MAC 2021

Swinburne Kampus Sarawak Bakal Jadi Institusi Antarabangsa : Abg. Jo

/ 31/03/2021

Universiti Teknologi Swinburne Kampus Sarawak bakal menjadi institusi pengajian tinggi antarabangsa terkemuka di Malaysia menjelang tahun 2025. Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg menyatakan  kerajaan negeri menerusi Yayasan Sarawak bekerjasama rapat dengan universiti berkenaan dalam mencapai matlamat terbabit. “Kita berusaha untuk mengembangkan universiti menjadi kampus bertaraf dunia di Kuching dengan kapasiti sekitar 5,000 pelajar dan ekosistem penyelidikan yang berkait rapat dengan Swinburne Melbourne.

Jenama Sarawak Akan Dipromosi Ke Luar Negara

/ 31/03/2021

Perbadanan Kemajuan Perusahaan Kayu Sarawak (STIDC) menandatangani memorandum persefahaman (MoU) dengan POLI.design, Milan, Itali sebagai langkah mengukuh sinergi dalam bidang keilmuan dan penyelidikan. >Ia bertujuan meningkatkan kerjasama penyelidikan bahan-bahan tempatan selain melaksanakan program kemahiran pereka muda Sarawak sebagai usaha mempromosikan jenama negeri ke Itali dan di Eropah.

Kerajaan GPS Laksana Projek Pembangunan Infrastruktur

/ 31/03/2021

Kerajaan Sarawak sentiasa mencari jalan bagi memaksimumkan pembangunan di kawasan luar bandar demi kepentingan negeri dan kesejahteraan rakyat. Timbalan Ketua Menteri, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata, Kerajaan Gabungan Parti Sarawak (GPS) yang diketuai Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg kini sedang melaksanakan pelbagai projek pembangunan infrastruktur. "Oleh sebab itu, kerajaan perlu mengambil balik tanah sama ada ia melibatkan tanah berhak milik atau tertakluk tuntutan tanah Hak Adat Bumiputera (NCR).

Sarawak Terima Peruntukan Pembangunan Kontraktor Penyenggaraan

/ 30/03/2021

Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi (PEMERKASA) yang bernilai RM20 bilion dengan suntikan fiskal baharu berjumlah RM11 bilion yang diumumkan oleh Kerajaan baru-baru ini memberi fokus kepada kontraktor G1 hingga G4 bagi projek penyenggaraan seperti pembaikan infrastruktur dan fasiliti awam. Menteri Kanan Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, bagi tahun 2021, Kementerian Kerja Raya (KKR) menerima peruntukan penyenggaraan RM1.3 bilion untuk melaksanakan kerja-kerja penyenggaraan di bawah program khusus seliaan KKR.

Abg Jo Ke Perbatasan Bagi Menerima Taklimat ICQS Lubok Antu/Nanga Badau

/ 30/03/2021

YAB Ketua Menteri Sarawak telah diberi taklimat oleh pihak Imigresen Sarawak, Kastam Sarawak, Polis DiRaja Malaysia, Angkata Tentera Malaysia dan Kuching Port Autority bertempat di perkarangan Kompleks Imigresen, Kastam, Kuaratin dan Keselamatan ( ICQS ), Lubok Antu, Sri Aman berhubung isu dan cabaran di kawasan tersebut. Tujuan lawatan kerja tersebut adalah untuk YAB Abg Jo dan kerajaan Sarawak mendengar dan melihat sendiri kekurangan yang ada di sekitar Perbatasan  Sarawak dan Indonesia di ICQS tersebut dan kawasan sekitarnya dan juga bagi mencari cara penyelesian khususnya Pendatang Tanpa Izin ( PATI ).

SABATI President, Yang Amat Berbahagia Datuk Amar Juma’ani Binti Tun Tuanku Haji Bujang Today Distributing Almost 50,000 Face Masks

/ 25/03/2021

SABATI President, Yang Amat Berbahagia Datuk Amar Juma’ani Binti Tun Tuanku Haji Bujang today distributing almost 50,000 face masks to 21 NGOs and welfare homes in Sarawak. She also pointed out that although we are getting used to the new norm with respect to mask wearing, hand sanitizing and social distancing we must not forget the financial implications of providing these essential protective items.

Tiada Tol Akan Dikenakan Di Semua Jambatan Di Sarawak: Abg. Jo

/ 23/03/2021

Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata semua jambatan di sepanjang jalan pesisir Sarawak tidak dikenakan bayaran tol. Beliau berkata ia adalah seperti yang diinginkan Allahyarham Pehin Sri Adenan Satem terdahulu. Beliau menambah lagi,  Kerajaan Sarawak menanggung kos pembinaan bagi semua jambatan di sepanjang jalan pesisir kecuali jambatan Sadong dan Samarahan.

Tiada Tol Akan Dikenakan Di Semua Jambatan Di Sarawak: Abg. Jo

/ 23/03/2021

Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata semua jambatan di sepanjang jalan pesisir Sarawak tidak dikenakan bayaran tol. Beliau berkata ia adalah seperti yang diinginkan Allahyarham Pehin Sri Adenan Satem terdahulu. Beliau menambah lagi,  Kerajaan Sarawak menanggung kos pembinaan bagi semua jambatan di sepanjang jalan pesisir kecuali jambatan Sadong dan Samarahan.

Abg Jo Officiates Earth Breaking Ceremony of Batang Lupar Bridge

/ 23/03/2021

Chief Minister Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg officiates at the earth-breaking ceremony of the Batang Lupar Bridge. The ceremony take place at the project’s site in Sebuyau, about 1.5km from the Sebuyau Ferry Base. The ceremony was originally scheduled for Feb 18 but was postponed to today due to concerns about the spread of Covid-19 in the state. The bridge, to be built in 48 months, will connect Sebuyau to Triso as well as replace the ferry services along the river.

Atas Keprihatinan Keselamatan Rakyat Sarawak, Abang Jo Turun Padang Dan Cadang Tubuhkan Blok Sementara

/ 22/03/2021

Di sebalik kesibukan tugasan harian yang tidak pernah reda di pejabatnya, tidak mematahkan semangat Datuk Patinggi Abang Jo untuk sampai ke Depot Tahanan Imigresen Semuja, Serian Sarawak petang ini tadi. Kira- kira pada jam 3.20 minit petang, Datuk Patinggi Abang Jo telah sampai di kem tersebut dan terus diberi taklimat berkaitan pengurusan tahanan sepanjang pandemik Covid 19 yang disampaikan oleh Pengarah Imigresen Malaysia Sarawak, Datu Ken Leben dan pegawai perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia yang disampaikan oleh Dr Ahmad Zhafir bin Zulkifli.

Abg Jo Serah Geran MRP Berjumlah RM 1.152 Juta

/ 20/03/2021

Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Zohari Openg telah memyampaikan Geran Projek Kecil Luar Bandar (MRP) kepada Lapan (8) persatuan dan pertubuhan bertempat di Pusat Khidmat N8 Satok petang ini tadi yang terdiri daripada: 1. Pertubuhan Anak Seni Bandarsah Kuching diwakili Pengerusinya Abdul Rahman Haji Zainuddin. 2. Persatuan Ibu Bapa SMV Matang diwakili Pengerusinya Lim Ah Juan.

Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Haji Zohari Tun Abang Haji Openg Petang Tadi Telah Menerima Dos Kedua Vaksin COVID-19

/ 19/03/2021

Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Haji Zohari Tun Abang Haji Openg petang tadi telah menerima dos kedua vaksin COVID-19 di Stadium Perpaduan, Petra Jaya yang dikendalikan Klinik Kesihatan Petra Jaya. Turut menerima dos kedua bersama beliau ialah Timbalan Ketua Menteri, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hassan dan Menteri Kerajaan Tempatan, Perumahan, Dato Sri Professor Dr. Sim Kui Hian dan Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak, Dr. Chin Zin Hing.

Sarawak Sudah Hantar Surat Beli Dos Vaksin - Uggah

/ 18/03/2021

Sarawak sudah menghantar surat permohonan secara rasmi kepada Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan, Khairy Jamaluddin untuk membeli dos vaksin Covid-19 sendiri. Timbalan Ketua Menteri, Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata, langkah itu bagi meningkatkan kapasiti bekalan sekali gus memenuhi jadual pemberian vaksin di negeri ini. Pada masa sama katanya, ia bagi membolehkan rakyat Sarawak mendapatkan vaksin dengan lebih cepat mengikut sasaran menjelang penghujung Ogos depan.

Agenda Transformasi Ekonomi Digital Utamakan Kesamarataan Hak Penduduk

/ 17/03/2021

Agenda Transformasi Ekonomi Digital Sarawak menjelang tahun 2030 dirangka dengan memberi hak saksama kepada penduduk di negeri ini. Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata, menerusi agenda mentransformasi Sarawak ke arah ekonomi digital, setiap peranan masyarakat akan dinilai berdasarkan merit atau kebolehan mereka. "Apabila kita mengubah ekonomi kita berdasarkan ekonomi digital, ia akan memberi peluang yang sama kepada semua rakyat terutama bagi mereka yang terlibat dalam pendekatan ekonomi baharu," katanya.

Kerajaan GPS Amal Dasar Kebebasan Beragama

/ 17/03/2021

Kerajaan Sarawak sentiasa bersikap konsisten dan tetap bersuara mengenai pendiriannya berkaitan kebebasan beragama dan perpaduan selama ini serta keputusan yang dibuat oleh Mahkamah Tinggi baru-baru ini. Buktinya pelbagai kenyataan telah dibuat oleh pucuk kepimpinan Gabungan Parti Sarawak (GPS) berkaitan perkara itu sejak kebelakangan ini dan beberapa tahun lalu, kata Kelab Penyokong GPS di sini.

Abg Jo Rasmi Sambutan Hari Wanita Antarabangsa 2021

/ 17/03/2021

Datuk Patinggi Abang Zohari Openg dan isteri Datuk Amar Hajah Juma'ani Tun Tuanku Haji Bujang hadir merasmikan sambutan Hari Wanita Antarabangsa 2021 bertempat di Wisma Bapa Malaysia hari ini. Hari Wanita Antarabangsa 2021 kali ini diadakan secara maya dan siaran langsung menerusi rangkaian televisyen dan platform digital. Dalam sambutan Hari Wanita Antarabangsa 2021 Sarawak (HWA21) ini juga, Ketua Menteri telah menyampaikan pengiktirafan khas kepada:

Utara Sarawak Bakal Berubah Wajah Menjelang 2026

/ 16/03/2021

Landskap pembangunan di kawasan Utara Sarawak akan berubah apabila kesemua projek infrastruktur yang sedang dan yang akan dilaksanakan dalam masa terdekat di Daerah Limbang dan Lawas siap sepenuhnya pada 2026, kata Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Haji Zohari bin Tun Abang Haji Openg. Beliau menyatakan demikian pada sidang media di akhir lawatan kerja sehari suntuk ke sini untuk meninjau beberapa projek pembangunan yang sedang dilaksanakan di Daerah Limbang dan Lawas.

Skim Pembesaran Kampung Ikut Spesifikasi Baharu

/ 13/03/2021

Permohonan Skim Pembesaran Kampung (SPK) Sadong Jaya dibuka 12 Mac lalu dengan memberi keutamaan kepada penduduk kampung tersebut. Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata, keutamaan turut diberikan kepada penduduk berpendapatan rendah dan sederhana yang tidak memiliki tanah untuk membina rumah. "Selain itu, kerajaan juga akan mewujudkan industri kotej di SPK ini supaya penduduk dapat melibatkan diri dalam bidang perniagaan kecil dan sederhana," katanya.

Ketua Menteri Abang Jo Menyantuni Tim Penerbitan Borneo Talk

/ 11/03/2021

Setelah selesai mengadakan lawatan kerja singkat ke Simunjan pada sebelah pagi tadi, Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Haji Zohari Tun Abang Haji Openg bergerak ke Gedong untuk merasmikan Projek Jiwa Murni Tentera Darat sempena Hari Tentera Darat Ke-88. Warga Gedong amat bertuah kerana projek pertama telah dilaksanakan di kawasan Gedong dengan projek membaik pulih 12 buah rumah orang miskin, membina 3 titi baru bagi 3 buah rumah orang miskin, menyelenggara Tanah Pekuburan Islam Gedong dan menyelenggara serta mengecat Masjid Gedong melibatkan keseluruhan peruntukkan sebanyak RM500,000.00.

Abg Jo Rasmi Projek Jiwa Murni Tentera Darat Di Gedong

/ 10/03/2021

Setelah selesai mengadakan lawatan kerja singkat ke Simunjan pada sebelah pagi tadi, Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Haji Zohari Tun Abang Haji Openg bergerak ke Gedong untuk merasmikan Projek Jiwa Murni Tentera Darat sempena Hari Tentera Darat Ke-88. Warga Gedong amat bertuah kerana projek pertama telah dilaksanakan di kawasan Gedong dengan projek membaik pulih 12 buah rumah orang miskin, membina 3 titi baru bagi 3 buah rumah orang miskin, menyelenggara Tanah Pekuburan Islam Gedong dan menyelenggara serta mengecat Masjid Gedong melibatkan keseluruhan peruntukkan sebanyak RM500,000.00.

Taman Perindustrian Sematan Dijangka Siap 22 Disember Ini

/ 10/03/2021

Pelaksanaan fasa pertama projek Taman Perindustrian Sematan dijangka siap sepenuhnya pada 22 Disember 2021. Timbalan Ketua Menteri, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata, meskipun projek ini mengalami sedikit kelewatan, kontraktor yang bertanggungjawab memberi jaminan bahawa ia akan siap pada penghujung tahun ini. "Pelaksanaan projek ini menghadapi sedikit kelewatan sekitar tiga peratus. Bagaimanapun, pihak kontraktor yakin bahawa mereka dapat menyiapkan fasa pertama projek pada 22 Disember tahun ini," katanya.

Ketua Menteri Abg Jo Mengadakan Lawatan Kerja Ke Simunjan, Gedong

/ 10/03/2021

Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Haji Zohari bin Tun Datuk Abang Haji Openg pagi tadi mengadakan lawatan kerja singkat ke Simunjan untuk meninjau projek-projek pembangunan yang sedang dilaksanakan. Sejurus tiba beliau telah diberi taklimat oleh agensi-agensi pelaksana mengenai projek-projek berkenaan termasuk projek tebatan hakisan sungai bertempat di Anjung Rehat di sini. Dalam sidang media kemudian, Datuk Patinggi Abang Haji Zohari berkata kajian menyeluruh dari segi struktur tanah dan hidrologi hendaklah dilaksanakan bagi projek tebatan hakisan tersebut untuk menjana konsep projek yang menyeluruh pada hujung tahun ini.

CM Abg Jo Terima Kunjungan Hormat Panglima Tentera Darat

/ 09/03/2021

YAB Datuk Patinggi (Dr) Abang Haji Abdul Rahman Zohari bin Tun Datuk Abang Haji Openg menerima kunjungan hormat daripada Panglima Tentera Darat (PTD) , Jeneral Tan Sri Datuk Zamrose bin Mohd Zain, ke Markas Pemerintahan Medan Timur Tentera Darat  bertempat di Wisma Bapa Malaysia, Kuching. Kunjungan hormat yang berlangsung kira-kira 30 minit berkenaan merupakan kunjungan rasmi sulong Tan Sri Panglima Tentera Darat sejak beliau menjawat jawatan Panglima Tentera Darat Ke–28 pada 11 Jun 2020 yang lalu, selain maklumkan berkenaan beberapa aktiviti sempena Sambutan Hari Tentera Darat Ke–88 khususnya yang berkaitan dengan Program Jiwa Murni yang dilaksanakan di Sarawak.

Abg Jo Canselor Pertama I-Cats Dan Lancarkan Kolej Universiti I-Cats

/ 08/03/2021

Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Zohari Tun Openg menghadiri Majlis Pengisytiharan Konvokesyen Ke-23 Pusat Pembangunan Kemahiran Sarawak (Sarawak Skills) dan Universiti Kolej Teknologi Lanjutan Sarawak (Univerisiti i-CATS) di sini, hari ini. Pelantikan itu diserahkan oleh Pengerusi Sarawak Skills yang juga Presiden dan Pro-Cancelor Kolej Universiti i-Cats Tan Sri Datuk Amar Abdul Aziz Husain pada Majlis Pengisytiharan Konvokesyen Sarawak Skills dan Kolej Universiti i-CATS ke-23 di Kuching.

Pembinaan Lebuh Raya Pan Borneo Sarawak Siap 60 Peratus, Sabah 45 Peratus – Dato Sri Fadillah

/ 04/03/2021

Projek Lebuh Raya Pan Borneo yang merupakan salah satu daripada projek utama di bawah Kementerian Kerja Raya (KKR) kini sedang menunjukkan kemajuan positif apabila masing-masing mencapai kemajuan 60 peratus di Sarawak dan 45 peratus di Sabah. Menteri Kanan Kerja Raya Dato Sri Fadillah Yusof berkata bagi Projek Pan Borneo Sarawak, keseluruhan 11 pakej kerja dari Telok Melano ke Miri masih giat dilaksanakan, melibatkan kos pembinaan sebanyak RM16.117 bilion.

Sarawak's E-Wallet Application Is Now Known As Spay Global and May Now Be Used Internationally With Its Newest Feature Upgrade

/ 04/03/2021

Chief Minister Datuk Patinggi Abang Johari Openg said this would enable the e-wallet initially known as Sarawak Pay to be used for overseas payments which accept the UnionPay QR code. Abang Johari said the collaboration was the result of a memorandum of understanding signed with UnionPay in April 2019 and it was now timely for the state-owned e-wallet to be renamed SPay Global to reinforce its branding and presence on the global stage.

Sarawak Terima 31,590 Vaksin Pfizer-BioNTech Kumpulan Kedua Fasa Pertama

/ 04/03/2021

Sarawak menerima vaksin Pfizer-BioNTech kumpulan kedua fasa pertama melibatkan 31,590 dos yang dikhaskan untuk petugas barisan hadapan di negeri ini pada Rabu.  Menurut Ahli Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak yang juga merupakan Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sarawak, Dato Sri Dr Sim Kui Hian dalam hantaran di laman Facebooknya, vaksin tersebut tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (LTAK) pada jam 5.20 petang.

Jawatankuasa Khas Sosioekonomi Berupaya Selesaikan Isu Ekonomi Negara – Awang Tengah

/ 04/03/2021

Timbalan Ketua Menteri, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan pagi tadi menghadiri mesyuarat jawatankuasa sosioekonomi yang diadakan secara maya di Wisma Sumber Alam di sini. Mesyuarat tersebut yang julung-julung kali diadakan dipengerusikan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mustapha Mohamed. Dalam mesyuarat tersebut, Awang Tengah menzahirkan penghargaan kepada Kerajaan Pusat di bawah Perikatan Nasional (PN) yang nemberikan komitmen dalam usaha memastikan hak Sabah dan Sarawak terus terpelihara seperti yang termaktub di dalam Perjanjian Malaysia 1963.

Kerjasama Sarawak, PETRONAS Lebih Erat

/ 04/03/2021

Perjanjian ‘term sheet’ antara Syarikat Sesco Bhd dengan Malaysia LNG Sdn. Bhd. (MLNG) untuk membekal 90 megawatt (MW) tenaga bagi tempoh selama 20 tahun akan mengeratkan lagi kerjasama antara Sarawak dengan PETRONAS, kata Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg. Sarawak akan terus membangunkan tenaga boleh diperbaharui untuk memenuhi keperluan pertumbuhan organik, perindustrian dan eksport pada masa akan datang dan buat masa ini, Sarawak Energy sedang membangunkan projek tenaga hidro Baleh 1,285MW yang dijangka boleh digunakan pada 2026, katanya.