tahap ini merupakan pencapaian bersama hasil sumbangan dari setiap individu.
KUCHING / 04/06/2020
Kerajaan Sarawak akan menanggung sepenuhnya kos pengambilan sampel saringan COVID-19 untuk rakyat Sarawak yang terkandas. Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata, sehubungan itu, semua rakyat Sarawak yang terkandas di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Labuan dan tidak dapat mengambil sampel atas sebab-sebab tertentu dibenarkan balik ke Sarawak. “Sampel saringan COVID-19 mereka akan diambil sebaik sahaja tiba di Sarawak. Kos untuk pengambilan sampel tersebut akan ditanggung oleh kerajaan Sarawak,” katanya.
KUCHING / 04/06/2020
Bagi mereka yang ingin memasuki Sarawak atas Urusan Perniagaan, mereka perlu melampirkan jadual pergerakan untuk dipertimbangkan. >Menurut Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) Datuk Amar Douglas Uggah Embas, keputusan tersebut dibuat bagi memperhalusi arahan yang telah dikeluarkan pada Rabu, 3 Jun 2020 berhubung syarat kemasukan ke Sarawak. Manakala bagi Penjawat Awam yang menghadiri mesyuarat di Semenanjung, Sabah dan Labuan, mereka perlu mendapatkan surat pengesahan daripada Ketua Jabatan dimana mereka perlu menyatakan tarikh bertolak dan kembali.
KUCHING / 04/06/2020
Kementerian Kebajikan, Kesejahteraan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kanak-kanak (KWKPK) menggariskan lima garis panduan untuk Taman Asuhan Kanak-Kanak (Taska) yang akan beroperasi pada 9 Jun ini. Lima garis panduan itu ialah sebelum memulakan operasi, semasa ketibaan kanak-kanak, semasa berada di Institusi Pendidikan Awal Kanak-Kanak (IPAKK), sewaktu kelas berakhir dan taklimat keselamatan kepada ibu bapa, guru serta kakitangan IPAKK.
KUCHING / 04/06/2020
Kementerian Kerja Raya (KKR) menyeru semua kontraktor agar mematuhi contoh amalan terbaik pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP) supaya lebih banyak projek pembinaan dapat mula beroperasi sepenuhnya dan memberi impak positif kepada ekonomi negara. Menteri Kanan Infrastruktur, Dato’ Sri Fadillah Yusof dalam kenyataan media hari ini menjelaskan amalan SOP mampu menghalang penularan wabak COVID-19 di tapak pembinaan dan akan membolehkan projek-projek pembinaan dapat diteruskan.