MEI 2021

Kerajaan GPS Lakukan Terbaik, Bantuan Disalur Ringankan Beban Rakyat

/ 31/05/2021

Kerajaan Gabungan Parti Sarawak (GPS)  telah melakukan yang terbaik untuk rakyatnya ketika negeri dan negara dilanda pandemik Covid-19. Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata, setakat Mei lalu, Kerajaan Sarawak membelanjakan sejumlah RM242 juta bagi menguruskan Covid-19, termasuk kos kuarantin, bekalan makanan, logistik, peralatan dan sebagainya. “Ini tidak termasuk bantuan khas Bantuan Khas Sarawakku Sayang (BKSS) 1 hingga BKKS 5 sebanyak. RM3 bilion untuk meringankan beban rakyat akibat pandemik ini. 

Perutusan Gawai Dayak 2021

/ 31/05/2021

1. Sempena dengan Perayaan Gawai Dayak tahun ini, bagi pihak saya sendiri, isteri dan keluarga, saya mengucapkan salam sejahtera dan selamat menyambut Hari Gawai 2021 kepada semua Anak Sarawak keturunan Dayak di mana sahaja saudara dan saudari berada. 2. Seperti sambutan Hari Raya Aidilfitri, ini merupakan kali kedua Gawai Dayak terpaksa diraikan dalam keadaan yang amat terhad disebabkan pandemik COVID-19 yang sedang melanda negara dan seluruh dunia. Amat menyedihkan kerana ramai yang tidak dapat merayakan Gawai bersama keluarga dan sahabat handai di kampung atau rumah panjang.

Projek Lebuh Raya Pan Borneo, Trafik Seksyen Pujut Lancar

/ 30/05/2021

Semenjak dibuka kepada orang awam pada Februari lalu, keadaan trafik di Seksyen Pujut, Projek Lebuh raya Pan Borneo Sarawak kini menjadi lebih lancar dan memberi keselesaan pemanduan kepada pengguna. Pengurus Pejabat Zon Utara, Unit Lebuh raya Pan Borneo (PBHU), Jabatan Kerja Raya (JKRS), Ir Siaw Ming Chian, berkata bermula pembinaan pada 2016, seksyen yang dibina sepanjang 16 kilometer (km) ini merupakan salah satu daripada tiga seksyen di bawah Pakej Kontrak Kerja 11 (WPC11). Dua lagi seksyen di bawah pakej ini ialah Seksyen Beluru dan Seksyen Lambir, yang masih lagi dalam proses pembinaan.

Sistem Pendaftaran Hybrid Percepat Program Vaksinasi

/ 28/05/2021

Kerajaan Persekutuan bersetuju dengan permohonan Kerajaan Sarawak melaksanakan pendaftaran Program Imunisasi Kebangsaan Covid-19 melalui sistem pendaftaran hybrid. Timbalan Ketua Menteri, Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata, persetujuan yang diperoleh daripada Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK), Khairy Jamaluddin hari ini bakal mempercepatkan lagi proses vaksinasi di Sarawak. "Pelbagai isu timbul berhubung pendaftaran  untuk menerima vaksin di negeri ini dan menerusi perbincangan bersama-sama petang tadi, kita amat menghargai keputusan Kerajaan Pusat untuk menyelesaikan isu tersebut," katanya.

Segera Daftar Program Imunisasi Covid-19 - Uggah

/ 27/05/2021

Timbalan Ketua Menteri, Datuk Amar Douglas Uggah Embas sekali lagi menyeru orang ramai agar segera mendaftar Program Imunisasi Covid-19. Menurut beliau, kerjasama daripada masyarakat amat diperlukan agar kadar imuniti kelompok yang mencukupi boleh dicapai bagi membendung penularan Covid-19. "Kita menyeru agar mereka yang belum berdaftar supaya bertindak segera dengan mendaftar melalui aplikasi MySejahtera, laman web Mesyuarat Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Vaksin (JKJAV) atau menghubungi pejabat daerah berdekatan," katanya.

Perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Di Seluruh Sarawak

/ 27/05/2021

Mengambil kira situasi COVID-19 di Sarawak yang semakin meruncing, situasi fasiliti kesihatan yang kritikal, dan tambahan lagi dengan varian baru (VOC) yang telah dikesan di Sarawak baru-baru ini, kita perlu mengambil tindakan yang lebih drastik untuk mengawal jangkitan COVID-19 sekarang, sebelum kita berada di situasi yang lebih parah lagi. Dengan ini, JPBN Sarawak telah memutuskan untuk mengistiharkan perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di seluruh Sarawak bagi tempoh 29 MEI 2021 hingga 11 JUN 2021.

Yayasan Sarawak Pemangkin Pembangunan Pendidikan Di Sarawak

/ 26/05/2021

Selama 50 tahun penubuhan Yayasan Sarawak di bawah Ordinan Yayasan Sarawak yang diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri Sarawak pada 27 Mei 1971 bagi membuka jalan untuk era baru dalam pembangunan pendidikan di Sarawak, pelbagai jenis khidmat pendidikan dalam bentuk biasiswa termasuk pinjaman telah dimanfaatkan ribuan rakyat Sarawak. Yayasan Sarawak memainkan peranan penting dalam pembangunan modal insan di negeri ini sejajar dengan hasrat untuk mencapai sebuah negara maju dan berpendapatan tinggi menjelang 2030.

Projek Tebatan Banjir Dan Benteng Laut Sebuyau Dijangka Siap Oktober 2022

/ 26/05/2021

Pemantauan pihak Pusat Khidmat DUN Sebuyau terhadap perkembangan Projek Tebatan Banjir/Benteng Laut di Block F Fasa 1 pada Selasa mendapati proses pelaksanaannya berjalan dengan lancar mengikut jadual yang ditetapkan. Projek yang dibina sepanjang 4,346 meter atau 4.3 kilometer dari sebelah Balai Polis Sebuyau berhampiran dengan Kampung Baru sehingga Giat MARA dan Sungai Mambai/Sungai Rama tersebut menelan kos sebanyak RM34.6 juta. Ia melibatkan pembinaan projek tebatan banjir, sistem perparitan dan benteng laut yang telah diluluskan melalui Agensi Pembangunan Wilayah Bersepadu Samarahan (IRSDA), bermula Oktober 2020 dan dijangka siap Oktober 2022.

Press Statement 25 May 2021

/ 25/05/2021

Pemimpin-pemimpin Kerajaan Gabungan Parti Sarawak (GPS) yang diketuai oleh YAB Ketua Menteri, Datuk Patinggi (Dr) Abang Haji Abdul Rahman Zohari bin Tun Datuk Abang Haji Openg telah mengadap secara maya (virtual) Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Agong pada hari ini mengenai tempoh DUN Sarawak dan Pilihanraya Negeri Sarawak Ke-12. Pada sesi tersebut Datuk Patinggi (Dr) Abang Haji Abdul Rahman Zohari telah menyembah maklum kepada Ke Bawah Duli Tuanku mengenai tempoh tamat DUN Sarawak sehingga 6 Jun 2021.

Tujuh Hospital Swasta Diwarta Pusat Pemberian Vaksin

/ 25/05/2021

Sebanyak tujuh hospital swasta diwartakan sebagai Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di negeri ini, kata Timbalan Ketua Menteri, Datuk Amar Douglas Uggah Embas. Menurut beliau, seramai 42 doktor yang bertugas di klinik kesihatan swasta juga akan membantu memberi suntikan vaksin kepada orang awam yang memohon. Katanya, ia merupakan sebahagian strategi kerajaan negeri untuk melancarkan program vaksinasi di Sarawak. "Hospital Timberland merupakan salah satu PPV yang diluluskan dan berdasarkan lawatan saya hari ini, saya amat berpuas hati dengan sistem yang sangat teratur di sini," katanya.

Pengurusan Pusat Pemberian Vaksin Stadium Perpaduan Lebih Sistematik, Teratur - Uggah

/ 20/05/2021

Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di Stadium Perpaduan di sini wajar dijadikan contoh kepada semua PPV di negeri ini, kata Timbalan Ketua Menteri, Datuk Amar Douglas Uggah Embas. Menurut beliau, pusat tersebut kini telah dinaik taraf dan lebih sistematik dengan wujudnya pembahagian laluan untuk warga emas, orang kelainan upaya (OKU) serta laluan orang awam. "Jika dilihat, sistem di sini kini amat berbeza berbanding beberapa minggu yang lalu kerana ia lebih teratur dan sistematik seperti berada dalam sebuah hospital kerana mempunyai papan tanda, laluan khas dan sebagainya," katanya.

Kerajaan Sarawak Belanja RM242 Juta Tangani COVID-19: Abg Johari

/ 19/05/2021

Kerajaan Sarawak telah membelanjakan sejumlah RM242 juta setakat ini untuk menguruskan pandemik COVID-19, kata Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Haji Johari Tun Abang Haji Openg. Perbelanjaan tersebut adalah termasuk kos kuarantin, bekalan makanan dan pembelian peralatan, kata beliau pada sidang media selepas menghadiri taklimat mengenai pengurusan COVID-19 di sini pagi tadi.

Kerajaan Sarawak Peruntuk RM3.66 Juta Untuk JPBB Bintulu Tangani Pandemik COVID-19

/ 19/05/2021

Kerajaan Sarawak telah meluluskan peruntukan sebanyak RM3.66 juta bagi membantu Jawatankuasa Pengurusan Bencana Bahagian (JPBB) Bintulu dalam memerangi penularan COVID-19. Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi (Dr) Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg berkata, beliau telah dimaklumkan oleh JPBB Bintulu mengenai pelaksanaan ‘surveillance’ atau pengawasan untuk mengekang penularan COVID-19 di bahagian tersebut.

PM Benarkan Sarawak Beli Vaksin Sinovac - Abang Johari

/ 19/05/2021

Kerajaan Sarawak akan membeli 500,000 dos vaksin Sinovac Covid-19 bagi fasa pertama setelah mendapat kebenaran daripada Kerajaan Persekutuan. Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata, bagi tujuan itu, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin memberikan kebenaran kepada Sarawak untuk membeli vaksin tersebut. "Saya telah berjumpa dengan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada dua minggu lalu untuk mendapatkan kebenaran membeli vaksin Sinovac dan beliau bersetuju dengan permohonan kita," katanya.

Tempoh Bubar DUN Sarawak Akan Ditetap Tarikh Sesuai, TYT, Ketua Menteri Menghadap Agong

/ 15/05/2021

Pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak akan ditetapkan pada satu tarikh yang sesuai ekoran pengisytiharan Darurat Kesihatan Covid-19 bermula 12 Januari hingga 1 Ogos depan. Setiausaha Agung Gabungan Parti Sarawak (GPS) Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, tarikh tersebut akan ditetapkan setelah Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berunding dengan Yang di-Pertuan Negeri Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud.

BKSS Bukti Kerajaan GPS Tidak Tangguhkan Bantuan Rakyat

/ 15/05/2021

Kerajaan negeri menerusi Bantuan Khas Sarawakku Sayang (BKSS)  menyalurkan pelbagai bantuan bernilai lebih RM3.2 bilion bagi membantu rakyat yang terkesan akibat pandemik Covid-19. Kelab Penyokong Gabungan Parti Sarawak (GPS) menerusi kenyataannya berkata, dalam pakej ini, bantuan yang diberikan merangkumi pinjaman mudah tanpa faedah untuk Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS), pemberian khas RM1,500 kepada penjaja dan peniaga kecil melalui Sarawak Pay.

Kerajaan Ringankan Beban Rakyat Daripada Impak Pandemik Covid-19

/ 13/05/2021

Memahami cabaran dan kesukaran yang dihadapi rakyat akibat penularan wabak COVID-19, kerajaan negeri mahupun kerajaan persekutuan sentiasa komited membantu meringankan beban. Menurut Timbalan Ketua Menteri Sarawak Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan, Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri telah melaksanakan beberapa inisiatif serta bantuan. “Kerajaan persekutuan telah memberi bantuan melalui beberapa pakej seperti PRIHATIN, PENJANA, PERMAI dan PEMERKASA manakala Kerajaan Sarawak telah dan sedang melaksanakan beberapa insiatif melalui pakej Bantuan Khas Sarawakku Sayang atau BKSS.

Raikan Raya Dengan Norma Baharu

/ 13/05/2021

Timbalan Ketua Menteri Tan Sri Datuk Amar Dr James Jemut Masing mengajak masyarakat menyambut Hari Raya Aidilfitri dengan norma baharu. Ujarnya, masyarakat perlu maklum keadaan pandemik COVID-19 masih belum reda yang bukan sahaja melanda negeri Sarawak malah seluruh dunia. “Seperti mana yang kita maklum negara kini masih berdepan dengan pandemik COVID-19 malah di seluruh dunia dan juga Sarawak turut terkesan.

Abg Jo Tunai Solat Aidilfitri Pagi Ini

/ 13/05/2021

Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud bersama Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Zohari Tun Abang Haji Openg menunaikan Solat Sunat Aidilfitri di Masjid Jamek sekitar pada jam 7.50 pagi ini. Sejurus ketibaan, beliau telah disambut  oleh Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Amanah Kebajikan Masjid Negeri Sarawak (LAKMNS), Datuk Haji Abang Abdul Wahap bin Haji Abang Julai serta ahli-ahli lembaga LAKMNS dan pengurusan tertinggi LAKMNS

Perutusan Hari Raya Aidil Fitri 2021 (1442H)

/ 12/05/2021

1. Alhamdulillah, marilah kita menzahirkan kesyukuran ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan hidayah dan keizinan-Nya jua sekali lagi kita dapat menyempurnakan ibadah puasa dan meraikan Aidilfitri yang mulia dalam suasana yang aman walaupun terpaksa menghadapi segala cabaran akibat wabak COVID-19. 2. Bersempena dengan hari yang mulia ini, saya dan isteri serta keluarga mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin kepada seluruh kaum Muslimin dan Muslimat, khususnya anak Sarawak di mana sahaja saudara dan saudari berada.

Uggah Lawat Pusat Sehenti Covid-19

/ 12/05/2021

Timbalan Ketua Menteri, Datuk Amar Douglas Uggah mengadakan lawatan ke Pusat Sehenti dan Pusat Penilaian  Covid-19 di sini, hari ini. Lawatan yang diadakan di Dewan Masyarakat Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS) itu bertujuan melihat sendiri operasi dan aktiviti harian pusat berkenaan dalam menguruskan isu berkaitan Covid-19. Semasa lawatan, Uggah diberi taklimat oleh Ketua Komander Pusat, Dr Cheong Yaw Liang, Pegawai Perubatan Bahagian Kuching, Dr Eunice Mellisa Joseph dan Pakar Perubatan Penyakit Berjangkit Negeri Hospital Umum Sarawak (HUS), Dr Chua Hock Hin.

Kerajaan GPS Utamakan Usaha Perangi Jangkitan Covid-19

/ 12/05/2021

Kerajaan Sarawak mengambil keputusan tidak melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sebaliknya hanya mengenakan Perintah Kawalan Diperketatkan (PKPD) di beberapa tempat tertentu. Perkara itu disahkan Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg menerusi kenyataan media hari ini. Menurut beliau, keputusan tersebut dilaksanakan berpandukan data dan pengalaman di lapangan yang dilakukan oleh Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) sebelum ini.

Pelancaran Perkhidmatan Bank Bergerak

/ 06/05/2021

Ketua Menteri Sarawak, YAB Abg Johari Tun Openg telah melancarkan dengan sempurnanya Perkidmatan Bank Bergerak di Perkarangan DUN Lama. Empat buah Bank telah bersetuju untuk bersama Kerajaan Sarawak iaitu :- 1. Bank Simpanan Nasional, bergerak di kawasan Sebauh dan Sg Asap, 2. Bank Rakyat, bergerak di Sebauh, Tatau, Sg Asap dan Belaga, 3. Agro Bank, bergerak di Padawan, Bau, Lundu, Sematan, Lingga, Pantu, Asajaya dan Semariang

Tan Sri Dr James Jemut Masing Terima Kunjungan Hormat Setiausaha Persekutuan Sarawak Yang Baharu

/ 06/05/2021

Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Pembangunan Infrastruktur dan Pelabuhan Sarawak, Tan Sri Datuk Amar (Dr) James Jemut Masing menerima kunjungan hormat daripada Setiausaha Persekutuan Sarawak yang baharu, Datuk Amir Omar di pejabatnya di sini pada Khamis. Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kawalan Keselamatan Sempadan Sarawak menerima kunjungan hormat tersebut bagi membincangkan mengenai pengukuhan keselamatan di sempadan Malaysia-Indonesia.

Pembinaan Jambatan Sungai Sarawak Sejingkat Bakal Atasi Kesesakan Jalan Kuching- Samarahan

/ 06/05/2021

Jambatan Sungai Sarawak Sejingkat kini dalam proses pelaksanaan bertujuan bagi mengelakkan kesesakan jalan di Kuching-Samarahan. Menurut Menteri Muda Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan Sarawak, Datuk Julaihi Narawi, jambatan  tersebut merangkumi tiga pakej yang akan digabungkan menjadi Kuching Samarahan Expressway kedua. “Ada tiga pakej, salah satunya 3DA iaitu pembinaan jambatan menyeberangi sungai sarawak hampir 1.3 km (jambatan sahaja)

Emas Tokyo: Pandelela Sekali Lagi Harumkan Nama Malaysia

/ 04/05/2021

Ratu terjun negara, Pandelela Rinong sekali lagi mengharumkan nama negara apabila pemenang dua pingat olimpik itu memenangi pingat emas di Kejohanan Piala Dunia Terjun (FINA) 2021. Beliau memenangi acara sepuluh meter platform wanita dengan jumlah mata 355.70. Kejohanan tersebut berlangsung di Pusat Akuatik Tokyo pada Rabu.

Awang Tengah, Persatuan SME Bincang Isu IKS

/ 04/05/2021

Timbalan Ketua Menteri, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan hari ini menerima kunjungan hormat rombongan ahli Persatuan Perusahaan Kecil dan Sederhana (SME) di pejabatnya, Wisma Sumber Alam di sini. Rombongan ahli Persatuan SME itu diketuai Presidennya, Dato’ Seri Charles Voon Jan Poh. Mereka mengambil masa satu jam untuk membincangkan isu-isu semasa perusahaan kecil dan sederhana (IKS) di Sarawak.

Cadangan Selaraskan Pelaksanaan Program Keusahawanan - Awang Tengah

/ 02/05/2021

Timbalan Ketua Menteri, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan menghadiri Mesyuarat Pembangunan Usahawan dan Perbadanan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) Kebangsaan (MPUPK) 2021 di sini, semalam. Mesyuarat diadakan secara atas talian dipengerusikan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan dihadiri &Menteri-Menteri Persekutuan, wakil Menteri dari Sabah, Ketua Setiausaha Negara dan Gabenor Bank Negara.