SEPTEMBER 2020

Perjelaskan Kepada Rakyat Hala Tuju Kerajaan GPS

/ 01/10/2020

Tindakan pembangkang menabur pelbagai dakyah terhadap kepimpinan dan dasar kerajaan Gabungan Parti Sarawak (GPS) adalah tidak berasas sama sekali. Naib Yang DiPertua Kanan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, malah cerita yang dibawa oleh pembangkang itu ternyata tidak benar demi meraih sokongan dan perhatian rakyat terutama menjelang Pilihan Raya Negeri Ke-12 (PRN-12). “Sehubungan itu, adalah menjadi tanggungjawab kita untuk menjelaskan kepada rakyat perancangan dan hala tuju yang bakal dibawa oleh Ketua Menteri merangkap Yang DiPertua Parti PBB, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg untuk memajukan negeri dan rakyat Sarawak,” katanya selepas mempengerusikan mesyuarat persiapan Konvensyen Khas Parti PBB Zon Kuching di Ibu Pejabat Parti PBB, Jalan Bako, hari ini.

Tiada Rundingan MA63 Boleh Menyentuh Hak Sarawak Ke Atas Tanah: Abg Jo

/ 29/09/2020

Hak Sarawak ke atas tanah bumi Sarawak akan kekal di tangan Sarawak selaras dengan autonomi negeri ini dalam subjek tanah seperti termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan, kata Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Haji Johari Tun Abang Haji Openg di sini hari ini. Ketika perbincangan diadakan dengan Kerajaan Persekutuan untuk mengembalikan hak-hak Sarawak yang terhakis, Datuk Patinggi Abang Haji Johari menegaskan kepada sidang mesyuarat bahawa tiada rundingan perlu dibuat mengenai subjek tanah kerana ia hak mutlak Sarawak.

Inisiatif Baharu Untuk Tambah Hasil Sarawak

/ 29/09/2020

Kerajaan Sarawak akan memulakan “suatu inisiatif baharu” dalam masa terdekat untuk mempertingkatkan hasil kepada negeri Sarawak, kata Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Haji Johari Tun Abang Haji Openg di sini malam tadi. Beliau berkata ia akan diumumkan apabila tiba masanya kelak, ujar beliau dalam ucapan sempena majlis makan malam bersama komuniti di stadium tertutup di sini anpa menyatakan apakah sebenarnya inisiatif tersebut.  Namun, beliau memberi bayangan bahawa inisiatif tersebut mempunyai kaitan dengan sumber asli negeri ini yang mana hak ke atasnya telah diiktiraf oleh mahkamah baru-baru ini.

Abg Jo Menyantuni Para Usahawan Muda

/ 27/09/2020

Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Haji Johari Tun Datuk Abang Haji Openg pagi tadi telah berkesempatan untuk bersama usahawan-usahawan muda dalam sessi dialog yang dianjurkan oleh portal berita Dayak Daily. Seramai 30 orang usahawan daripada pelbagai latarbelakang perusahaan telah hadir pada acara bertajuk “A Sunday Morning with CM” yang diadakan di sebuah hotel di sini. Soalan-soalan yang diajukan berkisar pada subjek pertanian moden, seni dan budaya, perkhidmatan, pelancongan, teknologi dan ekonomi digital.

Menara Telekomunikasi Pertama Beroperasi

/ 27/09/2020

Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Haji Johari Tun Abang Haji Openg petang semalam telah merasmikan bermulanya operasi menara telekomunikasi pertama Kerajaan Sarawak di Ulu Luban dekat sini. Menara tersebut merupakan yang pertama dibina oleh SMA (Sarawak Multimedia Authority) dan menyediakan perkhidmatan 3G dan 4G melalui pembekal perkhidmatan Celcom, DIGI, Maxis dan U Mobile di bawah inisiatif pembinaan 300 menara di seluruh Sarawak.

Kerajaan Akan Ambil Alih Aset Tabung Haji Di Sarawak

/ 25/09/2020

Kerajaan Sarawak akan mengambil alih ladang kelapa sawit Tabung Haji di kawasan Saribas dan Simunjan setelah selesai perundingan antara kedua-dua pihak, kata Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Haji Johari Tun Abang Haji Openg di sini pagi tadi. Perjanjian pengambil alihan tersebut akan dimeterai dalam masa terdekat, ujar beliau dalam ucapan perasmian konvensyen khas PBB bagi Zon Betong bertempat di Dewan Tan Sri Stephen Kalong Ningkan di sini. 

Peruntukan RM1.5 Bilion Laksanakan 165 Projek Di Wilayah Utara

/ 25/09/2020

Lembaga Pembangunan Wilayah Utara (NRDA) melaksanakan 165 projek melibatkan peruntukan sebanyak RM1.5 bilion daripada Kerajaan Sarawak untuk meningkatkan infrastruktur di wilayah tersebut. Timbalan Ketua Menteri, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata, salah satu projek tersebut ialah Lapangan Terbang Lawas yang akan berfungsi untuk menyediakan sambungan udara ke wilayah itu.

Abg Jo Kagum Dengan Pembangunan Bandar Serian

/ 23/09/2020

Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Haji Johari Tun Abang Haji Openg menghabiskan masa satu hari suntuk dalam lawatan kerja ke bandar yang berikonkan buah durian.  Pagi tadi beliau telah memulakan program dengan mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Koordinasi Projek Pembangunan Negeri Ke-11 di sebuah hotel terbaharu di sini.  Selepas selesai mesyuarat beliau telah menghadiri majlis jamuan tengahari bersama masyarakat di sini di mana beliau telah menyampaikan ucapan.

Abg Jo Hadir Majlis Pecah Tanah Pembinaan Bangunan Baru Pertubuhan Peladang Negeri Sarawak (PPNS)

/ 22/09/2020

Datuk Patinggi Abang Jo melancarkan Majlis Pecah Tanah Pembinaan Bangunan Baru Pertubuhan Peladang Negeri Sarawak (PPNS) di Jalan Muttaqim, Kota Samarahan petang ini tadi.  Kerajaan Negeri Sarawak telah meluluskan pemilikan tapak tanah seluas tiga (3) ekar dengan peruntukan berjumlah RM20 JUTA untuk membina bangunan baru Pertubuhan Peladang Negeri Sarawak di Kota Samarahan, Sarawak. Ia adalah bangunan ikonik dan moden selari dengan hasrat Kerajaan Negeri untuk memodenkan pertanian di Sarawak. Tempoh pembinaan adalah 18 bulan. Bangunan ini dijadualkan siap pada Mac 2022.

Abg Jo Lancar Pembinaan Sekolah Antarabangsa Di Semenggok

/ 22/09/2020

Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Haji Johari Tun Abang Haji Openg pagi tadi telah melancarkan pembinaan Sekolah Antarabangsa Yayasan Sarawak di Semenggok, Batu 12, Jalan Penrissen/Serian dekat sini. Kampus Semenggok ini adalah antara lima buah sekolah antarabangsa berdasarkan syllabus Cambridge yang akan dibina di Sarawak oleh Kerajaan Negeri sebagai pelaburan jangka panjang untuk membangunkan sumber manusia negeri ini.

Abg Jo Sampaikan Bantuan Skim Mikro Kredit Dan Sarawak Youth Creative Industry Fund

/ 20/09/2020

Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Jo hadir ke Majlis Makan Malam SABERKAS di sebuah hotel terkemuka di bandaraya ini malam ini.  Kerajaan Negeri melalui Bantuan Skim Kredit Mikro yang dilaksanakan oleh pihak Agro Bank dan SEDC serta Dana Sarawak Youth Creative Industry Fund oleh pihak Kementerian Belia dan Sukan Sarawak juga memberi fokus kepada golongan belia untuk mendapat peluang yang sama.

Abg Jo Rasmi Perhimpunan Agung Tritahunan Saberkas Di Miri Dan Undur Diri Sebagai Presiden Saberkas

/ 19/09/2020

Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Jo yang juga Presiden SABERKAS telah hadir merasmikan Perhimpunan Agung Tritahunan SABERKAS Negeri Sarawak ke 16 yang berlangsung di Hotel Pullman Waterfront, Miri pagi ini. Ketika berucap di majlis perasmian berkenaan, Datuk Patinggi Abang Jo menyeru para pewakilan SABERKAS yang juga anak muda agar berani mengorak langkah bergerak maju ke hadapan selaras dengan ledakan kemajuan teknologi digital masa kini. 

Petronas Pays RM 2,956,671,407.36 To Sarawak In SST For 2019

/ 17/09/2020

Media Statement by the chief minister of sarawak IN CONJUNCTION WITH HANDING OVER OF CHEQUE FOR SST BY PETRONAS TO SARAWAK GOVERNMENT. etronas and its subsidiaries have today fully settled the payments of State Sales Tax on petroleum products for 2019, as assessed by the Comptroller of State Sales Tax in accordance with the provisions of the Sarawak State Sales Tax Ordinance, 1998. The amount paid by Petronas and its subsidiaries is RM 2,956,671,407.36.

Sarawak Rangka Strategi Baharu Tarik Pelaburan - Awang Tengah

/ 17/09/2020

Kerajaan Sarawak akan terus merangka strategi dan melaksanakan inisiatif baharu dalam usaha menarik pelaburan untuk meningkatkan ekonomi Sarawak. Timbalan Ketua Menteri, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata, ini termasuk mendigitalkan proses kelulusan untuk menyelaraskan projek pelaburan, mengurangkan kerenah birokrasi dan mempunyai  penglibatan bersama-sama pihak berkepentingan dengan pemain industri.

Sarawak Mahukan Kuasa Terhakis Dikembalikan

/ 16/09/2020

Malaysia perlu berbalik kepada asas penubuhan negara ini, yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan, Perjanjian Malaysia 1963 dan Laporan Jawatankuasa Antara Kerajaan (IGC).  Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata, ia merupakan pandangan daripada Sarawak dan beliau yakin pengiktirafan terhadap asas ini akan memperkukuhkan lagi semangat kenegaraan kesemua bahagian ini terhadap Malaysia.  "Percayalah, melabelkan Sarawak sebagai kedaerahan tidak akan membantu penyatuan negara," katanya.

Kerajaan GPS Sokong Muhyiddin Tadbir Negara

/ 16/09/2020

Kerajaan Sarawak pimpinan Gabungan Parti Sarawak (GPS) memutuskan untuk memberi sokongan kepada Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk mentadbir negara ini. Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata, ini kerana Sarawak tidak ingin melihat Malaysia terjejas daripada keadaan yang tidak menentu. “Syukur Alhamdullilah, Sarawak sebagai sebuah entiti politik telah memainkan peranan yang penting untuk memastikan negara ini mampu distabilkan semula dan terbentuknya sebuah Kerajaan pimpinan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang terus menggalas tanggungjawab untuk mentadbir negara dengan berkesan,” katanya berucap pada Sambutan Hari Malaysia 2020 di Stadium Tertutup, di sini, malam ini.

Sarawak Pay: RM 1/2 Bilion Transaksi, 440k Pengguna

/ 16/09/2020

Nilai transaksi terkumpul Sarawak Pay setakat ini ialah RM588 juta dengan jumlah transaksi sebanyak 13.8 juta, kata Ketua Menteri, Datuk Patinggi (Dr) Abang Haji Johari Tun Abang Haji Openg di sini sebentar tadi.  Sebanyak 64,254 peniaga di seluruh Sarawak telah berdaftar untuk menggunakan platform e-wallet tersebut dengan jumlah pengguna sebanyak 443,396. Beliau menyatakan demikian dalam ucapan ketika merasmikan pelancaran Sarawak Pay untuk Central Market di sini.

Pecah Tanah Projek Jambatan Batang Igan

/ 12/09/2020

Ketua Menteri Sarawak YAB Abg Jo telah mengadakan lawatan kerja ke Majlis Pecah Tanah Projek Jambatan Igan bertempat di Pasar Igan, Matu Bahagian Mukah. Projek Pembinaan Jambatan Igan merupakan salah satu penghubung untuk melengkapkan jaringan jalan pesisir dan jajaran Jalan utama kedua yang bernilai RM11 billion bawah peruntukan kerajaan Sarawak yang dijangka siap lebih kurang 5 tahun.

Lawatan Pengarah Kerja Raya Ke Tapak-Tapak Projek Di Bahagian Kapit

/ 10/09/2020

Pengarah JKR Sarawak, Datu Ir. Haji Zuraimi bin Haji Sabki telah mengadakan lawatan kerja ke tapak-tapak projek di bahagian Kapit tadi bagi meninjau kemajuan terkini bagi projek Pembinaan Jln Ng. Ngemah/Ng. Temalat, Jln Ng. Ngungun/Ng. Ngemah by-pass dan Jambatan Kedua Sg. Yong yang telah mencapai kemajuan fizikal sebanyak 85.12%, 1.44% dan 36.48%, dimana ketiga-tiga projek ini mendahului jadual.

Abg Jo Terima Kunjungan Hormat Ketua Pengarah Agensi Nuklear Malaysia

/ 10/09/2020

Datuk Patinggi Abang Jo menerima kunjungan hormat Ketua Pengarah Agensi Nuklear Malaysia, Dr. Mohd. Abdul Wahab bin Yusof bersama rombongannya di Pejabat Ketua Menteri, Wisma Bapa Malaysia, Kuching pagi ini. Tujuan kunjungan hormat lebih tertumpu kepada jalinan kerjasama yang boleh diterokai dalam aspek teknologi dan kepakaran dalam bidang teknolgi nuklear dengan Kerajaan Sarawak agar dapat diadaptasi dalam pelbagai bidang yang diceburi termasuklah dalam bidang pendidikan, pertanian dan sebagainya.

Abg Jo Hadiri Majlis "Hi Tea" Bersama Unit Keselamatan Dan Penguatkuasaan Negeri (UKPN) Dan Polis Diraja Malaysia (PDRM)

/ 09/09/2020

Majlis yang cukup ringkas dan santai telah berlangsung di sebuah hotel terkemuka di Bandaraya Kuching petang ini tadi. Datuk Patinggi Abang Jo dalam ucapan ringkasnya menyatakan agar pihak UKPN hendaklah sentiasa bekerjasama dalam membantu pihak Polis Di Raja Malaysia (PDRM) dalam menyelesai sebarang isu berkaitan keselamatan di Sarawak khususnya.

Tasik Bakun Bakal Jadi Permata Pelancongan

/ 08/09/2020

Dengan pembangunan beberapa kemudahan infrastruktur penting seperti sambungan jalan raya, Timbalan Ketua Menteri Tan Sri Datuk Amar Dr James Jemut Masing berharap Tasik Bakun akan menjadi salah satu permata pelancongan di Sarawak. Menteri Pembangunan Pelabuhan dan Infrastruktur itu berkata demikian semasa mengadakan lawatan ke Tasik Bakun hari ini. Semasa lawatan itu, Masing diberi taklimat mengenai kemajuan projek jalan alternatif ke Tasik Bakun sejauh 12 kilometer (km) yang bernilai RM47 juta dan cadangan pembinaan jeti baharu berharga RM17 juta di tasik berkenaan.

Sarawak Eksport Hingga 50,000 Tan Kanji Sagu Setahun

/ 07/09/2020

Sagu merupakan salah satu komoditi pertanian utama yang menyumbang kepada hasil pendapatan Sarawak. Ketua Pegawai Eksekutif Craun Research, Zaidel Hussaini berkata, sebagai pengeluar utama sagu di Malaysia, Sarawak mengeksport di antara 40,000 hingga 50,000 tan kanji sagu setahun dengan nilai eksport di antara RM80 juta hingga RM90 juta. “Di sebalik sumbangan yang ketara kepada sosioekonomi, masalah pencemaran alam sekitar berlaku akibat aktiviti pemprosesan kanji sagu telah memberi kesan buruk dan imej negatif terhadap industri sagu.

“Jangan Bawa Isu Perkauman Ke Sarawak” - Fadillah

/ 06/09/2020

Sarawak meletakkan keutamaan negeri dan hak-hak yang harus diperjuangkan termasuk kesaksamaan agama demi menjaga keharmonian dan kerukunan rakyatnya. Menteri Kerja Raya yang juga Naib Yang Di Pertua Kanan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, perjuangan Gabungan Parti Sarawak (GPS) adalah jelas dengan meletakkan kesaksamaan agama yang sentiasa diberi perhatian oleh Kerajaan Sarawak dan ini dibuktikan dengan penubuhan Unit Hal Ehwal Agama Lain (UNIFOR) yang diketuai Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah untuk melihat kepentingan agama-agama lain

Kepimpinan Masjid Dan Surau Di Sarawak Perkasakan Amalan Integriti : KM

/ 04/09/2020

Barisan kempimpinan masjid dan surau di negeri ini perlu memperkasakan nilai integriti dalam tanggungjawab yang diamanahkan kepada mereka. Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Dr Abang Haji Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Haji Openg berkata, seseorang yang berintegriti jelas melambangkan beliau insan yang jujur dan amanah dalam tanggungjawabnya. Menurutnya, nilai integriti perlu ada dalam diri umat Islam dalam melaksanakan amanah yang telah diamanahkan kepada mereka.

Abang Jo Serah Cek RM6.75 Juta Kepada DBNA: Saya Menunaikan Janji Saya

/ 03/09/2020

Petang tadi YAB Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Haji Zohari Tun Abang Haji Openg menyerahkan cek untuk geran Kerajaan Negeri bernilai RM6.75 juta kepada Persatuan Kebangsaan Dayak Bidayuh (DBNA) di suatu majlis bertempat di Ibu Pejabat DBNA di sini. Peruntukan tersebut adalah untuk membiayai sebahagian kos berjumlah RM16 juta untuk membina kompleks penginapan komuniti DBNA di tempat sama seperti yang dimohon oleh persatuan tersebut.

Projek Percubaan Transit Aliran Autonomi Pada 2023

/ 01/09/2020

Projek Transit Aliran Autonomi (ART) bakal dilaksanakan secara berperingkat-peringkat dalam masa tujuh tahun, dan akan diuji terlebih dahulu di kawasan Kuching, seawal 2023. Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata, pembiayaan projek tersebut akan berada di bawah Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12). "Pelaksanaan projek itu menelan kos RM6 bilion kerana menggunakan teknologi baharu dan ia lebih murah berbanding sebelumnya," katanya.