SRI AMAN / 31/08/2020
Kerajaan Sarawak sentiasa prihatin, mendengar, mengambil berat dan menyampaikan kehendak rakyat, di seluruh negeri ini. Menteri Pelancongan, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan, Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, sesuai dengan tema sambutan Hari Kebangsaan iaitu 'Malaysia Prihatin' kerana Sarawak mengamalkan konsep prihatin terhadap kesejahteraan rakyat. "Sebagai sebuah kerajaan yang prihatin, kita sentiasa memikirkan cara untuk meneruskan usaha bagi memajukan negeri ini," katanya.
SIMANGGANG / 31/08/2020
The multi-racial and multi-religious people of Sarawak must live in peaceful co-existence in order to provide an atmosphere conducive to development, Chief Minister, Datuk Patinggi (Dr) Abang Haji Abdul Rahman Zohari bin Tun Datuk Abang Haji Openg said here, this afternoon. He pointed out that his administration was guided by the spirit of the Medinah Charter used during the time of Prophet Muhammad which recognised the rights of non-muslims that had allowed the mixed community to thrive during the time.
SIMANGGANG / 30/08/2020
1. Tuan Yang Terutama, Tun Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud Yang Amat Berbahagia, Toh Puan Datuk Patinggi Ragad Kurdi Taib, 2. Bagi pihak rakyat jelata, kola menjunjung kasih dan mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Tun dan Toh Puan di atas kehadiran bersama rakyat sekalian dalam Majlis Malam Mesra bersempena Ambang Sambutan Hari Kebangsaan Peringkat Negeri Sarawak 2020.
KUCHING / 28/08/2020
Ketua Penerangan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Datuk Idris Buang menggesa penduduk Sarawak, supaya tidak terpengaruh dengan komen berniat jahat mengenai pengiktirafan tanah Hak Adat Bumiputera (NCR) oleh Kerajaan Sarawak. Katanya, pemberian surat hak milik tanah kepada bekas Menteri Kerja Raya Baru Bian, merupakan bukti kesungguhan Kerajaan Sarawak mengiktirafkan hak rakyat di bawah Seksyen 18.
MIRI / 26/08/2020
Kerajaan Sarawak bersedia membantu persatuan daripada pelbagai kaum sebagai usaha untuk terus memperkukuhkan perpaduan pelbagai kaum dan agama di Sarawak, kata Ketua Menteri, Datuk Patinggi (Dr) Abang Haji Abdul Rahman Zohari bin Tun Datuk Abang Haji Openg di sini malam tadi. Melalui UNIFOR terbukti Kerajaan GPS memang menitikberatkan perpaduan antara agama dan kaum sebagai tunjang untuk memajukan Sarawak, ujar beliau dalam sempena majlis ringkas untuk menyerahkan geran Kerajaan Sarawak bernilai RM4.5 juta kepada Persatuan Melayu Miri.
BINTULU / 25/08/2020
Pembinaan Skim Perumahan Mampu Milik Sri Pertiwi Tanjung Kidurong pendekatan bijak dalam membantu golongan sasar memiliki kediaman sendiri. Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata, ekoran harga rumah yang tinggi khususnya yang dikendalikan oleh pihak pemaju swasta menyebabkan ramai golongan muda tidak dapat membeli rumah. Bagi membantu golongan sasar memiliki kediaman pertama, kerajaan telah menetapkan harga rumah tidak melebihi RM300,000 seunit.
ULU SUAI, MIRI / 25/08/2020
Terima kasih Abang Jo. Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Haji Zohari Tun Abang Haji Openg hari ini telah melancarkan kerja-kerja naik taraf Jalan Ulu Suai dalam satu upacara yang sederhana di sini. Jalan raya sepanjang 19 km tersebut sedang dinaik taraf dengan kos RM68 juta oleh Kerajaan Sarawak yang akan memberi keselesaan kepada 3,000 lebih penduduk di sepanjang jajarannya apabila siap sepenuhnya kelak pada penghujung 2021.
KUCHING / 22/08/2020
Hujan lebat dan angin kuat pada malam ini merosakkan sekurang-kurangnya 13 buah rumah di tiga kampung nombor di Jalan Datuk Ajibah Abol, di sini. Angin kuat kira-kira jam 7.30 malam ini menerbangkan bumbung rumah di Kampung No.2, Kampung No.3 dan Kampung No.4. >Kejadian itu menyebabkan pokok tumbang menghempap bahagian dapur salah sebuah rumah, selain kebanyakan bumbung rumah diterbangkan angin. Turut rosak ialah Rumah Wakaf Surau Darul Uyuun.
PULAU BRUIT / 22/08/2020
Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Haji Zohari Tun Abang Haji Openg pagi tadi melancarkan pembinaan Jambatan Batang Paloh sepanjang 1.7 KM yang menghubungkan Pulau Bruit dengan tanah besar Sarawak. Pembinaan jambatan berongkos RM299 juta merentasi Batang Paloh itu akan memudahkan perjalanan ke tempat seperti Daro dan Tanjong Manis dan bandar-bandar lain umumnya apabila siap kelak pada Mei 2023.
KUCHING / 20/08/2020
Timbalan Ketua Cawangan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) N.8 Satok, Dato Ibrahim Baki, antara tiga Ahli Lembaga Pengarah Petroliam Nasional Berhad (PETRONAS) yang baharu. PETRONAS dalam satu kenyataan media berkata, pelantikan ketiga-tiga ahli lembaga baharu itu berkuat kuasa pada 17 Ogos lalu. "Ibrahim merupakan tokoh korporat yang disegani dan profesional undang-undang dengan pengalaman lebih dari 30 tahun di kedua-dua sektor korporat dan syarikat berkaitan kerajaan," kata kenyataan itu semalam.
KUCHING / 19/08/2020
Kerajaan Sarawak memperuntukkan lebih RM30 juta bagi menaik taraf infrastruktur Pusat Hidupan Liar Semenggoh, di negeri ini. Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata, fokus kerajaan untuk membangunkan infrastruktur pusat ini yang menerima sejuta pelawat dalam tempoh 10 tahun kebelakangan ini. "Kerja-kerja menaik taraf terbahagi kepada tiga bahagian iaitu pintu masuk utama, pembinaan pusat penyelidikan botani dan laluan untuk melihat hidupan liar," katanya.
KUCHING / 19/08/2020
Ketua Menteri Sarawak, YAB Datuk Patinggi Abg Johari Tun Abg Hj Openg hadir dan menyampaikan amanat khas sempena Majlis Sambutan Maal Hijrah 1442H yang bertemakan "Ummah Rabbani Negara Harmoni" dengan tetamu kehormat adalah Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Tun Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud serta Yang Amat Berbahagia Toh Puan Datuk Patinggi Hajjah Raghad Kurdi Taib bertempat di Masjid Al Abyad, Matang Jaya.
KUCHING / 16/08/2020
Warga penduduk Kampung Telaga Air, Kuching hari ini bertuah kerana mendapat kunjungan daripada Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg yang tiba dengan konvoi bermotosikal tiba di perkampungan nelayan tersebut sekitar jam 10 pagi ini tadi. Sejurus tiba di perkampungan nelayan yang sememangnya terkenal dengan pelbagai juadah di waktu pagi telah menggamit hati beliau untuk bersarapan pagi di Esplanade Telaga Air Kuching.
PADAWAN / 15/08/2020
Jalan Padawan sepanjang 30 Km akan menjadi lebih selamat dan selesa untuk para pengguna setelah kerja-kerja naik taraf dalam dua fasa jalan tersebut siap sepenuh beberapa tahun lagi. Pagi tadi Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Haji Zohari Tun Abang Haji Openg telah melancarkan untuk Fasa 1 yang kerja-kerja telahpun bermula pada Februari lepas. Fasa 1 adalah sepanjang 15 Km dengan kos RM35 juta yang dianugerahkan kepada Treca Bina Sdn Bhd melalui tender terbuka.
BAU / 15/08/2020
Sarawak kini giat mengorak langkah dalam usaha menjadi pengeksport produk makanan menjelang tahun 2030. Timbalan Ketua Menteri Sarawak merangkap Menteri Pemodenan Pertanian, Tanah Adat Dan Pembangunan Wilayah, Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata, kerajaan negeri kini memberi penekanan kepada pertanian moden dalam meningkatkan pengeluaran produk pertanian dan makanan. Jelasnya, ini kerana pada masa sekarang import makanan dari luar adalah kira-kira RM4 bilion.
KUCHING / 14/08/2020
Sejajar dengan aspirasi kerajaan Sarawak menjadi negeri maju menjelang tahun 2030 dan tidak ketinggalan dengan pembangunan teknologi, 5G testbed yang merupakan inisiatif kerajaan sarawak melalui Pusat Kecemerlangan Teknikal Sarawak (CENTEXS), Sarawak Multimedia Authority (SMA) dan Sarawak Digital Economy Corporation (SDEC) kini dilancarkan untuk mempromosikan dan menyelaraskan ujian dan penyelidikan di CENTEXS (Smart Campus).
SEMATAN / 13/08/2020
Kerajaan Sarawak terus berjuang untuk mengembalikan hak-hak Sarawak yang kian terhakis dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63). Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata, pada mulanya, usaha untuk mengembalikan hak-hak Sarawak ini dilakukan oleh mantan Ketua Menteri, Allahyarham Pehin Sri Adenan Satem. "Apabila saya menjadi Ketua Menteri, saya teruskan usaha untuk mengembalikan hak tersebut yang akhirnya Sarawak menang dalam isu Cukai Jualan Tanah Negeri (SST) PETRONAS," katanya.
KUCHING / 12/08/2020
Sambutan Hari Kebangsaan Peringkat Negeri Sarawak akan diadakan di Bandar Simanggang, Sri Aman pada 31 Ogos ini. Menteri Pelancongan, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, tema sambutan tahun ini ‘Malaysia Prihatin’ yang mengajak seluruh rakyat Malaysia menanam semangat kenegaraan yang tinggi dalam diri mereka. “Pada 31 Ogos 1957, ia merupakan tarikh pengisytiharan kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu oleh Tunku Abdul Rahman Putra, menandakan Tanah Melayu bebas dari penjajahan,” katanya.
KUALA LUMPUR / 10/08/2020
Seramai 11,000 pelajar Sarawak dari Semenanjung, Sabah, Labuan dan luar negara berjaya dibawa pulang sepanjang penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akibat penularan Covid-19. Pelajar berkenaan dibawa pulang menerusi kerjasama Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Sarawak, Sarawak Volunteers, Rumah Sarawak dan Malaysia Airlines Berhad (MAB). Bagi menghargai kerjasama dan sokongan MAB, malam ini diadakan Majlis Makan Malam Penghargaan Bersama Menteri Kanan Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof di Seri Pacific Kuala Lumpur.
KUCHING / 08/08/2020
Ketua Menteri Sarawak, YAB Datuk Patinggi Abg Johari Tun Abg Hj Openg melakukan lawatan tapak bagi melihat sendiri perkembangan menaiktaraf Jambatan Sungai Bintangor. Taklimat telah disampaikan oleh pihak JKR Sarawak tentang konsep rekabentuk dan status perkembangan jambatan tersebut. Dalam sidang media , YAB Abg Jo menyatakan bahawa projek menaiktaraf adalah bertujuan untuk mengantikan jambatan dan jalanraya yang sedia ada terlalu sempit dan juga bagi menyediakan jalanraya dari 2 lorong ke empat lorong, kemudahan penjalan kaki di jambatan serta untuk mengadakan sukan air sepanjang Sungai Bintangor kelak.
KUCHING / 07/08/2020
Meskipun ekonomi global terkesan dengan pandemik Covid-19 dan sekatan perjalanan, Kementerian Perdagangan Antarabangsa, Industri, Terminal Perindustrian dan Pembangunan Usahawan (MINTRED) berjaya menarik minat pelabur daripada Korea Selatan untuk melabur sebanyak RM2.8 bilion di Sarawak. Menterinya, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berjaya meyakinkan pelabur Korea Selatan untuk melabur di negeri ini dalam satu pertemuan atas talian melalui aplikasi mesyuarat zoom hari ini.
KUCHING / 07/08/2020
Mereka yang dikenakan kuarantin di rumah oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) digesa mematuhi arahan ini demi keselamatan orang lain di sekeliling. Ketua Menteri Datuk Patinggi (Dr.) Abang Haji Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Haji Openg berkata, jika ingar ianya akan menjangkiti dan membabitkan orang lain disebabkan virus COVID-19 ini tidak boleh dilihat. “Sebab itulah kita ada program kita sendiri di mana ianya berbeza dengan cara di Semenanjung kerana kita daripada menguruskan bencana ini.
KUCHING / 06/08/2020
(KENYATAAN MEDIA hari ini oleh Datuk Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali, Menteri Muda Undang-Undang, Perhubungan Persekutuan-Negeri dan Pemantauan Projek) Kerajaan Negeri Sarawak dan Pengawal Cukai Jualan Negeri telah menarik balik kes sivil yang telah difailkan terhadap Petronas bagi tujuan menuntut semula Cukai Jualan Negeri berjumlah sebanyak RM 1.3 billion bagi tempoh Januari ke Jun 2019, termasuk denda untuk pembayaran lewat dan faedah.
KUCHING / 05/08/2020
Kerajaan Sarawak menyalurkan peruntukan sebanyak RM70 juta untuk menampung kos pembinaan Kompleks Unit Hal Ehwal Agama-Agama Lain (UNIFOR) di Jalan Ong Tiang Swee. Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah berkata, Kerajaan Sarawak juga menyediakan tapak seluas 1.2 hektar kepada UNIFOR bagi tujuan pembinaan kompleks 10 tingkat tersebut. “Pembinaan kompleks jelas menunjukkan dasar inklusif yang diamalkan kepimpinan Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg. “Kita sangat menghargai dasar inklusif Ketua Menteri dalam menjaga kebajikan rakyatnya.
KUALA LUMPUR / 03/08/2020
Kos projek berjumlah hampir RM1 bilion bagi tiga projek jambatan di Sarawak yang dibatalkan pelaksanaannya oleh kerajaan sebelum ini, telah diperuntukkan bagi melaksanakan Projek Sarawak-Sabah Link Road (SSLR). Menteri Kanan Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof, berkata projek SSLR juga bakal memberi manfaat kepada rakyat Sarawak khususnya mereka yang berada di pedalaman Sarawak serta boleh mencetuskan peluang-peluang ekonomi baharu melalui ekopelancongan dan agropelancongan.
KUCHING / 02/08/2020
Pasukan Audit Keselamatan Jalan Raya Lebuhraya Pan Borneo di negeri ini akan ditubuhkan untuk memantau dan memeriksa kerja-kerja yang dilakukan kontraktor projek jalan. Menteri Kanan Infrastruktur-Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, pasukan itu akan ditubuhkan oleh pasukan Jabatan Kerja Raya (JKR) Malaysia dan JKR Sarawak dengan secepat mungkin.
KUCHING / 01/08/2020
Ketua Menteri Sarawak YAB Datuk Patinggi Abang Johari Tun Abg Haji Openg telah hadir merasmikan Sambutan Hari Bandaraya Kuching ke-32 bertempat di MBKS Square. Ketibaan Ketua Menteri di sambut Datuk Bandar MBKS, YBhg Dato Wee Hong Seng dan Datuk Bandar DBKU, YBhg Datu Junaidi Haji Reduan serta ahli Majlis MBKS dan Ahli Dewan DBKU. Dalam ucapan perasmian, YAB Abg Jo terlebih dahulu mengucapkan tahniah kepada warga Kuching sempena 32 tahun Kuching sudah mencapai status Bandaraya.